MARISA memandang sahaja langkah suaminya yang masuk ke dalam pejabat sambil bercakap dengan seseorang melalui telefon. Sudah seminggu Arfan keluar meeting tanpa membawa dirinya, alasannya meeting tersebut takut menganggu waktu lunch Marisa.
Marisa ragu-ragu dengan kata-kata Arfan. Benarkah hanya kerja sehingga perlu tertawa rancak ketika sedang telefon bersama orang yang berada di hujung corong.
Marisa segera membawa buku notanya menuju ke bilik Arfan, dia perlu meminta rekod dari lelaki itu seperti biasa. Sudah seminggu dia melakukan perkara tersebut sehingga menjadi terbiasa.
Pintu diketuk, tidak sampai seminit lelaki itu sudah membenarkannya masuk.
"Raisya.. nanti I call you balik untuk bincang pasal internal interior butik you." Ujar lelaki itu, berura-ura hendak mematikan panggilan sejurus dirinya masuk.
"Yeah I'm promise you dalam pukul 9 malam nanti I call balik. After work," tidak lama selepas itu butang merah ditekan lalu telefonnya diletakkan di atas meja. Senyuman manis diberikan kepada isterinya yang sedang menunggu.
"Sorry sayang. Ini beberapa nota abang dah catit," ujar Arfan, buku nota yang berkulit warna biru gelap segera diberikan kepada Marisa.
"Ada apa-apa lagi tuan perlukan?" Soal Marisa, wajahnya suaminya tidak dipandang lama sebelum dibuang pada buku nota yang berada di tangannya.
"Ada,"
Arfan pantas bangkit dari kerusinya lalu merapati isterinya, tangannya segera memeluk dada. Wajah Marisa yang seakan menyimpan masalah segera disentuh dengan tangannya.
"Ada apa-apa masalah ke sayang?" Soalnya lembut membuatkan Marisa merasakan getaran di hatinya. Meskipun dia cuba membuang jauh-jauh rasa tersebut namun dia tidak boleh. Dia seringkali kalah dengan daya tarikan Arfan.
"Saya okey je tuan,"
"Cinta.. stop sekejap je jadi pekerja abang. Jadi isteri abang walaupun untuk lima minit," pinta Arfan, sebenarnya jiwanya sakit setiap kali mendengar Marisa mengelarnya dengan panggilan tuan. Dia bukanlah tuan kepada wanita, dia suaminya. Dia merindukan Marisa memanggilnya dengan panggilan abang.
"Cinta... dah makan?" Soal Arfan lama setelah masing-masing mendiamkan diri. Marisa lambat-lambat menggelengkan kepalanya membuatkan Arfan tidak senang.
Segera bahu Marisa dipegang.
"Kenapa tak makan?"
"Saja," balasnya singkat.
"Abang keluar dari pukul 10 pagi tadi sampai dah pukul 3 sekarang ini... sayang masih tak makan?" Soal Arfan dengan nada susah hati, Marisa sekadar mengangguk. Bagaimana dia hendak makan, seleranya mati.
"Berapa hari dah skip lunch?" Soal Arfan risau, segera coat yang digantungnya diambil bersama telefon pintar di atas meja.
"Tiga hari,"
"Cinta..." suara Arfan sedikit keras, wajah manis isterinya dipandang. Dia sudah separuh mati merisaukan keadaan isterinya tetapi wanita itu terlihat tenang sahaja.
"Kalau abang tahu sayang skip lunch macam ini... abang bawa sekali sayang meeting. Raisya selalu ajak meeting dekat cafe... sayang pergi ambil barang keperluan sayang sekarang." Arah Arfan. Tangan Marisa dipegang lalu dibawa menuju meja kerja wanita itu.
"T-tapi..."
"No tapi-tapi Marisa Hani.. Grab your thing now! Abang bagi arahan sekarang ni."
"Kita nak kemana?"
"Makan. Abang nak bawa sayang makan, abang taknak isteri abang kelaparan. Nanti apa pula Adrian fikir kalau tahu papa dia biarkan mama dia kelaparan," kata-kata Arfan sedikit sebanyak membuatkan Marisa merasakan ada kupu-kupu berterbangan di perutnya.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...