DATIN ROSE segera berlalu pergi bagi memberi ruang buat anak daranya berbual dengan Haikal serta Hanif memandangkan dia seakan mengerti pandangan anaknya terhadap Haikal.
Manakala Haikal segera meluru mendapatkan sang kekasih hati.
"Abang.." air mata Qayra mengalir buat kesekian kalinya, akhirnya wajah yang dirindukan muncul jua.
"Sayang... ya Allah," tangan Qayra yang berbalut kain putih segera dipegang dengan berhati-hati, jiwanya hancur melihat keadaan kekasihnya sebegini.
"Kenapa sayang sampai bertindak macamni? Sayang tak fikir ke hati abang macam mana? Sayang tak fikirkan apa abang akan rasa ke sayang? Ya Allah..." lidahnya tidak mampu berkata lagi, air mata yang ingin mengalir sedaya-upaya ditahan.
Qayra segera memeluk tubuh Haikal erat.
Hanif mengeluh kasihan melihat nasib dua insan di hadapannya, segera punggungnya dilabuhkan ke sofa lalu telefon pintarnya dikeluarkan. Dibiarkan Haikal meluangkan masa bersama kekasih hatinya sepuas hati.
"I taknak perkahwinan ni abang.. I taknak bersama abang Arfan, I nak dengan abang. Papa... papa dah tahu pasal abang Arfan dah kahwin tapi dia masih paksa I, I dibuat ibarat anak patung abang.." ujarnya teresak-esak, air matanya kini sudah membasahi wajahnya.
Haikal terbungkam mendengar, segera bahu kekasihnya dipegang lalu anak mata Qayra yang berkaca direnung dalam.
"Apa kata kalau kita kahwin lari sayang? Kita lari dari semua ni, kita lari dari diorang.. kita bina kehidupan kita sendiri, jauh dari mereka semua? Sayang setuju tak? Abang taknak kehilangan Qayra, abang juga taknak Qayra terseksa kerana aturan ini." Hanif yang terkejut mendengar kata-kata abang kembarnya segera bangkit dari duduknya.
Lama Qayra terdiam, merenung dalam anak mata kekasihnya sebelum bibirnya mengukir senyuman lebar bersama anggukan berulang kali.
"I nak... please bawa I jauh dari sini abang."
"Haikal... kau jangan buat gila? Kalau papa..." Hanif cuba bersuara, risau dengan idea gila abang kembarnya.
"I don't give a fuck about him Hanif... Aku dah lali nak jaga hati papa, end up it's always Arfan je yang betul dekat mata dia. Kasih-sayang, harta semua dia berikan pada Arfan. Aku dengan kau? What about us? Are we fucking his adopted son? I don't care, not anymore. Aku akan dapatkan kebahagiaan aku sendiri!" Tajam anak mata Haikal merenung kembarnya, Hanif pantas mengeluh.
Tangannya segera diangkat ke udara membuktikan bahawa dia tidak akan masuk campur dengan urusan Haikal.
Haikal kembali memandang wajah pucat kekasihnya, anak rambut yang menutup mata Qayra ditolak ke tepi.
"Lepas sayang keluar dari hospital... abang akan jemput Qayra dekat bas stesen area hujung rumah Qayra, tempat selalu abang ambil sayang okey. Abang akan bawa sayang jauh dari sini, jauh dari mereka semua. Yang ada cuma kita berdua je," Qayra mengukir senyuman bahagia, kepalanya berulang kali dijatuhkan sebelum memeluk pinggang Haikal erat.
"I tak sabar nak lari dari sini,"
"Yes, me too. We will go away from here, far away that will be only you and me." Ubun-ubun kecil Qayra dikucup lama sebelum pelukan Qayra semakin dieratkan.
Hanif mengeluh memandang pasangan sejoli dihadapannya, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka.
Manakala di sisi lain, datin Rose menekup mulut mendengar perbualan mereka sebentar tadi. Jantungnya berombak kencang. Qayra akan melarikan diri?
MARISA sekadar membuka mulut bagi menerima suapan dari sang ayah dari anak lelakinya, jelas terpancar cahaya gembira di wajahnya kerana dilayan ibarat tuan puteri oleh Arfan.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...