HANIF segera menggulingkan matanya menyampah saat melihat abangnya fokus melayan Qayra berbanding dengar akan perkara yang ingin dia sampaikan, segera Hanif berdehem kecil.
"Sayang.. Kita dengar dulu apa adik I nak cakap," Haikal lembut memujuk, Hanif yang sudah berpeluk tubuh dipandang. Segera sengihan diberikan, Hanif menjeling benci.
Kenapa perlu dibawa perempuan saiko ni?
"Ish tapi abang kena dengar I juga," hampir muntah Hanif mendengar suara manja milik Qayra, Haikal mengaru kening.
"Ya abang dengar tapi sekarang Hanif nak cakap benda penting. Kejap eh sayang.. Nanti I bawa you makan sedap-sedap," mendengar sebegitu, Qayra akur. Sempat dipandang tajam muka kembar milik teman lelakinya.
Haikal mengeluh lega.
Pandangan dibuang kepada kembarnya semula, Qayra yang sedang memeluk lengannya dibiarkan sahaja.
"Aku nak cakap tentang abang Arfan, bang Haikal." Haikal segera mengerut dahi pelik, keningnya dijungkit.
"Macam ini.. Sebelum kau balik, papa ada halau abang Arfan sebab abang Arfan taknak dengar cakap papa." Qayra segera memotong.
"Seriuslah uncle halau abang Arfan semata sebab taknak dengar cakap dia je. Kau betul ke ni Hanif? Macam tipu je," segera Hanif memberikan pandangan tajam ke arah Qayra yang sedang beriak selamba. Apa muka dia nampak macam kaki menipu sangat ke?
"Kau betul ke ni, Hanif? Entah-entah salah dengar ke," kini giliran Haikal meragui kata-kata Hanif, Hanif mengeluh. Badannya segera dihamparkan ke kerusi meja makan.
"Betul. Papa... Takpelah nanti aku cakap sebabnya. Sekarang ini aku nak minta kau tolong aku cari abang Arfan. Sebenarnya aku memang dah lama cari dia.. Dah dua minggu tapi hasilnya tiada. KL ni luas," ujarnya kepada tujuan utama dia meminta abangnya datang.
Haikal lama terdiam sebelum mengangguk akur.
"Aku dengan Qayra usaha cari dia. Kau cuba cari dekat kampung ke? Mana tahu abang Arfan balik kampung lepas je kena halau. Kita semua tahu ibu dia ada usahakan kebun arwah atuk dia," Hanif menepuk dahinya perlahan. Kenapa dia tak fikir dari dulu lagi.
"Kalau macam itu, abang dengan Qayra cari abang Arfan di kampung. Hanif akan cari dekat mana-mana bahagian KL ni yang belum Hanif cari," Haikal akur, Qayra di sisinya dipandang sejenak.
"Sayang.. Nak tak ikut abang pergi kampung?" Qayra lama terdiam sebelum mengangguk bersetuju, meskipun dia tidak gemar kawasan kampung kerana mempunyai banyak nyamuk tetapi demi Haikal, dia sanggup redah.
Haikal menarik senyuman nipis, rambut lembut milik Qayra dielus lembut.
"Abang Arfan dah kahwin," tercengang kedua mereka mendengarnya, segera pandangannya dialihkan kepada Hanif yang masih beriak tenang.
"Asal aku tak tahu apa-apa?"
"I juga,"
Nada keduanya jelas terkejut, Hanif mengeluh. Dia sudah pasti ini adalah reaksi kedua mereka, segera kedudukannya dibetulkan.
"Aku pun terkejut juga, abang Arfan kahwin dengan perempuan dia cintakan. Disebabkan perkara ini, papa marah. Papa halau abang Arfan dan sekat segala duit papa, biarkan abang hidup terumbang-ambing tanpa duit. Itu aku ingat, aku nak cari dia. Nak tolong dia," keluhan berat kedengaran, Haikal mengangguk mengerti.
"Patut aku pelik kenapa kau peduli sangat pasal Arfan," Hanif segera memandang wajah abang kembarnya.
"Nak taknak, dia masih abang kita. Abang Haikal tak rasa nak berbaik ke dengan abang Arfan? Aku lagi suka kalau kita boleh rapat macam adik-beradik," Qayra segera memandang ke arah teman lelakinya lalu kepalanya dijatuhkan, kali ini dia bersetuju dengan kata-kata Hanif.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...