BARU sahaja dia ingin mendekati Marisa, wanita itu terlebih dahulu menghindar. Seperti biasa, hidungnya terlebih dahulu menutup hidungnya. Arfan mengeluh, dia fikirkan Marisa sudah lupakan perihal semalam namun bila pagi tiba, wanita itu bertindak seperti semalam.
"Sayang.." seru Arfan, suaranya sudah kedengaran lirih.
Marisa pantas menggeleng.
"Mar tak boleh duduk sebelah abang.. Bau abang. Sekarang ni nak pandang muka abang pun Mar taknak," ucap Marisa tanpa berbasa-basi, pandangan sudah dihalakan ke arah lain. Tekak sudah loya teruk.
Arfan membuat pandangan tidak percaya. Segera jarinya dituju menghala ke arah dirinya.
"Sayang taknak pandang abang ke? Sayang sihat ke tak ni, kenapa macam lain je.. Sebelum ni sayang okey je dengan abang. Sayang.." tangan isterinya cuba digapai, wanita itu segera menepis lembut.
Isi perutnya mulai memulas.
"Abang.. Pergilah kerja cepat. Mar taknak tengok muka abang." Halau Marisa, sedari tadi dia langsung tidak menoleh ke arah suaminya. Tekak semakin bertambah loya jika memandang wajah Arfan, dia sendiri tidak mengerti dengan dirinya.
"Sayang.." suara Arfan berubah lirih, kata-kata Marisa terdengar kasar di pendengarannya. Sebelum ini wanita itu yang tidak mahu berpisah dengannya, sekarang Marisa pula yang membenci untuk duduk dekat dengannya.
Dia buat silap apa?
"Sayang.. Abang merayu kalau sayang terasa hati apa ke dengan abang.. Merajuk dengan abang, tolong bagitahu abang. Jangan diamkan, abang taknak sayang diam macam ni. Sampai taknak langsung dekat dengan abang, cakap dengan abang. Abang bau busuk sangat ke? Sayang nak abang mandi? Abang boleh mandi berulang kali sampai sayang nak cakap dengan abang." Pujuk Arfan, Marisa pantas menggeleng.
"Abang pergilah kerja sekarang.. Mar tak tahan, Mar rasa nak muntah sekarang ni. Lagi tengok muka abang lagi Mar rasa tak sedap badan," ujarnya, sekali-kali bahu Arfan ditolak menjauhi dirinya.
Arfan mengeluh.
"Umm nak kiss boleh tak?" Marisa memandang sekilas wajah suaminya lalu menggeleng.
"Mar salam je tangan abang." Arfan mengeluh namun akur, segera tangannya diberikan kepada Marisa. Cepat-cepat wanita itu mengucup tangannya sebelum dilepaskan.
Kenapa Marisa berubah sedrastik ini?
"Abang tak boleh cium sayang?"
Marisa laju menggeleng. Dia tidak mampu menahan bau yang kuat hadir dari tubuh Arfan.
"Sikit pun," bibirnya sedikit muncung. Marisa menjatuhkan kepalanya, Arfan akur. Dengan perlahan, dia berjalan keluar dari rumah. Sejurus dia jauh dari isterinya, wanita itu segera melepaskan tangan yang menutup hidung.
Arfan segera menghidu t-shirtnya, tiada bau busuk langsung.
Shah yang baru muncul segera dipaksa menghidu baju yang dipakainya.
"Puih sampai-sampai je paksa aku bau baju kau," segera hidungnya digosok. Hampir sahaja dia bersin bau minyak wangi milik Arfan. Lelaki itu pakai sebotol terus ke? Wangi macam apa je.
"Busuk tak?"
"Hidung kau rosak ke Fan? Punya wangi sampai aku bersin singgah tadi.. Kau tanya tak wangi lagi? Aik pakai wangi-wangi ni, nak cuba mana-mana awek ke?" Arfan segera memberikan pandangan tajam lalu helmet di tangan Shah dirampas.
"Bukan.. Isteri aku, dari semalam dia asyik cakap aku busuk. Itu yang aku pakai minyak wangi nak dekat sebotol. Tapi.. Kau cakap wangi. Aih! Apa kena dengan bini aku tu agaknya," luahnya sambil menyarungkan helmet di kepala. Keluhan berat dilepaskan.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...