ARFAN menarik Marisa lalu bahu isterinya dipeluk. Sempat dikucup sekilas pipi milik Marisa. Senyuman manis diberikan saat wanita itu melihat ke arahnya.
"Jom makan sayang.. Tadi abang dengar ibu dah seru kita," ucap Arfan, pelukan di bahu isterinya semakin dieratkan. Melihat anggukan dari sang isteri membuatkan Arfan segera membawa Marisa menuju dapur.
Tibanya di dapur, Kalsom hanya sekadar tersenyum dan menggeleng perlahan.
"Pasangan suami isteri ni mesra betul pagi-pagi," usik Kalsom, Marisa sudah menahan malu. Tangan Arfan cuba ditolak jatuh dari memeluk bahunya. Namun malang apabila Arfan meletak kembali dibahunya.
"Arfan suka bermanja dengan isteri Arfan setiap masa kalau boleh," Kalsom mencubit perlahan lengan Arfan sehingga lelaki itu meringis kesakitan. Marisa segera menahan mulutnya dari tertawa.
"Ibu.."
"Sayang jangan gelak abang eh," segera pipi isterinya menjadi mangsa cubitan manja darinya, Marisa segera menggeleng menafikan bahawa dia sedang mentertawakan diri Arfan.
"Abang gigit sayang nanti," bisiknya perlahan membuatkan Marisa semakin laju menggelengkan kepalanya. Tangannya dinaikkan ke sisi paras bahu.
"Mar janji tak gelak lagi!" Arfan tertawa halus, lucu melihat reaksi isterinya yang mengambil serius sedangkan dia hanya sekadar bergurau.
"Abang gurau je sayang," Marisa ditarik merapati dirinya semula lalu pipi isterinya dicubit geram sebelum kerusi ditarik lalu disuruh Marisa melabuhkan punggung di situ.
"Arfan dengan Mar gerak sebentar lagi kan?" Soal Kalsom, suaranya kedengaran sedikit sayu memandangkan hari ini dia terpaksa melepaskan kedua-dua orang yang paling dia sayang ke Kuala Lumpur. Meskipun berat namun Kalsom redha.
Dia faham situasi Arfan yang harus menguruskan syarikat suaminya manakala tangungjawab Marisa sebagai isteri harus menemani suaminya kemana sahaja.
Arfan menarik nafas berat, ibunya dirapati.
"Ibu.. Arfan minta maaf sangat kalau pisahkan ibu dengan isteri Arfan. Kalau ibu nak, ibu boleh ikut Arfan pindah KL, kita duduk sana. Jadi, ibu takdelah kesepian dekat sini," Kalsom laju menggeleng. Senyuman diberikan kepada Arfan, rambut anak lelakinya digosok lembut.
"Tempat ibu bukan dekat KL, Arfan.. Lagipun, kebun arwah atuk Arfan siapa nak jaga kalau bukan ibu? Ibu lagi selesa duduk kampung. Takpe.. Ibu faham situasi Arfan, Mar ni isteri Arfan. Tempat Mar di sisi suami dia. Arfan jangan khuatir pasal ibu.. Ibu okey je duduk kampung. Cuma.. Kalau ada waktu, jenguklah ibu. Ibu akan rindukan Mar dengan Arfan," Arfan segera menarik ibunya ke dalam pelukan.
Kepalanya laju dijatuhkan.
"Baik ibu," Kalsom melepaskan pelukan, sekali lagi rambut anaknya digosok.
"Sudah-sudah, kita makan. Lepasni Arfan nak gerak ke KL dah," Arfan segera akur, kakinya diatur menuju isterinya semula. Wajah isteri dipandang, jelas kelihatan sebak di anak mata Marisa. Segera Arfan mengapai telapak tangan Marisa lalu digenggam erat.
KALSOM menarik Marisa ke dalam pelukan erat, air mata tuanya sudah mengalir deras. Marisa turut menangis, pelukan Kalsom dibalas semula.
"Mar jaga diri dekat KL ye, kalau ada apa-apa masalah dengan Arfan bagitahu ibu. Biar ibu datang KL, pukul Arfan ni." Sempat Kalsom bergurau meskipun dia sedang kesedihan. Marisa mengangguk akur.
