47

11.8K 429 11
                                    

MARISA sekadar mendongkat dagu sambil memerhatikan suaminya yang sibuk ke hulur dan ke hilir, sekejap lelaki itu mengambil order, sekejap mengangkat bekas pinggan yang sudah kotor, sekejap menghantarkan makanan ke meja yang sepatutnya.

Wajah Arfan yang kelihatan penat menerbitkan rasa bersalahnya, sebegini sukarnya Arfan usaha untuk mencari rezeki buat mereka berdua.

Satu gelas panjang secara tiba-tiba muncul di hadapannya, Marisa tidak mengambil cuma memandang ke arah lelaki muda yang memberikannya.

"Umm ini ada pemberian ada lelaki meja sana tu," Jeff bersuara selepas sedar bahawa Marisa seakan tidak mengerti.

"Abang Arfan ke bagi?"

Arfan yang sedang melayan pelanggan memandang sekilas ke arah isterinya namun dahinya berkerut saat melihat Jefri sedang berbual dengan isterinya dan lelaki itu sedang memberikan satu gelas panjang.

Hati yang sedang diombak rasa cemburu cuba dikawal.

"Bang.. Dengar tak order kami apa tadi?" Satu suara lembut menegurnya, Arfan segera tersedar dari lamunan. Dia berdehem kecil.

"Maaf dik.. Apa order tadi?" Sekali-kali matanya mengerling ke arah isterinya yang sedang berbual.

"Kalau bukan suami saya bagi.. Maaf awak, saya tak boleh ambil," tolak Marisa sejurus Jefri mengatakan ini bukan dari Arfan melainkan dari pelanggan lelaki yang tertarik dengan Marisa dan berniat hendak membelanjakannya minuman.

Jefri menggaru kening.

"Habistu saya nak buat apa.."

"Kenapa Jeff?" Muncul Arfan dengan riak wajah dingin, Marisa segera memegang tangan suaminya. Dia kenal wajah ini, sisi Arfan yang ini. Lelaki itu sedang menahan marah, bibir segera diketap perlahan.

"Ada lelaki belakang sana tadi.. Dia suruh aku buatkan air untuk isteri kau, aku cuma ikut je. Tapi.. Isteri kau tolak," sekilas wajah Marisa yang sedang memandang ke arahnya dipandang, sebelum air di tangan Jefri diambil.

"Jeff.. Lepasni kalau ada orang pesan suruh bagi air ke makanan ke dekat isteri aku, tolong cakap yang suami dia tak izinkan. Kalau dorang masih berkeras, suruh dorang jumpa dengan aku." Tegas Arfan, wajahnya sudah ketat.

Gelas berisi air milo ais digenggam kuat.

Jefri segera mengangguk akur.

"Maaf Arfan.."

Arfan menggeleng.

"Mana meja lelaki tadi?" Segera Jefri menunjukkan ke arah meja sekumpulan lelaki yang sedang rancak bergelak tawa. Arfan mengetap gigi geram saat menyedari salah seorang dari mereka memandang sekilas ke arah isterinya.

Api cemburunya mulai terbakar.

"Abang.. Mar taknak pun air tu, Mar minta maaf. Abang jangan marahkan Mar tau." Bisik Marisa perlahan, Arfan memandang wajah takut isterinya sebelum rambut Marisa dielus lembut. Senyuman nipis dicarik.

"Abang tak marahkan sayang.. Sekejap," kakinya ingin diatur pergi namun segera ditahan Marisa.

"Abang nak kemana?"

"Pulangkan air ni pada tuannya," Marisa akur, pegangan di tangan suaminya dilepaskan. Marisa kenal sifat cemburu Arfan cuma dia harap lelaki itu tidak bertindak berlebihan.

Arfan segera meletakkan gelas tadi ke atas meja para lelaki-lelaki muda yang masih berseragam sekolah lengkap.

"Bang.. Salah order ni, kami tak order milo." Salah seorang dari mereka bersuara, Arfan segera mengukir senyuman sinis.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now