MARISA terkedu memandang insan tua yang sedang duduk di tepi katil sambil tersenyum memandang ke arahnya, kedua kelopak mata wanita itu sudah terlihat berkaca dek kerana menahan sebak. Marisa turut merasakan perasaan yang sama, tubir matanya sudah dipenuhi air mata. Tunggu masa sahaja hendak tumpah.
Qayra tersenyum pendek melihat kedua insan yang bersatu kembali setelah kejadian salah faham yang berlaku setahun yang lalu.
Tanpa berlengah, Kalsom segera bangkit dan mendekati menantu yang sudah lama dia tunggu kepulangannya kembali. Rapat sahaja jarak mereka, Kalsom terus menarik Marisa ke dalam pelukan. Tangisan bahagia sudah mengalir di wajahnya.
"Allah. Rindunya ibu pada kamu Mar. Pada Adrian. Apa khabar menantu ibu?" Soal Kalsom dengan nada bergetar, Marisa turut menangis bahagia.
Dia sedar dia sudah bertindak berlebihan terhadap Kalsom setahun yang lalu. Rasa bersalahnya mengunung sehinggakan dia sendiri rasa malu untuk meminta maaf. Dia tidak sepatutnya bertindak mengikut emosinya.
"Ibu.. maafkan Mar ibu, ampunkan dosa Mar." Kalsom laju menggeleng. Baginya, Marisa tidak pernah bersalah. Dia yang bersalah kerana membiarkan rumahtangga anak dan menantunya hancur kerana sikap tamak bekas suaminya sendiri. Dia yang seharusnya disalahkan.
Pelukan dilepaskan, bahu Marisa dipegang.
"Ibu tak pernah salahkan Mar langsung kejadian setahun lalu kerana ibu faham perasaan Mar saat itu sampai bertindak sebegitu. Ibu sepatutnya minta ampun pada Mar dan juga Adrian kerana biarkan keluarga kecil korang hancur tanpa berusaha menyelamatkan. Maafkan ibu.. ibu sudah lama menunggu Mar dan Adrian pulang untuk memohon maaf. Akhirnya Allah kabulkan doa ibu." Luah Kalsom bersama tangisan yang semakin hebat, dia benar-benar syukur dengan nikmat yang dia perolehi sekarang. Nikmat kepulangan menantunya semula.
"Mar yang sepatutnya minta maaf. Ibu tak salah, maafkan ibu. Ibu jangan nangis dah, Mar ikut nangis juga ni." Ucapnya sambil tertawa perlahan, tangan yang tidak mengendong Adrian digunakan untuk menghapus sisa air mata Kalsom. Kalsom turut tertawa, air mata menantunya turut dibantu hapus.
Qayra berdehem kecil.
"Kalau macamtu Qay keluar dulu. Ibu dengan akak Mar berbuallah dulu. I taknak ganggu," kepergian Qayra dihantar dengan sorotan mata. Segera Kalsom memandang semula wajah menantunya, sungguh Marisa benar-benar terlihat berbeza dengan Marisa setahun yang lalu. Benar kata Arfan, Marisa sudah berubah menjadi semakin cantik dari sebelumnya.
"Cantik betul menantu ibu sekarang ini," segera tangan Marisa ditarik menuju ke birai katil lalu disuruh menantunya melabuhkan punggung. Marisa tertawa malu segera kepalanya diggelengkan.
"Mana ada ibu, Mar masih sama macam dulu." Nafinya, segan tatkala dipuji ibu mertuanya. Kini pandangan Kalsom terletak pada Adrian yang sedang bermain dengan hujung rambut mamanya. Sekali-sekala hendak dimasukkan rambut Marisa ke dalam mulutnya namun seringkali gagal.
"Allah. Makin bulatnya Adrian sekarang. Ya Allah cucu aku," segera Adrian diambil dari pegangan menantunya, air liur Adrian yang mengalir dilap menggunakan kain napkin yang sudah siap diikat pada leher kanak-kanak tersebut.
Seakan kenal dengan figura yang memegangnya, Adrian langsung tidak merengek. Malah jari-jemarinya naik hendak menyentuh hidung neneknya, sudah menjadi kebiasaan Adrian suka menyentuh hidung orang yang memegangnya. Kalsom tertawa senang melihat tingkah cucunya.
Marisa pula tersenyum senang melihat Adrian yang seakan terbiasa dengan figura neneknya.
"Dia suka dengan ibu sebab Adrian ada tabiat tersendiri. Kalau dia suka orang tu, dia akan pegang hidungnya. Kalau dia tak suka, mulalah merengek nak menangis." Ujar Marisa membuatkan Kalsom terkekeh lucu. Sekali-sekali jarinya naik dan mencuit hidung milik cucunya.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...