DATO AHMAD merenung dalam wajah isterinya yang sedang menyuapnya makan, air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya mengalir perlahan membasahi kedua belah pipinya. Sudah dua tahun berlalu sejak dirinya disahkan lumpur kekal, kesihatannya semakin merosot dari masa ke masa namun isterinya tidak pernah lelah menjaga dirinya dari pagi sehingga malam meskipun dia sedar, menjaganya bukanlah hal yang mudah.
Andai sahaja dia bisa mengerakkan tangannya sekarang, sudah pasti tangan isterinya akan diggengam namun dia tidak bisa. Seluruh tubuhnya seakan mati rasa, jari tangan dan jari kakinya terasa kaku. Dia hanya mampu mengerakkan mulutnya sahaja namun itupun sudah sukar.
Datin Halimah mengapai kain napkin yang sudah disediakan di atas meja kecil di sisi katil suaminya lalu mengelap sisa bubur yang melekat di tepi bibir suaminya.
"M..Mah," serunya perlahan, datin Halimah segera memandang wajah cengkung suaminya. Sejak lumpuh dua tahun lepas, berat badan suaminya mendadak turun. Dari 75 kg menurun kepada 40kg. Perut yang dahulu terlihat sedikit membuncit kini hanya terlihat sangkar rusuknya. Jiwanya dipalu rasa sedih melihat keadaan sang suami, meskipun sikap Dato Ahmad padanya dahulu tidak sebaik mana tetapi Dato Ahmad tetap suaminya.
"Kenapa bang?" Soal datin Halimah lembut, kain napkin diletakkan ke atas pehanya lalu sudu diangkat dan disuap kembali bubur ke dalam mulut suaminya.
"M..maa..fkan ab..ang un...tuk se..semuanya," ucapnya bersusah-payah, air matanya yang mengalir segera dibantu hapus oleh datin Halimah. Air mata wanita separuh baya itu turut mengalir melihat keadaan suaminya yang begitu menyayat hati.
Datin Halimah segera menggeleng perlahan.
"Mah tak pernah marahkan abang. Abang jangan khuatir, Mah ikhlas jaga abang." Ucapnya menahan sebak, jawapan sang isteri membuatkan Dato Ahmad benar-benar terpukul hebat. Dia sedar begitu banyak dosanya pada isterinya dan bekas isterinya. Tidak lupa juga pada anak dan menantunya, dia sedar semuanya berlaku kepadanya ini merupakan balasan bagi perbuatan jahat yang dilakukannya semasa sihat dahulu. Andai sahaja dia dapat memutarkan waktu, dia tidak mahu menjadi dirinya yang dahulu. Dia mahu berubah tetapi nasi sudah menjadi bubur, masa tidak dapat diputar kembali.
Yang mampu dia lakukan sekarang ini hanyalah memohon ampun pada orang yang telah dia aniaya dan meratapi setiap kesalahan yang dilakukannya.
"Ab..aban..g be..rdosa pada M..Mah dan S..Som," tersekat-sekat ucapannya, mulutnya terasa begitu sukar hendak menuturkan setiap perkataan. Dato Ahmad bersyukur kerana Allah masih mengizinkan dirinya untuk bersuara, setiap hari dia mensyukuri nikmat tersebut.
"Mah dah maafkan abang lama, kak Som pun sama. Abang tak perlu susah hati lagi fikirkan semua itu ya, sudah tak perlu bersuara lagi. Mah tahu abang susah nak bercakap, Mah taknak abang seksa diri." Balas datin Halimah memujuk.
"A..Ar..fan a..da?" Sejak dirinya lumpuh, tidak pernah sekalipun bayangan Arfan datang menjenguknya. Dia sedar anak lelakinya masih memarahinya kerana sikapnya yang memaksa dahulu, dia rela dibenci Arfan jika itu mampu membuatkan dia meraih kemaafan dari anaknya.
"Arfan tiada bang.. dia datang hujung minggu ni dengan wife dan anak-anak dia," balasan sang isteri membuatkan Dato Ahmad terasa senang. Entah mengapa dia teringin hendak melihat wajah cucu-cucu yang pernah dibencinya. Isterinya pernah memberitahu bahawa menantunya sudah melahirkan cucu keduanya.
Air matanya kembali mengalir.
Andai sahaja dia dapat bertemu dengan Arfan dan keluarga kecilnya buat kali terakhir, dia rela jika Tuhan ingin mengambil nyawanya saat itu juga. Dia ingin memohon maaf kepada menantu dan anak lelakinya atas segala dosanya selama ini, dia tahu mereka tidak akan sudi memaafkan dirinya tetapi dia tetap ingin memohon ampun. Meskipun dia sedar dirinya tidak layak dimaafkan.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...