18

17.9K 569 6
                                    

ARFAN mendatangi ibunya seperti diminta selepas sahaja mereka selesai makan malam, punggung dilabuh di sebelah Kalsom sejurus wanita separuh baya itu mengizinkannya masuk.

"Kenapa ibu panggil Arfan ni? Ibu tahu ibu boleh cakap dengan Arfan je tadi kan? Tak perlu-"

"Perlu sebab ibu nak bincang hal ni berdua je tanpa Marisa dengar. Ini urusan keluarga," potong Kalsom. Arfan tergelak perlahan.

"Ibu, Marisa Hani tu family kita juga." Balasnya sedikit kasar, Kalsom tidak membalas sebalik berdehem kecil.

"Pa-"

"Apa lagi dengan papa kali ni, bu? Jangan kata papa call ibu sebab Arfan tak angkat call dia? Papa memang tak pernah nak bagi Arfan hidup senang like.." ditahan mulutnya dari mengeluarkan perkataan kesat.

Dia tidak mahu dianggap sebagai anak yang tidak menghormati ibunya. Lagipun, Kalsom tidak pernah mengajarnya menggunakan perkataan kesat.

"Arfan.. dengar kata ibu. Papa tahu yang terbaik untuk Arfan. Papa.."

"Masa papa tinggalkan ibu dengan Arfan untuk kerja dekat Kuala Lumpur sana, papa tahu ke yang terbaik untuk kita, ibu? Dan bila papa buat keputusan untuk madukan ibu, papa tahu ke yang dia sedang buat keputusan yang terbaik? No! Papa tak tahu ibu. Papa cuma tahu.. yang dia nak Arfan dengan ibu hidup dibawah arahan dia." Arfan menghentikan kata-katanya. Rambutnya diraup kasar.

Punggungnya diangkat dari birai katil.

"Arfan penat ibu nak hidup jadi boneka papa. Dari kecil, dari kecil ibu." Suaranya mulai perlahan. Kalsom menegukkan air liurnya perlahan sebelum mengganguk akur.

Arfan didapatkan.

"Tapi dia masih ayah Arfan, ayah kandung Arfan. Dan papa cuba.. cuba yang terbaik untuk bahagiakan, Arfan." Pujuk Kalsom. Arfan tertawa perlahan, kepalanya diggeleng.

"No! Arfan tahu yang terbaik untuk diri Arfan sendiri. Dan Arfan taknak papa atur kehidupan Arfan lagi. Arfan dah cukup baik jaga syarikat papa masa dia sakit. Dan sekarang dia dah sihat kan? Papa boleh ambil alih semua." Tangan diangkat ke udara.

Kalsom menggengan tangan anaknya, dipaksa Arfan memandang tepat ke arah matanya.

"Papa perdulikan Arfan sebab itu dia cari bakal isteri yang terbaik untuk Arfan, yang boleh jadi ibu yang baik pada anak-anak Arfan. Ibu yakin dengan pilihan papa, Arfan pun perlu yakin. Ibu yakin Arfan akan bahagia dengan Qayra." Arfan menggeleng laju. Pegangan ibunya dilepaskan.

"Tak ibu! Arfan tahu yang terbaik untuk Arfan. Arfan, Arfan dah calon isteri pilihan Arfan.. dari dulu lagi, Arfan nak kahwin dengan dia tapi sebab papa, Arfan lupakan hajat tu. Dan sekarang masa yang sesuai untuk Arfan bagitahu ibu tentang ni. Arfan..." Arfan mendekatinya ibunya, matanya merenung tepat ke dalam mata ibunya.

"Ibu pernah cakap dengan Arfan, apa pun pilihan Arfan.. ibu akan sokong sepenuh hati kan?" Kalsom terdiam, wajah penuh pengharapan satu-satunya anak lelakinya tidak mampu dia tolak. Kepalanya dijatuh perlahan.

Arfan mencarik senyuman lebar.

