84

11.1K 460 32
                                    

MARISA memandang seluruh isi dewan yang sudah dipenuhi ramai orang. Dalam hati, dia menghela nafas lega memandangkan pakaian mereka semua sama seperti dirinya malah jauh lebih cantik dan tampak mahal. Beberapa mata yang sedang memandang dia membuatkan Marisa dipalu rasa segan.

Ada masalah ke pada bajunya? Bisik hati kecilnya.

Marisa segera membawa diri ke salah satu meja kosong memandangkan dia langsung tidak melihat kelibat Gabriel, majikannya. Lelaki itu hanya sekadar memberitahu untuk menjumpainya di dewan tapi tidak memberitahu di mana.

Segera jari-jemarinya dibawa bermain, pandangannya dihalakan ke kawasan sekeliling. Setiap orang memiliki pasangan mereka sendiri. Ada yang sedang menikmati pencuci mulut, ada yang sedang berbual rancak, ada yang sedang duduk berkumpulan. Cuma dia seorang sahaja yang masih menyendiri.

Memikirkan dia harus menemani Gabriel, dia datang juga. Kalau tidak, tidak mungkin dia menjejakkan kaki ke majlis sebegini.

Lamunan Marisa terhenti saat satu suara menyedarkannya, segera pandangan dihalakan kepada lelaki muda yang memakai mask berwarna hitam, baju kemeja kosong berwarna hitam yang berlengkap dengan bow tie di lehernya.

Senyuman lelaki tersebut dibalas tanda hormat.

"Miss, drink?" Satu tray berisi cocktail buah-buahan ditunjukkan di hadapan Marisa. Lama wanita itu diam sebelum tangannya mengapai segelas cocktail tersebut. Kepergian lelaki muda itu dihantar dengan sorotan mata yang semakin menghilang dalam keramaian orang.

Sekali-sekala Marisa mencari keberadaan Gabriel namun sia-sia disebabkan kehadiran orang yang semakin ramai di dalam dewan. Di tambah pula, semua memakai mask di wajah membuatkan Marisa semakin susah hendak mencari Gabriel.

Keluhan dilepaskan.

Gelas berisi cocktail buah diteguk perlahan sebelum bahunya terasa dicuit. Muncul seorang lelaki berpakaian tuxedo berwarna hijau pekat, di bahunya terdapat lilitan daun berwarna hijau. Digandingkan bersama mask berwarna hijau dan hitam.

"Marisa?" Soal lelaki tersebut yang menjemput anggukan dari Marisa. Lama lelaki itu menilik dirinya membuatkan Marisa menjadi kurang selesa. Mata liar lelaki itu membuatkan Marisa segera bersuara.

"Yes?"

Lelaki itu segera berdehem kecil.

"Oh shit! I almost forget nak cakap apa! You look drop dead gorgeous! Fuck, I rasa macam jatuh cinta lagi and lagi." Lelaki itu segera menanggalkan mask yang dipakainya membuatkan Marisa mengenali insan di depannya ini.

Siapa lagi jikalau bukan Gabriel?

"Oh tuan Gabriel! I'm sorry, saya tak kenal tadi. Dari tadi sebenarnya saya cari tuan tapi tak jumpa. Itu yang saya duduk di meja ni je." Ucap Marisa, segera badannya ditunduk hormat ke arah Gabriel. Lelaki itu pantas menggeleng. Segera lengan Marisa ditarik dan dipaksa memeluk lengannya.

Awalnya hendak menolak tetapi Gabriel lebih bijak mengatur strategi.

"You pasangan I kan malam ni? So, you tak boleh reject I. Lagipun, pegang setakat macam ni tak salah kan?" Bisik Gabriel tepat di cuping telinga Marisa membuatkan wanita itu terdiam seribu bahasa. Memandangkan Gabriel bosnya, diakurkan sahaja.

"By the way, how about tema I malam? I choose forest theme sebab look fucking beautiful. Lagipun, I kan pencinta alam. Apa pun, I suka tema you. Look like English Ancient theme. You look fucking stunning. I believe mesti ramai pandang you tadi, I rasa jealous pula." Ujar Gabriel panjang lebar yang hanya menjemput senyuman pendek dari Marisa.

"Terima kasih tuan,"

Gabriel segera membawa Marisa menuju kawan-kawan kerjanya, kesemua mata tertuju ke arah Marisa. Sebaik dia memakai mask, jikalau tidak sudah pasti mereka melihat wajah segannya.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now