13

21.8K 606 19
                                    

"ASALAMUALAIKUM mak ngah," seru Marisa sambil menanggalkan kasut yang melekat di kakinya. Rambut yang menutup matanya diselit masuk ke belakang telinga.

Beg sandang yang tersangkut di bahu ditanggalkan, jam dilirik, sudah melangkah masuk pukul 6.30 petang. Marisa mengerut dahi, tidak mungkin mak ngahnya tiada di rumah.

Tombol pintu dapur dipulas sempat salam diberi walaupun perlahan.

Baru sahaja hendak dikunci tombol pintu tersebut, satu suara yang tidak asing di pendengaran Marisa kedengaran membuatkan Marisa terkedu. Seluruh tubuh terasa membeku.

Tidak mungkin, bisik hati kecilnya.

"Dah lama tak jumpa, Honey?" Sapa Arfan perlahan sebelum merapati Marisa dan berdiri tepat di belakang wanita itu. Matanya terkatup rapat saat hidungnya menghidu bau haruman syampu dari rambut ikal mayang Marisa.

Wangi, sama seperti dulu.

Marisa tidak berani membalikkan tubuhnya, orang yang paling dia benci dan tidak ingin jumpa kini kembali semula setelah setahun menghilang selepas memori hitam itu berlaku.

Jantungnya berdegup kencang. Tangannya mengigil laju.

"Marisa Hani, pandang aku.. dah setahun rasanya kita berpisah," bahu Marisa dipegang. Marisa masih memilih untuk membatukan dirinya, wanita itu sedaya upaya memilih untuk percaya bahawa semua ini hanya sekadar mimpi buruk.

Tolong katakan ini mimpi, ucapnya berulang kali di dalam hati.

"Marisa, wake up." Marisa segera membuka matanya saat terasa bahunya dipusingkan. Ternyata Marisa salah, semua ini realiti. Iya, ini memang benar Arfan, lelaki yang telah merosakkan dia setahun lalu.

Arfan, lelaki yang dia sangat benci.

"Sayang kenapa pucat bila nampak abang? Hey abang bukan hantu, ini abang. Arfan, kekasih sayang." Ujar Arfan sambil terkekeh kecil, wajah Marisa yang terkejut kelihatan comel di matanya.

"Abang rindu sayang," Marisa segera ditarik ke dalam pelukan.

"Kalaulah Honey tahu apa yang abang lalui setahun yang lalu tanpa Honey. Sayang tahu tak betapa susahnya hidup abang tanpa Honey di sisi abang," bisiknya perlahan tepat di telinga Marisa sebelum batang leher Marisa dikucup Arfan perlahan.

Marisa yang seakan tersedar dari dunianya segera melepaskan pelukan mereka dan tanpa disedari, tangannya naik dan menampar wajah Arfan kuat.

"A-abang dah hancurkan hidup Mar s-setahun yang lalu dan sekarang a-abang datang cari Mar lagi? Lepas apa abang buat.. Abang ingat Mar ni mainan murahan abang ke!" Tengkingnya kuat, air matanya mulai mengalir deras.

Tubuhnya mengigil hebat.

Matanya tajam memandang Arfan yang seperti tiada perasaan selepas ditampar sebegitu sekali.

Arfan tersenyum, pandangan Marisa dibalas semula.

"Abang rasa itu hadiah sambutan pulang yang terbaik pernah abang dapat, sayang." Balasnya selamba, pipinya digosok perlahan sebelum tangannya memeluk tubuh.

"Jangan panggil Mar dengan panggilan sayang! Abang memang tiada hati eh? Lepas abang rampas harga diri Mar, abang tinggalkan Mar macam tu je, abang boleh datang semula jumpa Mar dan beriak selamba macam abang tak pernah lakukan sebarang kesalahan? Abang.. Mar memang mainan murah pada abang? Dari kecil sampai besar, abang bencikan Mar. Abang buli Mar, abang-" Arfan segera menghentikan kata-kata Marisa.

"Abang tak buat semua tu sebab abang bencikan Honey. Abang-"

"Abang apa abang Arfan? Maruah Mar.. abang letak dekat kaki abang je. Abang rogol Mar malam tu, abang rogol Mar. Abang pijak maruah Mar, abang Arfan!" Jeritnya kuat bersama tangisan, dada bidang Arfan dipukul kuat berulang kali.

Arfan segera menarik Marisa ke dalam pelukan.

"Abang ada niat nak bertanggungjawab pada sayang tapi keadaan tak mengizinkan, abang sedar abang dah buat silap besar pada Honey. Tapi abang berani sumpah, abang buat semua itu bukan sengaja. Abang-" Katanya terjeda saat Marisa kembali memukul dada bidangnya.

"Mar benci abang.. Mar benci-" ucapnya sebelum jatuh pengsan di dalam pelukan Arfan. Arfan segera membalikkan tubuh Marisa sejurus suara wanita itu tidak lagi kedengaran di cuping telinganya.

"Sayang.." telefon pintar diambil, nombor doktor private dipanggil.

"Now! Rumah lama saya,"

MARISA yang meracau di atas katil segera didapatkan oleh Arfan, tubuh wanita itu dibawa ke dalam pelukan.

"Honey... abang ada,"

"Tuan muda, sila ke tepi sebentar. Saya nak cucuk ubat penenang." Arfan yang tidak mampu hendak membantah hanya sekadar mendengar seperti yang diarah. Dia cuma mahu Marisa sihat sahaja sekarang ini.

Seusai Marisa kembali terlena di atas katil, doktor perempuan itu segera merapati Arfan.

"Tuan muda, dari keadaan dia tadi boleh saya katakan dia mengalami rasa shock luar biasa. Dia boleh dikatakan terjadi disebabkan trauma akan perkara-perkara yang terjadi pada masa lalu. Jadi, saya minta tuan muda untuk sentiasa check keadaan dia. Kalau dia masih meracau macam tadi, tolong telefon saya semula." Pesannya panjang lebar.

Arfan mengangguk akur.

"But Anne, keadaan dia baik-baik sahaja kan?" Doktor yang dipanggil Anne itu tersenyum pendek sebelum mengangguk. Arfan menghela nafas lega, kepergian Anne dihantar dengan sorotan mata.

Arfan merenung wajah bujur sirih Marisa yang manis, tangan Marisa diambil dan diggengam kuat.

"Please kuat demi abang, Honey.. abang minta maaf," bisiknya Arfan perlahan. Rambut ikal mayang Marisa dielus lembut sebelum diselit ke belakang telinga.

Tidak dia sangka, di hari pertama mereka bertemu, Marisa jatuh pengsan tepat di dalam pelukannya.

Walaubagaimanapun, Arfan masih gembira kerana dia dapat memiliki Marisa semula setelah kehilangan wanita itu setahun yang lalu.

Belakang telapak tangan Marisa dikucup lembut.

"Honey.. cepat sembuh ya,"

***

bersambung

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now