ARFAN segera menghulurkan semangkuk aiskrim perisa mint choco kepada sang isteri sejurus daun pintu terbuka, senyuman paling manis dilakar.
Riak wajah Marisa masih sama seperti semalam, muram sahaja.
"Aiskrim kegemaran sayang," ucap Arfan sambil melangkah masuk, dahi Marisa dikucup seperti biasa. Wanita itu sekadar membiarkan dan menutup daun pintu kembali sejurus suaminya masuk.
"Sayang.." seru Arfan saat sang isteri tidak memberikan apa-apa reaksi.
Marisa segera memandang wajah suaminya.
"Abang mandilah dulu nanti dah selesai, Mar tunggu dekat ruang tamu." Nadanya tidak mesra seperti selalu, Arfan mengeluh perlahan. Langkah isterinya diikuti. Tangan Marisa dicapai.
"Abang taknak mandi sampai cinta setuju nak makan aiskrim ni," putus Arfan. Melihat Arfan berkeras, Marisa segera mengambil plastik berisi semangkuk aiskrim.
Langkah diatur menuju dapur.
Arfan tersenyum lebar.
"Terima kasih abang.." ucap Marisa perlahan, meskipun dia masih merajuk tetapi tidak sampai hati jika tidak mengucap terima kasih memandangkan suaminya sudah membelikan aiskrim kegemarannya.
"Sama-sama cinta," Arfan segera bergerak ke sisi isteri tercintanya. Dia berdehem kecil.
"Sayang.." serunya perlahan.
"Hmm..."
"Abang nak minta maaf tentang semalam, abang tak sengaja nak tinggikan suara pada sayang atau anak kita. Abang cuma risaukan keadaan sayang. Abang masih kuat untuk kerja demi sayang dengan Sunshine. Sayang sekarang kandungkan anak abang, anak kita. Kalau apa-apa jadi pada sayang. Abang.. Abang tak mungkin dapat maafkan diri abang." Terjeda perbuatan Marisa untuk menikmati aiskrim, hatinya sedikit tersentuh dengan kata-kata Arfan.
Melihat nada Arfan membuatkan dia rasa bersalah kerana sudah bertindak seperti ini. Dia tidak sepatutnya merajuk berlebihan.
"Sayang maafkan abang okey? Abang.. rasa kosong kalau sayang dingin macam ini dengan abang." Tangan sang isteri digapai, pantas Marisa mengadap Arfan lalu dipeluk tubuh sasa suaminya.
"Mar minta maaf.." air matanya mengalir, wajahnya berubah merah dek kerana menahan tangis sebentar tadi.
Arfan segera membalas pelukan sang isteri.
Dikucup ubun-ubun sang isteri penuh kasih.
"Abang yang salah, abang minta maaf ye sayang." Dilepaskan pelukan, wajah Marisa ditatap lalu air mata yang membasahi wajah isterinya dihapus menggunakan ibu jarinya.
"Mar cuma nak bantu abang.. sebab Mar taknak abang seorang sahaja yang susah." Arfan pantas menggeleng.
"Siapa cakap abang susah? Abang gembira sebab tak lama lagi anak kita nak lahir dah. Abang tak sabar nak menimang cahaya mata pertama kita, tanda cinta kita." Dikucup dahi sang isteri lama, Marisa sekadar menikmati ciuman hangat sang suami.
Tuhan sahaja tahu bahagianya macam mana.
Terima kasih ya allah untuk nikmat bahagia ini! Bisik hati kecil Marisa.
"Sayang jangan fikir macam tu lagi, biar abang tanggung sayang dengan anak kita. Jangan merajuk lagi tau, abang jadi susah hati sebab sayang merajuk dengan abang. Rasa macam separuh nyawa hilang tau," Marisa tersenyum mendengar, kini giliran pipi suaminya dipegang.
"Mar janji takkan merajuk lagi tapi kalau Mar merajuk.. abang kena pujuk," Arfan tertawa perlahan. Hidung sang isteri dicuit.
"Abang nak mandi kejap, sayang makan dulu okey?" Marisa mengangguk akur.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...