ARFAN segera merengangkan badannya di saat tubuhnya terasa sengal akibat lama duduk mengadap laptop, kaca mata yang dipakainya dilepas lalu kelopak matanya digosok perlahan. Sempat kepalanya dipusingkan ke arah ke kiri sehingga menghasilkan sedikit bunyi, keluhan lega dilepaskan.
Badannya disandarkan ke kerusi empuk lalu matanya menangkap gambar keluarga yang ditangkap ketika Maleeka genap berusia lima bulan, bibirnya segera menguntumkan senyuman lebar. Segera frame gambar tersebut digapai, wajah Marisa dan anak-anaknya disentuh perlahan.
Arfan tidak sangka, usia perkahwinan mereka bakal mencecah empat tahun tidak lama lagi. Selama empat tahun tersebut, pelbagai dugaan dan rintangan yang terpaksa dia hadapi untuk mengecapi kebahagiaan yang dimilikinya sekarang. Arfan bersyukur kerana Allah sentiasa menjaga keharmonian keluarga kecilnya.
Sedang Arfan fokus menatap gambar keluarganya, telefonnya menjerit-jerit meminta diangkat. Nombor yang dikenali membuatkan Arfan berkerut perlahan, sudah lama dia tidak berhubung dengan insan yang sedang menghubunginya selepas sahaja dia kehilangan Marisa memandangkan ketika itu, dia fokus hendak mencari isteri dan anaknya.
Tanpa menunggu, Arfan segera menarik butang hijau.
"Asalamualaikum tuan, saya Inspektor Adnan dari pejabat polis Cheras." Ujar lelaki dari hujung corong. Arfan segera berdehem kecil.
"Waalaikumusalam Inspektor Adnan. Kenapa call saya? Ada apa-apa perkembangan ke berkenaan kes isteri saya dua tahun lepas? Saya dah lama tak dengar khabar dari Inspektor," kini giliran Arfan bersuara, badannya sudah dalam keadaan tegak.
"Tujuan saya call tuan sebab nak bagitahu tuan bahawa kami sudah berjaya menangkap lelaki yang melanggar isteri tuan dua tahun lepas." Arfan terkesima mendengar, segera dia bangkit dari kerusi empuknya.
Dia tidak salah dengar bukan?
"Maksud tuan.. orang yang melanggar isteri saya sudah berjaya diberkas?" Soal Arfan bagi memastikan bahawa telinganya tidak salah dengar.
"Betul tuan. Saya nak tuan untuk datang ke pejabat sekarang kerana saya rasa tuan patut dengar sendiri perkara yang ingin disampaikan oleh lelaki tersebut." Arfan segera mengapai kaca matanya, wajahnya sudah berubah serius. Dia tidak sabar hendak berhadapan dengan lelaki yang telah melanggar isteri dan hampir meletakkan isteri dan anaknya dalam bahaya.
"Baik, saya datang sekarang." Telefon segera dimasukkan ke dalam poket seluar lalu kakinya diatur menuju keluar bilik pejabatnya.
"Syafina tolong cancelkan semua appointment today and saya takkan masuk pejabat balik. Please send every file yang perlu tandatangan I melalui e-mel seperti biasa." Gadis bermata sepet itu segera mengangguk akur, kepergian bosnya dihantar dengan soroton mata sebelum fokusnya dibuang semula pada skrin komputer.
Manakala Arfan, urat-urat tegang sudah kelihatan di tangannya dek kerana genggamannya yang kuat. Rasa sakit hatinya kepada orang yang telah melanggar isterinya kembali meluak-luak selepas kejadian dua tahun kembali terimbas di fikirannya. Dia akan pastikan lelaki itu meringkuk di dalam penjara, dia tidak akan sesekali melepaskan lelaki itu.
ARFAN memandang bengis wajah lelaki yang memiliki tatu ular di lehernya, rasa amarah dan bencinya semakin meluak-luak setelah bertentangan mata dengan pelaku yang melanggar isterinya. Yang membuatkan rasa amarahnya semakin meningkat tatkala wajah lelaki itu kelihatan tenang di saat melihat dirinya, rasa seakan Arfan mahu menumbuk saat wajahnya namun dia sedar, dia sedang berada di dalam pejabat polis. Dia harus bertingkah waras.
"Kenapa kau langgar isteri aku? Kau tahu tak isteri aku sedang mengandung masa itu... Aku boleh kehilangan isteri dan anak aku disebabkan kecuaian kau!" Jari telunjuk tepat ditunjukkan di hadapan wajah lelaki bertatu tersebut.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Storie d'amore[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...