MARISA menatap pelik beberapa beg yang diletakkan di tilam. Saat tangannya hendak mengapai beg tersebut, suara sang suami pantas menghentikan niatnya.
"Sayang.." seru Arfan sambil mengelap rambutnya yang basah mengunakan tuala kecil yang sering dipakai buat mengeringkan rambut. Marisa segera menghampiri sang suami, bau harum dari tubuh suaminya yang baru sahaja selesai mandi menusuki rongga hidungnya.
Segera senyuman manis terlakar di bibir merah jambunya.
"Abang..."
Arfan mengosok pelan rambut sang isteri sebelum menghampiri rak yang berisi pakaiannya. Segera t-shirt berwarna biru cair digapai dan disarungkan ke badan.
Sang isteri dihampiri semula.
"Abang ada benda nak cakap dengan sayang.." punggungnya segera dilabuhkan ke tilam lalu sang isteri disuruh duduk di atas pehanya. Sempat dikucup manja pipi Marisa, wanita itu tertawa perlahan. Dibalas semula dengan mengucup pipi bersih Arfan.
"Esok abang minta cuti.." Marisa pantas mengerut dahi. Arfan yang seakan mengerti reaksi sang isteri segera mengapai beg yang di sisinya lalu diberikan kepada Marisa.
"Sayang ambil ni," Marisa pantas memeriksa isi di dalam beg tersebut. Pantas dia menggeleng saat matanya melihat beberapa barangan mewah yang dia sendiri tidak mengerti bagaimana Arfan membelinya.
"Abang... Mar tak faham."
Segera Arfan berdehem.
"Esok abang nak bawa sayang ke suatu tempat. Abang taknak cakap sebab taknak bocorkan misi abang." Jawab Arfan tenang. Wajah menawan Marisa dipandang tidak berhenti.
"Baju ni mahal sangat abang. Mar.."
Segera Arfan memeluk pinggang isterinya erat sebelum dagunya disangkutkan pada bahu Marisa.
"Sayang layak dapat lebih dari ini. Sayang isteri abang.. Abang minta maaf sebab abang tak beri yang secukup dan selayaknya untuk sayang." Bisik Arfan sedikit sebak, Marisa pantas meletakkan beg yang dipegangnya di sisinya kembali sebelum memusingkan badannya dan memeluk Arfan erat.
"Papa pada anak yang Mar kandungkan ni dah beri Mar lebih cukup dari sepatutnya. Mar sayangkan abang.. Mar terima apa adanya, Mar bahagia dengan abang apa adanya. Abang tak perlu minta maaf. Terima kasih abang sebab bahagiakan Mar selama ni," air matanya mengalir perlahan sejurus selesai berkata. Tubuh sasa Arfan yang dipeluk dieratkan lagi bagai tidak mahu dilepaskan.
Arfan turut mengalirkan air mata namun segera dihapuskan. Pelukan sang isteri dibalas erat.
"Esok sayang pakai baju ni okey? Pukul 8 malam abang jemput.." Marisa mengangguk akur.
Meskipun dia tidak tahu apa yang dirancangkan oleh Arfan tetapi dia teruja untuk mengetahuinya.
Arfan melepaskan pelukan, kepalanya segera dilekapkan ke perut isterinya yang sedikit buncit. Marisa sekadar membiarkan memandangkan dia turut bahagia dengan tindakan Arfan, rambut sang suami turut dibelai kasih.
"Anak papa apa khabar? Harini papa sibuk sebab itu papa lambat balik, anak papa rindukan papa ke? Papa minta maaf tau. Papa sayangkan anak papa ni sangat-sangat.. Papa sayangkan mama juga," dikucup kasih perut isterinya yang berbalut baju.
"Mama pun sayang papa dengan baby." Balas Marisa perlahan, segera Arfan bangkit dan mencium lembut dahi bersih sang isteri. Marisa sekadar membiarkan, dia turut menikmati ciuman hangat yang diberikan Arfan.
Hubungan mereka sederhana tetapi sangat bahagia.
