4

24.8K 679 10
                                    

MARISA memandang ruang tamu yang kosong sebelum kakinya perlahan-lahan mendekati daun pintu. Memandangkan semalam Arfan sudah memeras ugutnya supaya tidak hadir ke acara penting harini membuatkan dia terpaksa bangun awal dan bergerak ke sekolah tanpa disedari sesiapa.

Dia tidak mahu menghampakan guru-gurunya dan kawan-kawannya. Mereka mengharapkan dia akan menaikkan nama rumah sukan mereka, tidak mungkin dia akan mengecewakan mereka?

"Apa aku cakap semalam Marisa?" Satu suara membuatkan Marisa terkedu dan meneguk kasar air liur yang terasa pahit.

Macam mana boleh terkantoi? Aduh Marisa buat kerja tak bersih. Bebelnya sendiri di dalam hati.

"Abang Arfan err awal bangun," perlahan dia memusingkan badannya mengadap Arfan yang sedang memandang tajam ke arahnya sambil berpeluk tubuh.

Segera pandangannya dijatuhkan ke lantai, tidak sanggup hendak bertentangan mata dengan Arfan.

"Apa aku cakap semalam Marisa Hani? Kau memang lupa atau buat-buat lupa? Kau nak aku guna cara kasar baru kau nak dengar kata ke," suaranya sedikit keras. Marisa diam membisu, detak jantungnya laju seusai mendengar kata-kata Arfan.

Kenapa aku takut ni? Soalnya sendiri.

Marisa sendiri tidak tahu sejak bila dia takut dengan Arfan? Rasanya dahulu meskipun dia dengan Arfan jarang berbual tapi dia tidaklah setakut ini hendak membalas kata-kata lelaki itu.

Bibir bawah digigit perlahan, mulutnya seakan terasa ada besi. Sukar hendak membalas kata-kata Arfan.

Arfan merapati Marisa lalu pipi gadis itu dipegang kuat dan dipaksa memandang anak matanya.

Marisa meringis menahan sakit.

"Abang Arfan sakit," perlahan sahaja Marisa bersuara.

Arfan tidak peduli, hatinya jauh lebih sakit melihat kedegilan Marisa. Apa susah sangat ke arahannya semalam? Kenapa susah sangat Marisa nak dengar arahan dia!

"Kau memang perempuan yang suka aku guna kasar baru nak dengar cakap! Susah sangat ke arahan aku Marisa? Susah ke? Kau jawab sekarang!" Tengkingnya kuat sehingga memenuhi ruangan tamu tersebut.

Marisa terhinjut bahu ke belakang. Dia sedang ketakutan dengan perlakuan Arfan sekarang ini.

Air mata yang hampir mengalir cuba ditahan.

"Abang Arfan.. Marisa minta maaf tapi acara tu penting. Cikgu dengan kawan-kawan Mar semua berharap pada Mar. Cuma Mar je boleh tolong juarakan rumah sukan tu, abang tolong faham Mar kali ini je, kalau tahun depan abang tak bagi Mar masuk sukan, Mar terima. Tapi.. tapi bukan tahun ni. Mar merayu, izinkan Mar pergi." Tangan Arfan dipegang merayu.

Arfan menghembus nafas kasar.

"Tak faham bahasa ke! Aku cakap tak boleh, tak boleh!" Pegangan di wajah Marisa dilepaskan lalu tangan gadis itu dicengkam dan ditarik mendekati bilik gadis itu.

Marisa menggeleng bersama air mata.

"Abang tolonglah, kali ini je Mar merayu abang.." langkah kaki Arfan terhenti, Marisa berhenti menangis saat wajah Arfan berubah menyinga.

"Kau ni tak faham bahasa ke perempuan! Aku cakap tak boleh, tak boleh! Kau masih nak langgar arahan aku ke Marisa Hani?" Ujarnya kuat tepat di wajah Marisa. Dek kerana takut, Marisa laju menggeleng. Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja.

"Good girl," daun pintu bilik Marisa dibuka lalu dibawa gadis itu masuk.

"Tukar baju sekarang.. Aku taknak tengok baju sukan ni semua. Sekarang Marisa," Arfan melabuhkan punggung di birai katil Marisa. Marisa memandang Arfan lama sebelum melangkah merapati almari dan dibawa keluar t-shirt bersama kain batik lalu melangkah ke bilik mandi untuk menukar bajunya.

