SPECIAL CHAPTER !

17.8K 479 19
                                    

ARFAN memberikan luggage miliknya dan isterinya kepada salah seorang bellman yang sedang setia menunggu selepas sahaja mereka mengambil kad kunci bilik yang ditempah siap di kaunter receptionist. Wajah Marisa terlihat bahagia sejak mereka melangkah masuk ke dalam hotel lima bintang yang ditempahnya.

Pinggang Marisa dipeluk dengan sebelah tangannya lalu kedua mereka beriringan melangkah menuju ke lif sambil diikuti bellman yang sedang membawa luggage mereka.

"Sayang suka?"

Laju Marisa menjatuhkan kepalanya. Sejak kehidupan mereka sibuk dengan anak-anak, Arfan dan Marisa tidak pernah lagi dapat meluangkan masa bersama sebegini. Jadi, tatkala waktu mengizinkan mereka berdua sahaja. Seronok itu Tuhan sahaja tahu.

"Terima kasih abang sebab nak bawa Mar keluar berjalan jauh macam ni." Arfan sekadar mengukir senyuman tipis, ubun-ubun sang isteri dikucup kasih.

"Sama-sama sayang. Kalau abang tahu sayang gembira macam ini sekali, dah lama abang bawa sayang berjalan berdua. Maafkan abang sebab terlalu sibuk berkerja sehingga lupa yang cinta juga perlukan masa untuk berehat dari menjaga anak-anak." Marisa laju menggeleng. Pipi suaminya disentuh menggunakan telapak tangannya.

"Mar faham suami Mar, Mar faham abang juga sibuk dengan kerja. Abang jangan khuatir okey," bunyi detingan lif menunjukkan mereka sudah sampai ke tingkat bilik hotel mereka. Arfan segera mengapai tangan sang isteri lalu dibawa menuju ke bilik 603.

Beberapa keping euro diberikan kepada lelaki yang mengangkat luggagenya sebentar tadi. Lelaki bermata biru itu segera memulangkan semula beberapa keping wang yang diberikan Arfan memandangkan wang yang diberikan terasa banyak.

"This is too much, sir. I only help you with two luggage." Tolak lelaki bermata biru tersebut penuh hormat.

"It's fine. It's my treat. Thank you,"

"Thank you so much sir, please have a nice day. Thank you so much!" Berulang kali badannya dibongkokkan sebagai tanda terima kasih, wajahnya jelas menunjukkan dia gembira.

Arfan meletakkan kad bilik hotel mereka di tempat scan yang disediakan, sekali imbas. Bunyi tap kedengaran menunjukkan bahawa kuncinya sudah terbuka, Marisa sudah meluru dahulu masuk. Bilik hotel yang ditempah Arfan benar-benar luas dan besar, di luar bilik terdapat kolam renang.

Marisa berlari anak menuju ke kolam renang tersebut.

"Abang tengok ni ada kolam renang." Ujarnya teruja, Arfan sekadar tersenyum melihat Marisa yang kelihatan bahagia. Sikapnya seakan bukan ibu kepada empat orang anak sahaja. Sudah lama dia tidak melihat Marisa sebahagia ini, dia senang jika Marisa merasa senang.

"Ya Allah seronoknya,"

"Sayang suka betul dengan kolam renang. Nanti balik ni, abang akan upah orang tambah kolam renang dekat rumah kita. Bukan untuk anak-anak kita tapi untuk mama kepada anak-anak kita." Usik Arfan membuatkan Marisa menahan malu, dia sendiri lupa bahawa dia sudah menjadi ibu kepada empat orang anak.

Marisa menanggalkan kasut tumit yang dipakainya lalu kakinya melangkah masuk ke dalam kolam tersebut. Dinginnya air kolam tersebut membuatkan tubuhnya sedikit merinding kesejukan.

"Sayang.. kalau ye pun nak mandi, tanggalkan dulu jaket sayang tu. Susah nak mandi kalau masih berpakaian macam itu sayang." Marisa tersengih, jaket yang melekap di tubuhnya pantas diberikan kepada Arfan. Di saat lelaki itu sedang berura-ura ingin mengapai hulurannya, Marisa segera menarik tangan Arfan sehingga lelaki itu terjatuh ke dalam kolam.

Marisa tertawa bahagia.

Manakala Arfan yang tersentak segera meraup wajahnya, dia tidak sangka Marisa akan menariknya ke dalam kolam.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now