"Arfan nak kahwin dengan Marisa Hani, ibu.. Arfan cintakan dia, Arfan dah lama fikirkan semua ni, Arfan tak mampu berpisah dengan Marisa Hani.. Arfan," Kalsom terkedu mendengar, seluruh tubuhnya terasa kaku.

Dia tidak sangka diam-diam anaknya mencintai sepupunya sendiri.

"Arfan.. Arfan cakap a-apa ni nak?" Arfan mengangguk berulang kali tanpa henti.

"Ibu dengar perkara betul, Arfan cintakan Marisa. Arfan tak anggap Marisa sebagai sepupu Arfan sendiri. Arfan.."

"Tapi dia sepupu Arfan? Ibu.."

"Arfan tetap akan kahwin dengan dia sebab Arfan rasa bertanggungjawab dan cinta pada Marisa Hani." Tegas Arfan, wajahnya ibunya direnung tajam bagi membuktikan dia sangat maksudkan kata-katanya.

"Bertanggungjawab? Arfan cuma seorang abang sepupu pada Marisa? Takkan disebabkan rasa tanggungjawab seorang abang pada adik-" katanya segera dicantas oleh Arfan. Arfan rasa ini masanya untuk dia jujur perkara ini pada ibunya.

"Tak.. ibu.. ini rasa tanggungjawab seorang lelaki yang telah merampas maruah seorang perempuan tanpa berfikir panjang. Ini tanggungjawab seorang lelaki yang terlalu memikirkan cinta sampai sanggup merosakkan seorang gadis suci, ib-" tanpa disedari, tangan Kalsom naik dan menampar wajah Arfan.

Dadanya berdegup kencang. Seumur hidupnya sebagai orang ibu, dia tidak sangka dia sudah gagal mendidik anak lelakinya.

Arfan memegang pipinya yang terasa perit, dia meneguk kesat air liur.

Wajah Kalsom dipandang semula.

"Ibu.. sebenarnya Arfan dengan Marisa dah terlanjur masa ibu pergi ke Kuala Lumpur dahulu," tangan Kalsom kembali ingin menampar wajah anak lelakinya kuat namun niatnya mati saat air matanya mengalir deras, Kalsom terduduk di atas katil.

"Apa.. apa ibu dah buat sampai salah mendidik Arfan? Kenapa Arfan tega rogol Marisa? Marisa adik sepupu Arfan sendiri. Marisa itu amanah dari maksu Arfan sendiri untuk jaga dan lindungi dia. Ibu.." Kalsom kehilangan ayat, kebenaran ini terlalu mengejutkan dirinya. Dia buntu.

"Arfan sedar salah Arfan ibu.. kalau ibu nak tampar Arfan sampai puas pun, Arfan tak kisah.. Arfan terima. Cuma bagi Arfan bertanggungjawab terhadap Marisa, izinkan Arfan kahwin dengan dia. Arfan cintakan dia," Arfan segera mendekati Kalsom lalu dia duduk di hadapan ibunya.

Tangan Kalsom diambil dan digenggam.

"Arfan minta maaf kecewakan ibu, Arfan.. Arfan cuma taknak kehilangan Marisa. Arfan-" Kalsom tidak membalas sebalik air matanya semakin deras.

"Marisa masih mentah Arfan.. kenapa kamu sanggup rosakkan gadis sementah dia? Kamu tu abang sepupu dia, kamu sepatutnya lindungi dia dari lelaki-lelaki yang akan rosakkan dia. Ibu.. ibu percaya kamu, Arfan. Tapi.. Allah," dadanya yang terasa sesak segera disentuh, semua ini terlalu drastik.

"Arfan janji akan lindungi Marisa, ibu.. ibu izinkan Arfan kahwin dengan Marisa. Arfan cintakan dia,"

"Tolong ibu, Arfan merayu.. izinkan Arfan kahwini Marisa,"

***

Bersambung.

well hi? rindu Arfanrisa tak?

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now