ARFAN mengaru kepala melihat lirik yang diberikan Shah kepadanya. Sudah hampir tiga jam tetapi dia masih gagal menghafal lirik tersebut, jangan kata lirik. Nyanyiannya juga masih kelaut.
Arfan mendengus perlahan.
"Susah lirik dia.."
Hanif segera merapati abangnya.
"Aik pelik bang.. jarang-jarang kau tak faham english." Soal Hanif, botol berisi kerepek bawang yang sedang dipegang oleh Shah segera dirampas lalu dinikmati kerepek bawang tersebut. Shah sekadar menarik wajah menyampah.
"Ini bukan tentang bahasa tapi aku ni jarang menyanyi. Jadi... susah sikit nak ingat. Dahlah tinggal berapa jam lagi nak pergi jemput Marisa dah.. Macam mana kalau aku gagal untuk date pertama kitorang ni?" Panjang lebar Arfan membebel. Rambutnya ditolak kasar.
"Hmmm..."
"Qayra ada idea."
Semua mata memandang ke arah gadis manis yang sedang tersenyum lebar.
"Yakin je kau?" Potong Hanif tenang. Mulutnya masih tidak berhenti mengunyah. Terasa sedap pula kerepek tersebut.
Qayra segera menjengil geram ke arah Hanif.
Lelaki itu segera mengaku kalah.
"Yelah-yelah. Apa?"
SAAT kereta Ferrari F60 America berhenti di hadapan Marisa, wanita itu segera mengundur selangkah ke belakang. Muncul satu figura perempuan keluar dari kereta tersebut lalu menghampiri Marisa.
"Maaf lambat sikit kak Mar.." ucap gadis yang tidak dikenalinya itu.
"Masuklah, abang tak sempat jemput akak. Jadi abang suruh I jemput akak." Arfan mengenali gadis ini? Bisik hati kecil Marisa. Entah mengapa dadanya terasa sedikit sesak.
Apa yang sebenarnya dirancang Arfan?
Muncul pelbagai perkara negatif di dalam kepalanya.
"Akak?" Seru gadis tersebut saat sedar Marisa seakan diam memikirkan sesuatu.
"Oh lupa I nak kenalkan diri. I Qayra, akak boleh panggil Qay or Qayra je." Marisa sekadar mengukir senyuman pendek lalu mengangguk akur.
"Masuklah.." Qayra sedar dengan perubahan wajah Marisa. Mengapa wanita itu seakan tidak menyukainya? Segera dibuang pemikiran negatif itu lalu segera fokusnya dibuang pada pemanduan.
"Qayra kenal ke abang Arfan?" Soal Marisa lama selepas menyepikan diri. Qayra segera memusingkan wajahnya ke arah Marisa.
"Kenal sangat. I dengan Arfan rapat." Balas Qayra selamba. Senyumannya tidak lekang dari bibir.
Marisa terdiam. Bibirnya diketap perlahan. Entah mengapa hatinya terasa seakan pedih.
Kenapa Arfan tidak pernah memberitahunya mengenai gadis di sisinya ini?
"You nampak cantik, akak Mar." Puji Qayra ikhlas, Marisa segera mengukir senyuman.
"Terima kasih, Qayra pun nampak cantik." Qayra segera tertawa perlahan.
"Terima kasih kak Mar,"
Suasana berubah menjadi sepi kembali, Marisa membuang pandangannya ke luar tingkap. Langit gelap menjadi pilihan tatapannya.
Arfan berjanji akan menjemputnya tetapi kenapa seorang gadis pula yang menjemputnya?
Apa hubungan Arfan dan Qayra?
Pelbagai perkara muncul di fikirannya. Tiba-tiba rasa teruja untuk malam ini terasa seakan memudar, dia dilanda rasa gelisah, sedih. Dia takut kalau perkara tidak diingini berlaku.
Tangan segera naik dan mengelus perutnya, hatinya sedikit terasa sedikit tenang meskipun dia masih gusar.
Sekali-sekala Qayra memandang sekilas Marisa yang sekadar menyepikan dirinya di sisi. Mungkin isteri abang Arfan tidak terlalu gemar berbual. Tekanya sendiri.
Fokusnya kembali dibuang pada jalan raya.
***
Bersambung
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...