71

9K 364 12
                                    

QAYRA segera menyarungkan kasut sukan berjenama Nike di kedua kakinya sejurus kereta Vellfire milik ayahnya berlalu meninggalkan perkarangan rumah.

Badan ditundukkan lalu beg yang diletakkan di bawah katil digapai. Tanpa berlengah Qayra segera berlari anak keluar dari biliknya sebelum kelibatnya dilihat oleh pembantu rumah.

Beruntungnya dia, malam itu papa dan mamanya harus berkunjung ke acara makan malam yang disediakan oleh salah seorang kawan papanya. Jadi, peluang itu dapat digunakan untuk melarikan dirinya.

Iphone 14 Pro Max dikeluarkan lalu nombor kekasih hatinya didail tergesa-gesa, beg berisi bajunya disangkutkan ke bahu.

Tidak lama selepas itu, panggilan mereka bersambung.

"Abang.. I dah bersiap. Tinggal nak gerak ke bus stop je ni. Abang dah sampai ke?" Soal gadis itu tanpa menunggu, dia takut perbuatannya diketahui saat ini oleh mana-mana pembantu rumahnya.

Sedaya-upaya dia cuba menyembunyikan dirinya dari terlihat dari mana-mana pembantu rumahnya.

"Abang dah sampai.. abang tengah tunggu sayang ni. Sayang cepat sikit," balasan dari Haikal membuatkan Qayra mengukir senyuman lebar. Akhirnya dia bakal bebas. Dia tidak perlu lagi hidup di bawah kawalan papanya, bahagia sedang menanti dirinya.

"Okey abang. I end dulu," Iphonenya diseluk semula ke dalam poket lalu kakinya melangkah menuju ke daun pintu secara senyap. Sekali-sekala dia berjengkit bagaikan pencuri.

Baru sahaja tangan hendak mengapai tombol, satu suara mematikan tindakan Qayra. Air liur diteguk kesat.

"Qayra.."

Qayra pantas membalikkan dirinya, wajah datin Rose dipandang.

"Ma I ingatkan you keluar.." suara Qayra bagaikan tersekat di kerongkong.

"Mama rasa tak sihat badan dan tak sedap hati, mama rasa mama dah tahu kenapa mama rasa macamni," balasan dari sang ibu membuatkan Qayra gelisah. Pantas kedua telapak tangannya digabungkan lalu pandangan simpati diberikan kepada mamanya.

"Please ma.. jangan halang I. I have to go, I tak sanggup nak berkahwin dengan suami orang.. dengan lelaki yang Qay dah anggap macam abang Qay sendiri ma. Please," nadanya jelas kedengan lirih dan merayu, berharap datin Rose melepaskan dia pergi.

Datin Rose segera merapati anak daranya.

"Mama tak sanggup hilang Qay tapi mama lagi tak sanggup tengok anak mama menderita kerana perkahwinan ni... Qay janji dengan mama, keluar sahaja dari rumah ni. Qay akan jadi perempuan paling bahagia seperti yang Qay harapkan. Mama sentiasa doakan kebahagian anak mama bersama lelaki pilihan dia, restu mama bersama Qay." Air mata Qayra mengalir sejurus mendengar setiap bait yang dilontarkan datin Rose. Tubuh mamanya segera dibawa ke dalam pelukan.

"Mama terima kasih sangat-sangat sebab faham I. I love you mama, terima kasih sebab beri restu mama pada Qay. Terima kasih mama," datin Rose turut sama mengalirkan air mata, akhirnya permata yang dijaga sepenuh hati itu dilepaskan agar pergi mencari kebahagiaannya.

Kebahagiaan yang dia sebagai seorang ibu tidak mampu berikan.

"Qay jangan lupa contact mama okey. Mama sentiasa ada untuk Qay,"

"Pasal papa.. mama akan uruskan." Pipi mulus sang anak dielus lembut, sisa air mata turut dihapus sekali.

"Baik mama. Terima kasih mama, Qay sayang mama," pelukan kali terakhir diberikan, meskipun separuh hati datin Rose tidak rela namun dia lagi tidak rela melihat hidup anak daranya diperjudikan hanya kerana ego suaminya yang terlalu takut diruntuhkan.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now