SELEPAS dua jam berlalu, akhirnya doktor bernama Burhan tersebut keluar dan segera mendapatkan suami kepada pesakit yang dirawatnya.
Arfan segera bangkit, wajah doktor lelaki itu dipandang. Arfan sangat mengharapkan doktor itu ingin menyampaikan berita positif mengenai isteri serta anaknya.
"Macam mana isteri dengan anak saya?" Soal Arfan tanpa menunggu, doktor tersebut segera menyentuh bahu Arfan perlahan.
"Alhamdulillah isteri encik dah lepas tahap kritikal dan selamat melahirkan bayi lelaki." Air mata Arfan mengalir, bibirnya mengukir senyuman lebar.
"Anak papa," ucapnya gembira, setinggi-tingginya kesyukuran dipanjat ke Maha Esa dengan khabar baik ini.
"Tapi encik.." perlahan senyuman Arfan memudar.
"Kerana isteri encik mengalami hentakan kuat di bahagian pinggang serta perut menyebabkan isteri encik mengalami pendarahan teruk di bahagian dalamannya. Jadi, kami sarankan encik tandatangan surat untuk menjalankan pembedahan ke atas isteri encik dengan kadar segera." Jantung Arfan berhenti seketika lalu dia terduduk di kerusi besi.
Doktor Burhan turut bersimpati dengan nasib Arfan, segera bahu lelaki itu disentuh.
"Saya turut bersimpati encik Arfan.. demi kebaikan isteri encik, saya sarankan kalau isteri encik menjalani pembedahan itu hari ini juga kerana saya takut akan berlaku apa-apa infeksi pada mana-mana bahagian dalaman isteri encik. Itu akan menambahkan lagi risiko pada isteri encik." Tambah doktor muda itu lagi.
"Buat masa sekarang isteri encik akan ditempatkan di ruangan wad khas bagi meneliti keadaannya memandangkan dia baru sahaja keluar dari keadaan kritikal."
"Manakala anak encik kami tempatkan di ruangan bayi, kalau encik nak melihat anak encik. Boleh minta pada nurse untuk tunjukkan. Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu." Ujar doktor muda tersebut sebelum berlalu pergi. Dia sedar Arfan sedang memerlukan ruang untuk sendiri.
Tanpa berlengah, Arfan segera bangkit dan mendekati kaunter pertanyaan.
"Saya suami kepada Marisa, saya nak tandatangan surat izin bedah." Saat surat bertukar tangan, Arfan segera membaca isi kandungannya.
Dia semakin dilanda buntu saat melihat kos pembedahan tersebut, hampir mencecah RM 40k. Bagaimana dia hendak mencari duit?
"Boleh ke kalau proceed pembedahan dulu? Saya bayar kemudian?" Jururawat terdiam sebelum menggeleng perlahan. Meskipun rasa kasihan tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa, procedure hospitalnya memang sudah menetapkan seperti itu. Namanya pun sudah hospital swasta.
"Maaf encik... bukan saya tak nak tolong tapi encik kena bayar dulu baru kami boleh proceed dengan pembedahan. Itu memang procedure kami," Arfan meraup rambutnya kasar.
Di mana dia hendak mencari lagi RM 30k?
Segera telefonnya diambil, nombor Adam didail. Malangnya lelaki itu tidak menjawab. Rambutnya diraup kasar. Berulang kali didail, namun hasilnya sama.
Kini giliran nombor kedua-dua adik kembarnya pula didail, namun hasilnya sama kedua-dua tidak menjawab panggilan. Arfan mengharapkan mereka akan menjawab panggilannya namun malang kerana panggilan tersebut hanya memasuki voice mail sahaja.
"Mana korang ni?" Suaranya sedikit meninggi, surat kebenaran bedah dibawa lalu Arfan kembali ke kerusi besi yang didudukinya sebentar tadi.
Nama ibunya terlintas di fikiran membuatkan Arfan segera mendail nombor telefon ibunya namun hasilnya sama, Kalsom turut tidak menjawab panggilannya.
Arfan menghempas kuat telefonnya ke kerusi, wajahnya diraup kasar.
Otaknya buntu dan kusut. Mengapa di saat dia memerlukan, tiada sesiapa yang ada untuk dirinya? Hendak menelefon Qayra, dia tidak simpan nombor telefon gadis tersebut.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...