68

8.8K 350 16
                                    

QAYRA membuka perlahan kelopak matanya, cahaya yang memaksa memasuki penglihatannya membuatkan dia terpaksa mengunakan lengannya untuk menghalang cahaya yang datang dari arah tingkap.

Datin Rose segera bangun dari lena sejurus merasakan pengerakan, lidahnya tidak mampu berkata-kata saat melihat anak daranya sudah sedar.

"Ya Allah.. anak mama," segera datin Rose menyentuh tangan sang anak yang berbalut kain putih dek kerana kejadian terakhir kali sebelum gadis itu dikejarkan ke hospital.

"Kenapa Qayra masih hidup?" Pantas gadis itu bertindak ingin menarik wayar yang dipasangkan di belakang telapak tangannya namun sempat ditahan oleh Dato' Qamal yang baru sahaja muncul dari arah pintu.

"Are you crazy? Papa dengan mama mati-matian takut kehilangan Qayra and now you want to do something stupid again?" Tengking Dato' Qamal, perasaan kesalnya tidak dapat ditahan lagi. Sudahlah kejadian dua hari lepas masih berlayar-layar di fikirannya. Kini gadis itu ingin mengulangnya semula.

"It's not me who stupid, pa.. It's you and mama! How many times that I have to repeat myself that I taknak perkahwinan ni. This arrangement married is bullshit, you tahu semua ni sudah kuno untuk dibuat. I am human pa, ma... tapi kenapa you dua layan I macam patung. Why!" Jerit Qayra kuat, air matanya sudah membasahi wajahnya. Segera tangannya dinaikkan ke rambut lalu digenggam kuat rambut lurusnya.

Datin Rose segera menarik anaknya ke dalam pelukan, dia turut merasakan sedih melihat anaknya seperti ini. Selama ini Qayra merupakan anak penurut, ini pertama kali gadis itu bertindak sehingga menjadi sebegini.

"I'm not treating you like a doll, I layan you macam mana seorang ayah akan jaga anak perempuan dia. I give you everything that I should Qayra! No one will jaga you the way Arfan boleh jaga you, papa percaya Arfan boleh jaga Qayra." Kini suara Dato' Qamal mulai perlahan, anak daranya dirapati lalu tangan anak gadis yang diambil dan diggengam.

"Papa dengan mama risaukan Qayra. Please.. I'm begging you, jangan buat lagi macam haritu. Separuh nyawa I dengan mama hampir hilang sebab risaukan you," rambut lurus anaknya dibelai kasih, setiap bait perkataannya ikhlas dituturkan. Dia benar-benar risau dengan perbuatan Qayra dua hari lepas.

"No!" Qayra pantas menggelengkan kepalanya, tangan sang ayah yang menggenggam tangannya ditolak menjauh. Wajah sang ayah dipandang tajam.

"Papa tak risaukan I, papa tak pedulikan langsung I. You never asked me kalau ini yang I nak buat, you tak sayangkan I papa." Ujar Qayra, Dato' Qamal mengeluh perlahan.

"I..."

"No! Kalau you sayangkan I, you takkan kahwinkan I dengan lelaki yang sudah bersuami papa!" Potong Qayra, Dato' Qamal dan isterinya sama-sama tersentak. Wajah anak daranya dipandang tidak percaya.

"Apa maksud Qayra?"

"Abang Arfan dah berkahwin dan ada anak... Jadi, papa cakap dengan Qayra sekarang.. papa dengan mama betul-betul sayangkan Qayra ke kalau papa biarkan anak papa jadi isteri kedua? Biarkan anak papa menagih kasih suami orang?" Dato' Qamal terdiam, datin Rose segera merapati suaminya.

"Abang.. betul ke semua ni? Rose taknak anak kita jadi isteri nombor dua," Dato' Qamal tidak membalas.

"Papa please.. I merayu, batalkan perkahwinan ni." Ujar Qayra sayu, Dato' Qamal membalikkan badannya memandangkan ke arah wajah sang anak. Hatinya berbelah bahagi hendak membuat keputusan.

"Pa please.."

"I percaya Arfan boleh sayangkan Qayra sama rata dengan isteri pertama dia, dia boleh bertindak adil.." jawapan sang ayah membuatkan hati Qayra benar-benar hancur. Kepemergian sang ayah dari bilik wad dipandang kosong.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now