48

11.4K 404 9
                                    

QAYRA segera menundukkan badannya saat sedang menyarungkan kasut tumit 6 inci ke kakinya. Sejurus selesai beg tangan jenama Channelnya disambut dari huluran pembantu rumahnya.

"Bagitahu papa dengan mama.. I balik malam, I keluar dengan Haikal." Pesan Qayra sambil membetulkan rambutnya yang sudah sedikit berantakan.

Pembantunya segera menunduk akur.

Baru sahaja kakinya ingin menuju ke arah kereta sport milik Haikal, satu suara menahannya.

"Qayra Indah Hanani.. Nak kemana?" Rengusan kasar dilepaskan, segera wajah tegang Dato' Qamal dipandang.

"I nak keluar dengan Haikal,"

"Papa tak izinkan.. Anak dara apa keluar dengan lelaki malam-malam macam ni, Qayra tu tak lama lagi nak jadi isteri orang.. Apa pandangan Arfan kalau dia tahu Qayra keluar dengan lelaki lain? Nak-nak adik dia sendiri," suara milik Dato' Qamal sedikit keras. Kaca matanya segera ditolak ke batang hidung.

"Pa.. Qayra cintakan Haikal bukan Arfan. Dah berjuta kali Qayra cakap benda sama. Qayra nak kahwin dengan Haikal, bukan Arfan. Papa memang tak faham atau sengaja taknak faham? I malas nak berdebat, I minta diri dulu. Jangan tunggu I, I balik lewat." Segera kakinya diatur pergi.

Pintu kereta sport milik Haikal dibuka lalu punggung dihempaskan ke kerusi duduk hadapan, tidak langsung ditoleh ke arah papanya.

Sudah sebulan berlalu sejak kes dia tahu tentang rancangan perkahwinan ini dan sejak itu dia menolak. Namun sia-sia memandangkan papanya masih berkeras hendak mengahwinkan dirinya dengan Arfan.

"Papa marah sayang keluar dengan abang ke?" Soal Haikal, sekali-kali wajah manis kekasihnya dipandang. Meskipun hubungan mereka tidak direstui oleh kedua-dua pihak, Haikal masih tidak rela melepaskan Qayra. Hatinya sudah dimiliki Qayra sepenuhnya.

Qayra mengukir senyuman nipis.

"Biasalah papa... Bukan suka tengok I keluar malam-malam macam ini. Tak habis-habis sebut pasal I kena jaga diri untuk Arfan. Ish, abang Arfan sendiri tak hirau I ni sebab abang Arfan sendiri dah ada isteri yang dia sayangkan. Kenapa papa dengan uncle tak faham langsung situasi kita? I rasa macam hidup dalam novel pula.. Sampaikan kahwin pun kena atur," luah Qayra kesal, anak rambut diselak ke belakang telinga.

Haikal menarik senyuman pendek.

Sedih? Ya, Haikal sedih.

Dari dulu, segalanya kepunyaannya bakal menjadi milik Arfan. Ketika dia kecil, mainan miliknya akan menjadi milik Arfan. Apabila tingkat dewasa, syarikat milik papanya jatuh pada Arfan. Kini, gadis yang dia cintai turut bakal menjadi milik Arfan.

Apa dia tidak bernilai di mata papanya?

"Abang.. Kenapa you diam je," segera Qayra memegang peha Haikal, wajah kekasihnya ditatap. Haikal segera menggelengkan kepala.

"Sayang.. Jangan ambil hati pasal papa sayang tu. Abang yakin.. Satu hari nanti diorang akan faham tentang sayang dengan abang. Sayang doa baik-baik untuk hubungan kita," Qayra mengangguk akur, segera kepalanya dilabuhkan ke lengan Haikal. Meskipun sukar buatnya hendak memandu namun dibiarkan sahaja Qayra berbuat sedemikian.

"Qayra akan pastikan papa tak teruskan rancangan tu.. I pasti abang Arfan pun tak terima perkahwinan ini." Ujar gadis itu yakin, Haikal sekadar mendengar.

Dia tidak mahu kehilangan Qayra tetapi dia tidak yakin bahawa gadis ini akan menjadi miliknya memandangkan dia kenal sifat papanya, lelaki itu tidak akan berhenti selagi apa yang dia mahukan tidak tercapai.

MARISA yang sedang fokus memasak dipeluk dari belakang. Sempat leher putih milik isterinya dikucup kasih, Marisa yang tersentak segera memukul perlahan tangan Arfan yang sedang memeluk pinggangnya.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now