85

12K 498 24
                                    

GABRIEL meletakkan satu sampul di hadapan Marisa sejurus wanita itu memasuki pejabatnya, meskipun berat namun dia terpaksa. Wajah tidak mengerti Marisa membuatkan dia mengeluh.

"You baca dulu," arah Gabriel, bahunya dihamparkan ke kerusi empuk.

"Please have a seat," kerusi di hadapannya ditunjuk lalu fokusnya dibuang kepada skrin komputernya. Sekali-sekala matanya mengerling ke arah Marisa yang sedang membuka sampul yang diberikannya kepada wanita itu sebentar tadi.

Manakala Marisa pula sudah dilanda gelisah. Gabriel memecatnya kerana sikap dia semasa majlis makan ke? Tetapi layan Gabriel pada dia selama dua tiga hari ini masih baik, tidak pula dingin. Sikap gatalnya masih sama, jadi kenapa memberikan dia surat sekarang?

Surat dibuka perlahan-lahan, rentak jantungnya semakin kencang.

Saat matanya membaca isi kandung tersebut, Marisa terkesima. Matanya membulat besar, wajah tenang Gabriel dipandang dengan pandangan tidak percaya.

Surat arahan penukaran tempat kerja.

Syarikat; Aris Company
Jawatan; Setiausaha
Waktu lapor diri; Jumaat

Laju dia menggeleng menolak ditukarkan tempat kerja, hendak-hendak pula itu syarikat milik Arfan. Dia tidak mahu, dia taknak melihat wajah orang yang tidak berhenti memberikannya rasa sakit.

Gabriel mengeluh.

Kalau boleh dia pun tidak rela melepaskan Marisa memandangkan Marisa merupakan salah satu pekerja yang sangat bagus dalam berkerja. Di tambah pula, dia juga ada menyimpan rasa suka terhadap Marisa. Dia ingin memiliki wanita itu namun dek kerana ugutan Arfan. Yang berkeras akan menarik segala saham yang dilaburkan pada syarikatnya membuatkan dia akurkan sahaja permintaan lelaki itu mahu mengambil Marisa dari syarikatnya.

"I'm sorry Marisa... lagipun, I think lagi bagus you kerja dengan Dani sebab syarikat dia merupakan one of the famous company jadi kalau you ada pengalaman kerja sana. Kalau you berhenti ke mesti ramai nak ambil you berkerja including me." Pujuk Gabriel, Marisa terdiam.

"Kenapa saya? Kenapa tuan Gabriel tak minta orang lain untuk tuan Dani?" Soal Marisa, nadanya kedengaran serius.

"He wants you," balasan singkat Gabriel membuatkan Marisa mengukir senyuman sinis. Dia yakin Arfan sengaja membuat semua ini untuk menyakitkan hatinya, sengaja hendak membuat dia jealous dengan keluarga kecil lelaki itu.

"Saya tak terima. Kalau tuan Gabriel nak hantar saya pada syarikat lain, saya berhenti sekarang juga." Putus Marisa, wajah gelisah Gabriel ditatap berani. Dia sudah berkeras, dia tidak akan berlembut lagi dengan Arfan. Dia tidak termakan dengan permainan lelaki itu.

"Please Marisa, jangan buat I macam ini." Rayu Gabriel, segera tubuhnya dibawa mendekati wanita yang sedang tajam memandang wajahnya. Dia kenal Marisa bagaimana, boleh dikatakan wanita itu sangat tegas dan keras kepala. Sangat berpendirian teguh membuatkan dia terpaksa mengunakan segala ilmu pujuk rayu yang dimiliki.

"I tahu you ada potensi disebabkan itu Dani nakkan you. I know Dani myself, dia sangat-sangat susah nak terima orang dalam syarikat dia. You tahu tak proposal untuk dapatkan kerjasama ni berapa lama I perlu usaha? Tiga bulan you tahu and itu bukan masa yang sedikit. So, I nak you tahu Dani nakkan you sebagai setiausaha dia sebab dia yakin you boleh. In fact, I sendiri yakin sebab waktu you jadi secretary. You tak pernah buat salah, never. So, please Marisa. Accept this okey," anak matanya dipandang dalam.

Marisa terdiam.

Potensi Gabriel katakan? Bukan potensi tetapi lelaki itu sengaja. Sengaja hendak menyakitkan hatinya.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now