36

13.1K 479 28
                                    

HANIF segera memakirkan motor kesayangannya di hadapan rumah sebelum kunci dicabut dan diberikan kepada Azman, penjaga rumah agam papanya.

"Tuan Hanif," sapa Azman, badannya ditunduk separa bagi menunjuk hormat. Hanif sekadar menepuk bahu Azman lalu punggungnya diangkat dari motor. Sempat dia merenggangkan badannya bagi melegakan rasa sengal.

"Mama dengan papa ada rumah tak?" Soalnya, Azman segera mengangguk.

"Ada tuan Hanif,"

"I see," baru sahaja ingin melangkah pergi, Hanif menghentikan langkahnya.

"Abang ada balik rumah tak?" Abang yang dimasukkan adalah Arfan memandangkan sudah lama dia tidak melihat kelibat Arfan, bila dicari di pejabat, dikatanya lelaki itu sudah lama tidak muncul.

Azman segera menggeleng.

"Lama dah tuan Arfan tak datang rumah ni tuan Hanif," Hanif terangguk-angguk kecil tanda mengerti, segera kakinya diatur memasuki gerbang pintu rumah agam milik mama dan papanya.

Saat tiba di ruang tamu, kehadiran Hanif disambut oleh datin Halimah, segera wajah anaknya dikucup kasih. Rindu dengan Hanif, sejak Hanif membuat pilihan hendak duduk di rumahnya sendiri, anak lelakinya itu jarang pulang ke rumah kecuali jika dia ingin pulang.

"Asalamualaikum ma," tangan datin Halimah digapai lalu disalam penuh hormat, sempat dikucup kedua belah pipi datin Halimah sekilas.

"Waalaikumusalam Hanif, baru nampak batang hidung kamu." Segera Hanif menayangkan barisan gigi putihnya, mamanya dibawa ke sofa lalu kedua mereka melabuhkan punggung di situ.

"Maaf mama, Hanif sibuk sangat dengan photoshoot. Memandangkan ramai sangat kahwin tahun ni, jadi ramai tempah Hanif untuk tangkap gambar kahwin dorang." Datin Halimah mengukir senyuman pendek, kepalanya perlahan diggelengkan.

"Mama faham,"

"Ada apa Hanif balik ni? Selalunya balik ada urusan penting je," seloroh datin Halimah, segera Hanif tersengih. Mamanya tahu-tahu sahaja niatnya pulang ke rumah.

"Mama ni.. Hanif bukan macam tu tau. Hanif anak yang baik," bibirnya sengaja dijuihkan manja, segera datin Halimah menarik bibir anaknya lembut. Hanif merengek manja.

"Mengada," ucap datin Halimah, bibir anaknya dilepaskan.

"Umm Hanif balik ni nak tanya mama? Kalau-kalau abang Arfan ada datang sini? Sebab Hanif ada datang pejabat, pekerja dia kata Arfan dah lama tak nampak kelibat. Yang ada cuma member dia je, Adam tu. Lepastu Hanif pergi rumah dia, rumah dia kosong. Ali pun takde nampak kelibatnya." Ceritanya, datin Halimah laju menggeleng.

Kali terakhir dia nampak Arfan datang pun, keadaan Arfan dan suaminya tidak baik.

"Mama pun lama dah tak dengar khabar Arfan.. Tapi pasal pejabat tadi, papa tak cakap apa-apa dekat mama pasal Arfan tak datang kerja sebab selalunya papa tu bising sangat kalau Arfan tak muncul." Hanif mengerut dahi pelik.

"Papa mana?"

"Tengah berehat dekat atas, kalau Hanif nak tanya apa-apa.. Tunggu papa turun." Hanif akur, segera badannya direbahkan ke sofa, penat membonceng motornya dari Selangor ke Kuala Lumpur memandangkan dia ada temu janji di situ pagi tadi.

"Kenapa Hanif nak jumpa abang?" Soal datin Halimah selepas lama mendiamkan diri, Hanif bangkit.

"Hmm saja. Hanif nak tanya khabar, mama sendiri tahu hubungan. Abang Arfan dengan Hanif ni macam mana, keruh sangat. Hanif tahu Hanif bukan adik kandung abang Arfan tapi Hanif nak sangat hubungan kami ni rapat macam adik-beradik sebenar." Nadanya kedengaran sedikit sedih.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now