MARISA yang sedang mengikat tali kasut dirapatinya lalu Arfan segera berdiri di hadapan gadis itu membuatkan Marisa terkedu, lambat-lambat dia mengangkat wajah memandang Arfan.
"Bangun, duduk atas tangga tu," arahnya senada, wajah keliru Marisa jelas kelihatan.
"Perlu ke aku ulang balik arahan aku Marisa Hani untuk kau faham?" Tegas sahaja nadanya membuatkan Marisa laju menggeleng lalu melabuhkan punggung di atas tangga batu seperti disuruh oleh Arfan.
"Kaki kau sini," tanpa menunggu, kaki Marisa diambil dan diletakkan di atas pehanya dan dipakaikan kasut sekolah gadis itu meskipun kotor namun wajah Arfan biasa-biasa sahaja.
Laju Marisa menarik kakinya. Pipinya bersemu merah, jantungnya berdegup laju. Kenapa sejak kebelakangan ni layanan Arfan lain padanya?
"Kotor seluar sekolah abang Arfan, Mar boleh buat sendiri abang.. takpe," tolaknya perlahan, tangannya segera ingin meraih kasut sekolahnya di tangan Arfan namun melihat lelaki itu seakan tidak mahu melepaskan membuatkan Marisa mengangkat pandangan.
"Hak aku nak buat apa, kau duduk diam je dekat situ!" Keras sahaja nadanya kedengaran membuatkan Marisa mengalah. Tidak mahu membuatkan situasi berubah buruk, Marisa hanya membiarkan Arfan melakukan apa sahaja yang lelaki itu mahukan.
"Lepasni aku taknak lagi tengok kau pergi sekolah sendiri, aku ada.. aku boleh hantar kau," Arfan bersuara selepas sahaja selesai memakaikan kasut buat Marisa.
Marisa menggeleng.
"Takpe abang Arfan, Mar boleh pergi sekolah sendiri. Dah biasa dari kecik lagi," tolak Marisa. Dia sebenarnya lebih ingin lari dari Arfan. Entah sejak bila dia takut dengan Arfan kerana layanan lelaki itu tidak seperti seorang abang kepada adiknya.
Marisa sendiri keliru sama ada dia perasan atau tidak.
"Marisa Hani.. berapa kali aku nak ulang, aku tak suka kau tolak apa-apa yang aku cakap. Selama ni aku ada bagi kau pilihan ke, Marisa Hani?" Tepat pandangan Arfan memandang ke arah anak mata Marisa membuatkan gadis itu laju menggeleng.
"Good, sekarang ni naik motor ni cepat," Marisa segera menaiki tanpa menolak. Dia takut dengan aura Arfan.
Kalsom memandang melalui tingkap sambil tersenyum. Sebenarnya hati tuanya senang melihat perubahan hubungan anak lelakinya dengan anak saudaranya, Marisa.
Akhirnya doanya termakbul, Arfan dapat menerima kehadiran Marisa di dalam rumah mereka. Dari kecil lagi, Arfan dingin dengan Marisa.
Langit dipandang.
"Marina, akhirnya anak aku dah diterima anak aku Mar, alhamdulilah." Senyuman tidak mati dari bibir tuanya.
Seronok hati tuanya melihat Arfan dan Marisa boleh berbaik seperti adik-beradik kandung.
RAFIQ memandang Marisa lama sebelum tangan diletakkan ke dahi Marisa. Marisa mengerut dahi aneh.
"Kenapa Fiq?"
"Takdelah aku check suhu badan kau, sebaik suam je. Itu aku cakap dengan kau Mar, kurangkan berlatih. Jangan paksa diri, tengoklah akhirnya makan diri sendiri," bebel Rafiq sambil meletakkan beg sekolahnya di meja sebelah Marisa.
Marisa tidak mengerti maksud dari Rafiq.
"Maksud kau Fiq?"
"Aku rasa kau demam lagi kot Marisa, semalam demam pun tak ingat ke?" Bebel Rafiq.
Demam? Maksud Rafiq? Marisa tidak mengerti.
"Aku demam?" Soal Marisa perlahan yang mendapat anggukan dari Rafiq.
"Iya, semalam aku pelik kenapa kau tak datang hari sukan padahal kau yang semangat dengan hari sukan. Jadi, aku singgah rumah kau kejap, aku panggil kau. Kau tak keluar tapi abang sepupu kau, si Arfan tu yang keluar. Aku tanya dia, dia kata kau demam," cerita Rafiq panjang lebar.
Marisa mengeluh, jadi Arfan tipu tentang dirinya pada Rafiq?
"Mar, diam pulak. Demam lagi ke?" Soal Rafiq, Marisa hanya menggeleng perlahan.
"Fiq, aku tidur sekejap eh.. nanti kalau cikgu masuk, cakap." Rafiq mengangguk akur, dia sebenarnya pelik dengan keadaan Marisa. Sejak kebelakangan ni gadis itu kurang bercakap.
Ada masalahkah Marisa dengan abang sepupunya? Namun soalan itu hanya dibiarkan sepi tanpa jawapan.
ADAM melihat sahaja Arfan yang sedang termenung di tingkap kelas mereka sebelum bahu Amin ditolak perlahan, sejurus Amin memandang ke arahnya, segera bibirnya menjuih ke arah Arfan.
Amin tersenyum, bahu Adam segera dipaut.
"Biasalah orang ada masalah cinta ni," usik Amin, Adam membulatkan mata tanda terkejut. Wajah Amin dipandang tidak berkelip.
"Siot. Farhana balik ke?" Amin menolak kepala Adam perlahan. Lain orang cakap, lain dia cakap.
"Bukan bodoh.. kau ingat lepas apa jadi, Arfan senang-senang ke nak terima Farhana balik? Perempuan tu dahlah siot je buang Arfan macam sampah, ingat artis ke? Puih!" Sempat Amin mengutuk bekas kekasih Arfan.
Adam mengekek perlahan.
"Jadi, siapa perempuan yang jadi masalah cinta tu sangat?" Soal Adam, hatinya menjadi tertanya-tanya.
"Cinta pertama dialah," balasan Amin membuatkan Adam ternganga, bahu Amin dipeluk.
"Eh siot, si Ma.." Arfan segera mengalihkan pandangan tajam ke arah Adam, Adam mengangkat tangan ke udara.
"Fan, kau seriouslah tentang dia. Dia suka kau balik ke?" Soal Adam, Arfan bergerak mendekati Adam, tajam anak matanya menikam wajah Adam.
"Dia suka aku atau tidak, Dam. Dia tetap hak milik aku dan kalau ada sesiapa nak cuba ambil dia, langkah mayat aku dulu." Tegas Arfan membalas, Adam meneguk kesat air liur.
"Err Fan, biasalah Adam ni.. dia suka tanya soalan bodoh. Kan Dam?" Adam segera ditarik menjauhi Arfan, Arfan tidak membalas sebaliknya melangkah pergi.
Amin memukul bahu Adam kuat.
"Kau tahu baran Arfan tu tak boleh borak, kau tanya soalan bijak macam tu, kenapa Dam." Bebel Amin geram. Adam hanya menayangkan sengihan.
"Maaf bro, aku cuma curios." Amin menjeling tajam Adam.
"Curios taik hang!" Keluar loghat kedahnya, Adam mengekek gelak. Bahu Amin segera dipeluk.
"Jom makan, lapar."
****
bersambung
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...