ARFAN segera bersalaman dengan Dato' Qamal, tersenyum lebar Dato' Qamal sejurus wajah bakal menantunya muncul. Arfan sekadar mengukir senyuman kelat.
"Busy betul orang macam Arfan ni," seloroh Dato' Qamal, Arfan tidak membalas sekadar memberikan senyuman pahit. Dato' Ahmad segera mendekati bakal besannya.
"Biasalah Mal, macam kita muda-muda dulu." Balas Dato' Ahmad manakala isterinya Datin Halimah bersalaman dengan Datin Rose.
"Ye tak ye juga, jemput duduk dulu." Pelawa Dato' Qamal. Segera diarahkan pembantu rumahnya menghidangkan air pada tetamu, sempat juga disuruh untuk memanggil Qayra untuk turun ke bawah.
Arfan berdehem kecil, hatinya tidak rela hendak membincangkan semua perkara ini.
"Arfan macam mana business sekarang? Uncle dengar haritu hampir berbulan kamu merantau ke luar negara sebab nak selesaikan kerja," ujar Dato' Qamal, Arfan segera memandang wajah tenang papanya. Lelaki itu sekadar tersenyum.
Arfan mengetap bibir sebelum dipaksa bibirnya mengukir senyuman.
"Alhamdulillah berjaya siapkan uncle, biasalah client tu request pelbagai jadi makan masa juga Arfan nak siapkan ikut citarasa dia." Bohong Arfan, Dato' Qamal terangguk-angguk kecil. Makin bangga dengan bakal menantunya.
Tidak silap orang dia pilih untuk menjadi suami Qayra.
"Uncle nasihat kamu Arfan... biarlah tender kita ambil tu susah dan jauh dari tempat asal kita sebab apa.. sebab itu beri kita pengalaman lebih banyak, lebih banyak idea kreatif, lebih banyak ilmu kita boleh dapatkan. Kamu masih muda Arfan, senang nak dapat semua tu. Bagus.. uncle bangga dengan kamu," sekali-sekala bahu anak muda itu ditepuk.
Arfan sekadar diam tidak membalas.
"Betul Qamal, aku setuju dengan kau.."
Datin Halimah sekadar memberikan pandangan simpati terhadap Arfan. Dia sedar anak muda itu sedang tersepit dengan permainan licik suaminya.
"Papa..." suara Qayra terhenti saat anak matanya terpaku pada lelaki yang dikenalinya. Abang Arfan? Kenapa lelaki itu ada di rumahnya bersama uncle Ahmad? Bagaimana dengan isterinya? Soal Qayra sendiri.
"Abang Arfan? Apa abang buat dekat sini?" Soalnya, Arfan terdiam. Lidahnya kelu hendak membalas.
"Turun pun anak dara seorang ini... cepat salam aunty Limah dengan uncle Ahmad." Arah Dato' Qamal, pandangan penuh tanda tanya diberikan kepada Arfan namun lelaki itu sekadar menggeleng. Qayra segera mengatur langkah menuju ke arah kedua orang tua Arfan.
"Baguslah Qayra dah turun... boleh kita teruskan bincang tentang perkahwinan korang berdua," kedua-dua lelaki berusia 50-an itu tertawa galak manakala yang lain hanya diam. Berbeza dengan Qayra, gadis itu dipagut rasa terkejut, kenapa Arfan tidak membantah? Soalnya sendiri.
"Qayra duduk dulu.." arah datin Rose perlahan, tangan anak daranya ditarik agar duduk bersebelahan dengan dirinya.
"Tapi abang Arfan.."
"Ehem rasa tak sabar nak bincang hal mereka berdua ni," pantas katanya dipotong oleh Dato' Ahmad. Air oren pemberian pembantu rumah segera diambil lalu disisip perlahan.
"Betul.. aku setuju sangat," segera disetujui oleh Dato' Qamal. Qayra pasrah, punggungnya dilabuhkan. Sekali-sekala pandangan meminta jawapan diberikan kepada Arfan, lelaki itu sekadar memberi pandangan kosong.
QAYRA pantas menarik lengan Arfan bagi meminta penjelasan dari lelaki itu, Arfan perlu menjelaskan semuanya. Kenapa lelaki itu seakan akur, bagaimana dengan isteri lelaki itu?
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...