Arfan tersenyum senang. Suka bila Marisa dengar cakapnya.

Muncul sahaja Marisa dengan pakaian yang dibawanya tadi, Arfan segera merapati Marisa.

"Kan bagus kalau kau dengar cakap aku dari semalam, tak perlu aku sakitkan kau macam ni sayang. Dah-dah jangan nangis," air mata Marisa dihapus lembut sebelum tangannya dibermain di sekitar bibir merah jambu Marisa.

Marisa hanya menunduk takut. Dia takut dengan Arfan yang dia kenal sekarang. Dulu, Arfan tidak sebegini.

"Sekarang awal pagi lagi ni, kau pergi tidur tau." Marisa dibawa ke katil lalu disuruh gadis itu baring.

"Good girl, sekarang tidur ya, baby girl." Rambut Marisa diusap lalu dia ingin berlalu pergi namun sebelum dia menutup daun pintu, sempat nadanya berubah keras.

"Aku taknak kau ingkar lagi arahan aku Marisa Hani, kalau kau taknak sakit, dengar cakap aku!" Sejurus itu daun pintu ditutup.

Marisa tidak mampu menahan tangisnya.

Kenapa Arfan buat dia macam ni? Macam mana dengan kawan-kawan dan gurunya? Macam mana dengan rumah sukan dia?

Marisa buntu!

Hendak keluar lagi, dia takut dengan ugutan Arfan. Akhirnya Marisa tertidur dalam kelelahan kerana menangis.

RAFIQ memberi salam buat ke berapa kali di hadapan rumah Marisa, sejurus sahaja acara rumah sukan habis, dia segera membawa motor menuju ke rumah Marisa.

Pelik kerana gadis itu tiba-tiba sahaja tidak muncul pada hari yang penting sebegini sedangkan Marisa orang yang paling bersemangat untuk acara hari sukan ini.

"Asalamualaikum Marisa," entah buat kali ke berapa dia memberi salam, namun masih tiada bayangan Marisa.

Gadis itu tidak sihat kah? Rafiq diburu rasa risau.

"Asalamualaikum Ma.."

"Waalaikumusalam cari siapa?" Muncul Arfan dengan wajah dinginnya, wajah Rafiq dipandang tajam.

Rafiq meneguk air liur kesat, selama dia bersahabat dengan Marisa, dia belum pernah bertegur dengan abang sepupu Marisa iaitu Arfan.

"Abang Arfan, saya Rafiq.." katanya terus dipotong oleh Arfan dingin.

"Tahu.. kenapa kau datang sini?" Tanya tegas, Rafiq menahan debar. Tidak sangka aura abang sepupu Marisa sungguh menyeramkan. Dek kerana risaukan Marisa itu yang dia datang juga ke rumah ini.

"Err saya nak jumpa Marisa, bang."

"Tak boleh, dia tak sihat." Balas Arfan tanpa nada, wajahnya semakin ketat.

"Marisa tak sihat ke bang? Patutlah dia tak datang sukan harini, abang boleh tak kalau saya nak lawat Marisa bang? Saya jumpa dia se.."

"Tak boleh, dah kau balik je. Marisa elok je bawah jagaan aku. Lagipun, dia aku punya." Rafiq terkedu mendengar kata-kata Arfan.

Apa maksud yang cuba disampaikan lelaki itu?

"Bang.. sekejap pun takk.."

"Aku cakap tak boleh maksudnya tak boleh. Nak kena cakap macam mana lagi? Aku tak izinkan kau jumpa Marisa, dia tengah sakit." Suara Arfan sedikit meninggi.

Rafiq laju mengangguk akur.

"Kalau macamtu bang.. saya balik dulu. Nanti abang tolong pesan dekat Marisa yang saya cari dan abang tolong jaga Marisa elok-elok ya," melihat wajah Arfan yang semakin ketat membuat Rafiq segera membawa diri.

Macam mana Marisa boleh bertahan hidup dengan lelaki seperti Arfan? Dia sendiri sebagai lelaki pun takut dengan Arfan.

Arfan memandang tajam ke arah kepergian Rafiq.

Tangan dikepal geram, sakit hati betul tengok ada lelaki lain peduli dengan wanita yang dicintainya. Rasa ingin ditumbuk sahaja wajah tadi tu!

Sabar Arfan, sabar. Marisa Hani hanya milik kau je sorang. Tiada siapa boleh ganggu milik kau!

***

bersambung

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now