HASSAN memberikan sekeping sampul berisi wang yang diminta pinjam oleh Arfan kepada lelaki muda tersebut, kain putih ditarik agar melepaskan lehernya. Wajah gembira Arfan dipandang.
"Tak pernah-pernah kau nak minta pinjam duit Arfan.. Ada apa-apa ke? Isteri kau dah nak melahirkan ke?" Soal Hassan. Arfan segera menggeleng. Senyumannya semakin lebar. Wajah Hassan dipandang penuh menarik.
Hampir seriau pula rasanya lelaki 30-an itu dengan pandangan Arfan.
"Date." Balasnya singkat.
"Date? Dengan siapa kau nak dating ni? Baik cakap. Kalau bukan dengan isteri kau.. Aku nak melaporkan ni," ugut Hassan. Arfan tertawa perlahan, kepalanya diggelengkan.
"Aku takde selera Hassan dengan perempuan lain selain Marisa Hani. Bagi aku, cinta mati aku pada isteri aku seorang tu je. Bagilah Ratu England sekalipun, perempuan paling cantik cumalah isteri aku seorang." Balas Arfan membuatkan Jefri serta Shah menepuk tangan.
"Tu dia abang romeo," seloroh Hassan yang mendapat sambutan hangat dari Jefri serta Shah. Arfan sekadar tersengih.
"Tak perlu bermadah Arfan.. Semua orang sini tahu cinta mati kau tu memang dekat isteri kau seorang je. Kalau tidak, kau mesti dah memang layan semua pelanggan perempuan yang cuba tackle kau. Ini tidak aku pula risau tengok kau layan diorang." Shah bersuara. Bahu Arfan ditepuk.
Arfan sekadar mengukir senyuman.
"Apa-apa pun Fan... Dah rancang ke dekat mana nak date?" Arfan terdiam, otaknya ligat memikirkan jawapan bagi soalan Jefri.
"Hmm sebenarnya aku tak pernah pergi date. Jadi, aku tak tahu aku patut bawa isteri aku kemana." Jawapan Arfan membuatkan mereka semua terkedu. Wajah kacak Arfan dipandang. Lelaki itu merupakan seorang lelaki yang terkenal di kalangan wanita.
Anak orang kaya pula tu. Jadi, bagi mereka, ia nya sangat mengejutkan.
"Selama ni tak pernah ada apa-apa temu janji dengan perempuan?"
"Takde.."
"Tapi..." kesemua mereka menatap Arfan dengan penuh harapan sebelum jawapan lelaki itu seakan mengundang tamparan percuma kedengaran.
"Kalau untuk bincang isu kerja adalah.."
"Arfan.. Aku fikir kau pernah jadi bos aku je dulu. Kalau tak, aku dah lama panggil kau bingai." Hassan bersuara sebelum mengosok kesal wajahnya. Arfan tersengih.
"Hmm ini isu besar. Duduk dulu wahai para lelaki semua, kita kena tolong abang kita yang sedang kesusahan ni." Shah bersuara serius. Segera ke semua mereka menarik kerusi plastik sebelum duduk di dalam bulatan.
"Okey Arfan.."
"Date ini kenalah romantis memandangkan ini date pertama korang. Jadi, jangan risau.. Kau ada aku, Jeff dengan Hassan. Kira masalah kau ni setel je," Shah segera memaut bahu Arfan. Kedua-dua mereka mengangguk setuju dengan kata-kata Shah.
"Terima kasih sebab sudi nak tolong aku,"
MARISA melihat Arfan yang sedang fokus membalas mesej di telefon pintarnya, segera wanita itu mengerut dahi pelik. Sudah dua tiga hari, dia melihat Arfan sentiasa dengan telefon pintarnya. Kadang-kadang lelaki itu tersenyum menatap skrin telefonnya.
Marisa menggeleng kepala bagi menghapuskan pemikiran negatif.
"Tak mungkin," bisiknya perlahan.
"Abang..." serunya, segera punggung dilabuhkan bersebelahan Arfan. Seperti biasa, setiap kali dia berada di sisi lelaki itu. Pantas telefon bimbitnya ditutup dan disimpan ke dalam poket. Rasa curiga Marisa semakin meninggi.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...