DATO' AHMAD yang sedang fokus membaca surat khabar tersebut terhenti saat anak matanya tertancap pada satu figura tegap yang muncul di kornea matanya. Dia berdehem kecil.
Akhirnya setelah dua minggu bermati-matian dia cuba menghubungi Arfan, lelaki ini muncul juga di hadapannya.
"Pa..." seru lelaki itu perlahan. Dato' Ahmad tidak membalas sebaliknya meletakkan surat khabarnya di atas meja dingin. Wajah Arfan direnung tanpa henti.
Jarinya bertemu antara satu sama lain, kakinya disilangkan.
"Arfan," muncul datin Halimah dari dapur bersama gelas berisi jus oren, laju dia mendapatkan anak tirinya. Sebenarnya sudah lama dia tidak bersua muka dengan Arfan.
"Erm datin," datin Halimah mengukir senyuman tipis, sudah bertahun berlalu tetapi layanan Arfan terhadapnya masih dingin. Meskipun datin Halimah seringkali cemburu jika Arfan dan madunya sering disebut oleh suaminya tetapi dia masih mahu Arfan mahu menerimanya sebagai ahli keluarga juga.
Sakit cuma dianggap orang luar oleh keluarga sendiri.
"Arfan nak jus ke? Mama boleh buatk.."
"Takpe datin, saya datang ni nak bincang dengan papa sekejap je," cantas Arfan menolak. Seperti biasa, Arfan akan menolak segala pemberiannya. Bukan datin Halimah tidak cuba mengambil hati Arfan tapi hati anak tirinya terlalu susah untuk digapai.
"Hmm, kalau macam tu.. Mama ke dapurlah, kalau Fan nak apa-apa.. Fan boleh minta mama okey." Bahu Arfan dipegang lalu ditepuk lembut. Lelaki itu tidak membalas hanya sekadar memberikan senyuman kelat.
Datin Halimah mengeluh. Gelas jus oren dibawa ke dapur semula.
Sakit rasanya tidak dianggap wujud.
Arfan kembali memandang Dato' Ahmad yang sedang tajam merenungnya.
"Cakaplah apa papa nak cakap, Arfan dengar. Lepas je papa habis cakap, Arfan akan cakap apa pula Arfan nak cakap." Kakinya segera melangkah menuju sofa di hadapan papanya sebelum punggung dihentak di atasnya.
Dato' Ahmad berdehem kecil.
"Kenapa Arfan tinggalkan syarikat selama dua minggu tanpa apa-apa sebarang notis? Ini sebaik papa tahu.. Kalau papa tak tahu? Lingkup syarikat kita. Arfan tahu tak.. Dalam dua minggu tu.. Banyak meeting penting terlepas. Kita hampir disaman dua syarikat tau sebab kes kelalaian Arfan je. Papa yang terpaksa uruskan kerja Arfan." Suara Dato' Ahmad sedikit meninggi. Dadanya digosok sikit bagi menghilangkan rasa sesak.
"Arfan ada urusan penting dekat kampung. Arfan boleh uruskan kes saman dua syarikat tu kalau papa rasa Arfan dah susahkan papa," balas Arfan tenang. Dato' Ahmad menahan marah. Bibirnya diketap kuat.
"Kenapa Arfan ni suka sangat ikut kepala Arfan sendiri? Kenapa Arfan degil sangat cakap papa? Susah ke nak ikut cakap papa? Papa cuma nak yang terbaik untuk Arfan." Dato' Ahmad tidak dapat menahan amarahnya lagi.
"Papa takde hak nak uruskan hidup Arfan!" Kini giliran Arfan pula meninggikan suara. Dato' Ahmad segera berdiri.
"No! Papa ada hak! Papa dah buat keputusan, lepas je Qayra balik. Pertunangan antara Arfan dan Qayra akan dijalankan. Tiada penolakan!" Meja di hadapannya menjadi sasaran pukulan kuatnya. Arfan segera berdiri, kini mereka sama-sama memandang antara satu sama lain.
Datin Halimah segera berlari anak saat mendengar suara suami dan anak tirinya yang kuat.
Hendak masuk campur, dia takut dibilang penyibuk. Hasilnya dia cuma mampu duduk di tepi dan melihat pergaduhan mereka.
"Arfan tak setuju kahwin dengan Qayra. Arfan ada hak nak pilih dengan siapa Arfan nak bersama. Papa tak boleh tentukan siapa Arfan nak kahwin. Papa kena ingat.. Arfan bukan budak kecil lagi yang papa nak atur kemana Arfan nak pergi." Tengking Arfan kuat. Dia membantah sekuat-kuatnya perkahwinan ini, dia tidak cintakan Qayra. Dia cuma anggap Qayra sebagai adiknya sahaja.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...