65

8.6K 370 28
                                    

ARFAN menerangkan segalanya pada Kalsom memandangkan Kalsom sudah mendengar segalanya, jelas terpalit sinar kecewa wajah Kalsom.

"Arfan terpaksa buat semua ini ibu, Arfan terlalu sayangkan Marisa.. Arfan tak sanggup kehilangan dia atau Adrian." Ujarnya bersungguh-sungguh, wajah Kalsom ditatap mengharapkan wanita 50-an itu akan mempercayai kata-katanya.

Kalsom bangkit lalu wajah anaknya dipandang sekilas sebelum dada bidangnya anaknya dipukul berulang kali.

Hatinya benar-benar kecewa.

"Kenapa taknak langsung bagitahu ibu dari awal Arfan.. Kenapa? Ibu boleh bantu kamu kalau ceritakan semuanya dari awal. Jadi, selama setahun ni kamu tipu ibu hidup-hidup, biarkan Mar hidup serba-serbi apa adanya di KL dan sekarang kamu nak bagitahu ibu.. kamu terpaksa kahwin dengan Qayra kerana perjanjian bodoh kamu dengan papa kamu?" Suara Kalsom sedikit meninggi, Arfan terdiam.

Dia faham apa yang dirasakan sang ibu.

Ye, perbuatannya bodoh.

"Arfan..."

"Kamu fikir tak dengan akal kamu... kalau Marisa sedar nanti, apa dia rasa? Bangun-bangun suami yang dia cintakan, yang dia sayangkan dah berkahwin dengan perempuan lain? Apa kamu rasa Arfan?" Soal Kalsom tegas, dipaksa Arfan pandang wajahnya.

Lidah Arfan kelu.

Air mata lelakinya mengalir tanpa disedari.

"Arfan..."

Arfan segera meraup rambutnya ke belakang, dia rasakan dadanya terlalu sempit dengan masalah saat ini.

"Ibu akan jumpa dengan papa kamu.. biarkan ibu cakap dengan dia. Papa kamu makin melampau-lampau. Dulu.. ibu izinkan dia kahwin lain kerana ibu sedar ibu tak mampu beri harta macam isteri kedua dia tapi sekarang ibu tak biarkan sebab ibu tak sanggup melihat menantu ibu diduakan hanya kerana ketamakan papa kamu." Tegas Kalsom, tidak akan dibiarkan hidup anak lelakinya bersama menantunya dipermainkan oleh Dato' Ahmad.

"Ibu kecewa juga dengan kamu Arfan.. ibu kecewa sangat-sangat," seusai itu kakinya diatur menuju ke pintu keluar hospital. Langsung tidak dipandang wajah Arfan.

Kecewanya pada dia sang anak tidak boleh terubat, kewujudannya seakan tidak penting pada Arfan. Selama ini dia tidak mengetahui peritnya kehidupan Arfan bersama Marisa.

Segera teksi diarah menuju ke rumah banglo suaminya, perkara ini perlu diselesaikan.

DATIN HALIMAH segera mengukir senyuman manis buat madunya saat melihat wanita itu datang ke rumahnya namun dahinya berkerut melihat wajah kelat Kalsom memandangkan Kalsom tidak pernah menunjukan sebarang sikap negatif padanya sejak awal dia berkahwin dengan Dato' Ahmad lagi.

"Assalamualaikum kak Som... kenapa datang tak cakap? Abang.." katanya terputus dek dicantas oleh Kalsom terlebih dahulu.

"Waalaikumusalam Mah... kak Som datang nak jumpa abang jap, abang mana?" Datin Halimah segera mengangguk akur tanpa bertanya lebih lalu menjemput Kalsom masuk ke dalam rumah banglonya.

"Duduk dulu kak.. Jap Mah panggilkan abang." Segera kakinya diatur menapaki anak tangga buat memanggil sang suami. Dalam masa yang sama, Halimah dipagut rasa pelik. Kenapa madunya hendak bertemu dengan suami mereka? Gayanya seperti tergesa-gesa pula.

Malas hendak memikirkan lebih, segera daun pintu bilik kegemaran yang suaminya gunakan buat membaca buku setiap hari dibuka.

DATO' AHMAD menghampiri isteri pertamanya, sempat tangannya diberikan kepada Kalsom buat disalam. Wanita itu sekadar menyambut baik. Wajah suaminya dipandang tajam.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now