MARISA menarik nafas dalam, pintu bilik Arfan ditenung lama. Bibir digigit perlahan.
Hampir lima minit menatap pintu, akhirnya Marisa mengalah. Dia tiada jalan lain selain mengetuk pintu bilik Arfan.
"Masuklah," satu suara garau mengarahnya untuk masuk.
Lambat-lambat Marisa memutar tombol pintu bilik Arfan, buka sahaja daun pintu, matanya disajikan dengan Arfan yang sedang memakai tuala separas pinggang.
Terjerit kecil Marisa.
Segera badannya dibalikkan membelakangi Arfan.
Arfan tersenyum sebelum pinggang Marisa dipeluk dan ditarik ke dalam biliknya lalu daun pintu biliknya ditutup rapat.
"Suka ke tengok badan abang?" jari jemarinya bermain di kawasan pipi Marisa. Marisa laju menggeleng.
Pandangan matanya dialihkan ke arah lain.
Pipinya mulai memerah.
"Abang.. Abang Arfan lepaskan Mar. Mar datang ni cuma nak panggil abang makan, mak ngah suruh panggilkan," dada bidang Arfan ditolak.
Seksa matanya melihat Arfan dalam keadaan begini. Arfan tertawa perlahan lalu dirapatkan keadaan mereka kembali.
"Jawab dulu suka ke tak tengok badan abang?" Bisiknya sensual, hidungnya dirapatkan ke telinga Marisa dan sengaja dimainkan di kawasan tersebut.
"Erm abang lepaskan Mar boleh? Kalau mak ngah nampak apa dia cakap, Mar dengan abang kita ni sepupu," Arfan mengetap gigi geram. Lain yang ditanya, lain yang dijawab.
Pelukan ditubuh Marisa diperketatkan.
"Aku cakap jawab dulu soalan aku, susah ke!" Tengking Arfan kuat, wajahnya berubah menyinga. Marisa yang terkejut segera menganggukkan kepalanya laju meskipun sejujurnya dia suka tapi itu perkara yang tidak patut diberitahu.
Riak wajah Arfan berubah lembut semula, pegangan dipinggang Marisa dilonggarkan. Tangannya naik mengelus wajah Marisa dan berhenti di kawasan bibir merah jambu milik gadis tersebut.
Hanya satu di fikiran Afran, dia mahu merasai bibir merah jambu tersebut.
Baru sahaja ingin disatukan bibirnya bersama bibir Marisa, bunyi suara Kalsom membuatkan Arfan berdecit kasar.
Tubuh Marisa segera dilepaskan ke atas katil kasar, Marisa hanya mengeluh sakit.
"Aku tahu kau suka badan aku, lain kali orang tanya tu jawab. Hmm kau pergilah dulu makan, aku turun sekejap lagi." Marisa menghela nafas lega. Segera kepalanya dianggukan dan dia melangkah pergi.
Jantungnya terasa ingin meletup dengan perbuatan Arfan sebentar tadi. Arfan cuba nak cium dia ke? Soalnya berkali-kali pada diri sendiri. Kenapa dia tak cuba tolak? Kenapa?
"Marisa, mana Arfan?" Teguran dari Kalsom menyedarkan Marisa dari lamunannya.
"Erm abang Arfan kata sekejap lagi dia turun. Mak ngah nak Mar siapkan apa-apa lagi ke?" Soalnya lembut, Kalsom menggeleng perlahan.
"Takpe, kita tunggu Arfan je turun ni." Marisa mengangguk akur, kejadian tadi kembali bermain difikirannya. Kenapa dia tak tolak Arfan tadi?
Kenapa dengan kau ni, Marisa?
ARFAN menghulurkan botol minuman kepada sahabatnya yang baru sahaja habis acara lumba lari.
"Min," serunya sekali tatkala sahabatnya fokus melihat benda lain, saat matanya turut diarahkan ke tempat yang dipandang sahabatnya, jiwanya rasa terbakar. Patutlah fokus semacam usya pujaan hatinya, Marisa.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...