"Ibu jaga diri tau.. Jangan buat kerja berat-berat, jaga kesihatan. Kalau Mar ada masa, Mar minta abang bawa Mar balik kampung." Marisa melepaskan pelukan, air mata sudah membasahi wajah kedua mereka. Sungguh sedih rasanya melepaskan ibu mertuanya seorang diri di kampung.
Kalsom mengangguk akur. Sempat dikucup kasih pipi menantunya, rasa berat hendak melepaskan anak menantunya ke Kuala Lumpur.
"Fan.. Jaga Mar baik-baik ye," Arfan mengangguk akur lalu digapai tangan ibunya lalu disalam penuh kasih.
"Barang semua Arfan dah letak bonet ke?"
"Sudah ibu, ibu.. Arfan gerak dulu. Takut nanti jalan jam. Sayang.. Salam ibu," segera Marisa menyalami tangan ibu mertuanya, sempat dia berpelukan dengan Kalsom buat kali terakhir. Air mata Kalsom dihapuskan menggunakan ibu jarinya.
"Ibu.. Mar pergi dulu ye," Kalsom akur, dijatuhkan kepalanya buat kesekian kali.
Sempat dilambai ke arah ibu mertuanya sebelum kereta milik suaminya semakin menjauhi rumah kayu milik ibu mertuanya. Air mata Marisa kembali mengalir, tidak dipusingkan kepalanya dari memandang belakang meskipun sudah tiada lagi bayangan Kalsom.
Esakan cuba dikawal daripada kedengaran.
Arfan mengeluh, tangan isterinya digapai lalu digenggam.
"Sayang.." serunya lembut. Segera Marisa memandang ke arah suaminya, pandangan lembut dari Arfan membuatkan Marisa akhirnya melepaskan esakan.
"Shushh, nangis dekat abang." Ditarik kepala Marisa agar melabuhkan kepala di lengannya. Dibiarkan isterinya menangis sepuasnya.
Dia sedar bukan mudah berpisah sebegini memandangkan sejak kecil Marisa sudah bersama dengan ibunya dan tidak pernah berpisah sejak itu.
Rambut isterinya dibelai lembut.
"Sayang nangislah dekat abang puas-puas. Abang faham," Marisa tidak membalas sebaliknya melepaskan kesedihan di dalam dakapan Arfan. Meskipun Arfan sedikit sukar hendak memandu namun demi isterinya, dia rela.
Sempat dikucup mesra dahi Marisa lalu pandangannya difokuskan ke jalan raya.
DATO' AHMAD segera memanggil Adam, iaitu merupakan orang yang rapat dengan anak lelakinya. Saat lelaki muda itu tiba, segera diarahkan ke kerusi di hadapannya.
Adam segera menunduk hormat lalu punggungnya dilabuhkan berhadapan dengan Dato' Ahmad.
"Asalamualaikum uncle, kenapa cari Adam ni? Ada apa-apa ke?" Soal Adam ramah, Dato' Ahmad segera mengukir senyuman pendek lalu kepalanya digeleng perlahan.
"Waalaikumusalam Adam. Takde hal serius pun cuma uncle nak tanya Adam. Dah dua hari uncle tak dapat reach Arfan. Adam tahu tak dia kemana? Selalunya uncle pergi pejabat dia, dia ada." Ucap Dato' Ahmad. Cawan berisi kopi suamnya digapai lalu dihirup perlahan.
"Oh. Arfan ada ambil cuti untuk dua hari, uncle. Dia kata nak balik kampung. Ada hal penting katanya," termati perbuatan Dato' Ahmad mendengar kata-kata Adam. Segera cawan diletakkan kembali ke tempat asalnya.
"Hmm Adam tahu ke hal penting apa tu?" Lelaki muda itu segera menggeleng.
"Maaf uncle. Adam tak tahu, Arfan tak cakap pula dengan Adam. Kenapa uncle? Ada apa-apa hal penting ke?" Lama Dato' Ahmad terdiam sebelum senyuman diberikan lalu kepalanya digeleng.
"Adam dah makan ke? Kalau belum, uncle belanja," segera topik diubah, laju sahaja Adam bersetuju. Dia pun sedang lapar sekarang ini jadi tidak mungkin rezeki ditolak.
Dalam diam, giat otaknya memikirkan kenapa anaknya pulang ke kampung.
***
Bersambung.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...