HANIF segera menyalami tangan Dato' Ahmad sejurus lelaki itu turun dari berehat di atas, Dato' Ahmad mengambil surat khabar lalu punggungnya dilabuhkan ke sofa, kakinya disilangkan.
Hanif berdehem kecil.
"Apa mimpi kamu datang sini Hanif?" Soal Dato' Ahmad serius, wajahnya langsung tiada sebaris senyuman. Wajah Hanif sedikit berubah, dia sedar kehadirannya tidak diperlukan oleh papanya meskipun dia juga merupakan anak kepada lelaki separuh baya itu.
Datin Halimah segera menepuk perlahan bahu sang suami saat menyedari air muka Hanif sudah berubah.
"Abang.." tegur datin Halimah. Pandangan simpati diberikan kepada anaknya, Hanif sekadar mengukir senyuman pendek.
"Hanif saja nak jenguk mama dengan papa. Lagipun, Hanif masih anak mama dengan papa kan," ucapnya sedikit menyindir, Dato' Ahmad mengangkat pandangan tajam sebelum fokusnya kembali dibuang pada surat khabar di tangannya.
"Hmm baguslah, ingat juga kamu pada mama dengan papa." Hanif mengetap bibir mendengar jawapan Dato' Ahmad. Ini antara punca dia malas hendak pulang ke rumah, keberadaannya tidak diperlukan.
Malas hendak mengambil hati, Hanif segera berdehem kecil.
"Hanif datang ni juga nak tanya papa pasal abang Arfan," nadanya berubah serius, Dato' Ahmad segera meletakkan surat khabarnya lalu jus oren yang dibawakan sang isteri tadi digapai dan disisip sedikit.
"Kenapa dengan Arfan?"
"Hanif cari abang dekat pejabat, dekat rumah dia.. Tapi abang tiada. Hanif tanya pekerja dia, pekerja cakap abang dah lama tak muncul." Ujar Hanif, wajah papanya ditatap tanpa berkelip.
Lelaki tua itu segera membetulkan kedudukan.
"Papa dah halau abang kamu,"
"Dia bukan lagi anak papa selagi dia tak ikut arahan papa," kedua mereka tercengang mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Dato' Ahmad.
"Abang.. Apa maksud abang?" Soal datin Halimah, nadanya jelas kedengaran terkejut. Dato' Ahmad meletakkan gelas semula ke atas meja.
"Abang dah halau Arfan dari syarikat dan rumah dia, kereta dia pun abang dah rampas. Dia berlagak sangat dengan abang. Dia cakap dia mampu nak hidup tanpa harta, tanpa wang. Dia sanggup tinggalkan segalanya demi perempuan miskin tu. Jadi, abang ambil segala duit yang dia dapatkan dari berkerja di syarikat abang." Balas Dato' Ahmad tenang.
Segera Hanif bangkit dari duduk.
"Papa gila ke? Papa biarkan abang Arfan hidup terumbang-ambing dekat KL ni semata abang Arfan taknak dengar cakap papa?" Suara Hanif sedikit meninggi. Dato' Ahmad turut bangkit, wajahnya anaknya dipandang tajam.
"Papa tak gila! Papa cuma nak Arfan kembangkan empayar keluarga kita. Kalau Arfan setuju kahwin dengan Qayra, keluarga kita akan bertambah terkenal. Papa buat semua ni demi kita semua," kini suara Dato' Ahmad pula meninggi. Datin Halimah sudah mengurut pelipis, sakit kepalanya mendengar semua ini.
Hanif terkejut mendengar kata-kata papanya. Semuanya demi harta?
"Qayra? Papa nak kahwinkan abang Arfan dengan Qayra? Pa.."
"Ya. Qayra, dengan adanya perkahwinan antara Qayra dan Arfan, syarikat kita akan makin terkenal. Selagi Arfan tidak mahu menceraikan isteri dia dan berkahwin dengan Qayra.. Selagi itu, papa akan sekat segala harta papa untuk dia. Biar dia terseksa. Satu hari nanti papa yakin dia akan balik dan terima syarat papa," ujar Dato' Ahmad yakin.
Hanif menggeleng.
"Pa, Qayra tu.." katanya segera dipotong Dato' Ahmad.
"Qayra tu sekarang memang tengah belajar luar negara, nanti bila dia balik, papa dan papa dia akan bincang pasal perkahwinan ini lebih lanjut." Hanif mengurut pelipis, bagaimana dia hendak memberitahu kebenaran pada papanya.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...