ARFAN segera memberikan kunci kereta kepada Adam sejurus lelaki itu tiba, sempat dia bersalam mesra dahulu dengan sahabat baiknya.
"Tahniah Arfan.. Tak lama lagi nak ada anak dah, aku serius gembira untuk kau sahabat." Ujar Adam, wajahnya segera mengukir senyuman lebar.
Sebagai sahabat kepada Arfan, dia turut senang dengan berita yang dikhabarkan oleh Arfan.
"Terima kasih Adam sebab bagi pinjam kereta kau semalam," Adam segera menggeleng. Hal kecil sahaja baginya memandangkan dia memiliki kereta lain. Pantas Arfan mempelawa Adam masuk.
"Hari ini tak kerja ke Arfan?" Segera Arfan menggeleng.
"Tak.. Hassan bagi cuti dua hari, jaga isteri aku. Kau pula? Semalam kenapa tak datang majlis kesyukuran," segera kakinya diatur menuju Marisa yang sedang membancuh air, pantas jag di tangan isterinya dirampas.
"Abang.." seru Marisa, wajah Arfan dipandang. Lelaki itu sekadar menggeleng sambil tersengih.
"Sayang duduk je, biar abang hidang air pada Adam.. Nanti sayang penat," Marisa menggeleng.
"Mar boleh buat,"
"Jangan sayang.."
Adam menggeleng melihat pasangan suami isteri yang sedang berbalah hanya kerana air, senyuman nipis diukir.
"Semalam aku sibuk sangat siapkan proposal untuk projek baru papa kau ambil sebab tarikh akhir nak hantar esok. Lagipun, esok aku kena gerak ke Kedah untuk periksa tapak yang papa kau beli tu. Maaf Arfan tak dapat nak datang semalam," cerita Adam, tali leher yang mengikat lehernya dilonggarkan. Segera punggungnya dilabuhkan ke atas tikar sebelum badannya disandarkan pada dinding.
Terasa Malaysia semakin panas sejak kebelakangan ini.
"Sabar jelah Adam, kalau duduk di bawah papa aku memang kuli sikit." Seloroh Arfan, segera jag berisi air yang dibancuh tadi dibawa.
Adam sekadar mendengar.
"Awal-awal dulu sakit sikit.. Tapi sekarang aku dah biasa dah," Arfan segera bersila di hadapan sahabatnya, Marisa pula meminta diri untuk masuk ke dalam bilik. Bayangan tubuh isterinya dihantar dengan sorotan mata.
"Terima kasihlah Adam.. Sudi nak menjaga syarikat papa aku sementara waktu ni," Adam sekadar menggeleng. Segera air dituangkan ke dalam gelas lalu air diteguk sedikit bagi melegakan tekaknya yang terasa kering.
"Harini tak minta pula pekerja kau datang ambil kereta?"
Segera Adam mengalihkan pandangan ke arah Arfan.
"Maksud kau Syafiq ke?" Arfan mengangguk.
"Dia hari ini ambil cuti.. Lagipun, aku tengah ada masa kosong ni. Alang-alang aku jumpa kau, sekali dengan ucap tahniah sebab dah bergelar ayah." Bahu Arfan ditepuk. Lelaki itu sekadar tertawa perlahan.
"Terima kasihlah Adam,"
"Kau rasa kau boleh ke tanggung isteri kau dengan lebih baik lepasni? Maksud aku.. Yelah, kau sendiri tahu lepasni kos lagi tinggilah. Marisa nak kena ke klinik setiap bulan.. Pastu lepas anak korang lahir, semua kelengkapan diperlukan. Kau rasa kau mampu ke Arfan?" Soal Adam, Arfan segera mengaru kening. Senyuman diberikan kepada sahabatnya.
"Aku tak jamin duit aku ada untuk beri keperluan untuk isteri dan anak aku tapi aku boleh jamin yang selagi mana aku boleh usaha untuk dapatkan kelengkapan sempurna untuk isteri aku, aku akan usaha. Kau tak perlu susah hati, Adam.. Aku boleh," balas Arfan yakin.
Adam segera bersila tegak.
Wajah sahabatnya dipandang.
"Kau kalau susah nak perlukan duit, aku boleh berikan. Cakap je berapa," pantas Arfan menggeleng.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...