ARFAN mengeluh hiba saat sahabat-sahabatnya datang dan memberikan khabar buruk kepadanya. Sudah hampir seminggu berlalu tetapi dia masih belum menjumpai isteri bersama anak lelaki mereka. Jujur Arfan katakan, dia hampir gila memikirkan keberadaan isterinya. Namun dia memaksa dirinya untuk tetap waras agar bisa menemukan isterinya secepat mungkin.
Kalsom muncul dari arah dapur bersama tray berisi jag air dan dua botol berisi kudapan buat tetamu yang sedang duduk di hadapan anak lelakinya.
"Jemput minum," Shah segera menyambut tray yang berada di tangan milik Kalsom sebelum diletak baik di atas meja, senyuman pendek Kalsom dibalas tanda hormat.
Baru sahaja Kalsom hendak menuangkan ke dalam gelas, Shah terlebih dahulu mempelawa diri hendak menuangkan. Kalsom sekadar membiarkan, punggungnya dilabuhkan di satu bangku solo yang terdapat di sisi Arfan. Bahu anaknya diurut perlahan bagi mengurangkan beban anaknya.
"Masih tak dengar khabar tentang Mar?" Soalan Kalsom mengundang keluhan berat dari Arfan. Arfan segera meraup wajahnya kasar.
"Arfan nak isteri dan anak Arfan semula, ibu." Ucapnya dengan nada bergetar setelah lama mendiamkan diri, Kalsom mengangguk mengerti. Dia faham situasi anak lelakinya, andai sahaja dia boleh membantu lebih. Pasti dia bantu.
"Maafkan kami Arfan.. kami cuba usaha cari seluruh kawasan Kuala Lumpur ni tapi tak jumpa. Aku janji esok kami akan usaha lebih dari ini," pujuk Hassan, wajah galau sahabatnya dipandang kasihan. Katanya segera disetujui oleh Jefri berserta Shah.
Arfan segera memandang wajah ketiga-tiga sahabatnya. Arfan sungguh bersyukur kerana ramai yang sudi membantunya mencari kelibat Marisa. Tidak lupa juga Adam dan Hanif yang membantunya mencari keberadaan Marisa bersama cahaya mata mereka.
Jelas kelihatan mata Arfan yang berkaca-kaca dek menahan tangis. Sejujurnya mereka turut merasakan terkejut dengan keadaan diri Arfan sekarang. Mereka tidak pernah melihat Arfan sebegini memandangkan Arfan tidak pernah menunjukkan sisi lemahnya. Hassan benar-benar kagum dengan cinta Arfan pada isteri bersama anak lelakinya.
Andai dia menjumpai Marisa, dia bersumpah akan menceritakan bagaimana tulusnya cinta Arfan pada wanita itu.
"Ini semua salah aku Hassan. Andai sahaja.. aku jujur pada Marisa masatu. Semua ini takkan terjadi, dia takkan salah faham macam ini sekali. Sekarang... sekarang dia dah pergi, dunia aku hancur Hassan. Aku... aku tak sanggup nak teruskan hidup. Rasa macam aku nak gila fikirkan semua, rasa macam nak gila!" Kepalanya dipukul berulang kali, pantas Kalsom menarik tangan anak lelakinya. Terkejut dengan perilaku sahabat, Hassan segera bangkit lalu menarik kolar baju t-shirt yang dipakai Arfan.
"Kau kena ingat Allah Arfan... jangan terlalu paksa diri kau sampai macam ini, kau tahu tak ramai lagi orang risaukan keadaan engkau. Cuba kau tengok wajah ibu kau sekarang ni? Tak kasihan ke?" Kalsom segera menghapus sisa air mata, bibirnya ditahan dari mengeluarkan sebarang esakan. Dia perlu menjadi kuat demi Arfan sekarang ini, dia tidak boleh lemah. Anak lelakinya memerlukan dirinya.
Hassan segera melepaskan kolar baju lelaki di hadapannya ini.
Keluhan berat dilepaskan, punggungnya kembali dilabuhkan ke sofa. Hassan menarik nafas dalam.
Arfan yang sedang terisak kecil dipandang.
"Kita usaha sampai jumpa okey, sahabat?" Peha Arfan ditepuk. Lambat-lambat mendapat anggukan dari Arfan. Dalam diam dia membenarkan kata-kata Hassan, dia tidak sepatutnya membiarkan emosi menguasainya saat ini. Dia harus kuat demi mencari Marisa dan anak mereka.
Manakala Jefri berserta Shah sedikit tersentak dengan aksi berani mati Hassan, mereka berdua tahu Hassan begitu menghormati Arfan memandangkan Arfanlah orang yang membantu dia mendirikan warung yang dia miliki saat ini. Jadi, bila Hassan berani memarahi Arfan. Jefri dan Shah merasa tersentak, tidak sangka Hassan orangnya garang juga.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...