JAM tangan berwarna rose gold sempat ditilik, waktu berbaki 10 minit sebelum waktu makan tengahari tiba. Marisa segera menutup laptop miliknya, sekali-sekala matanya mengerling ke arah Arfan yang sedang fokus mengadap komputer.
Beg tangan diambil lalu Marisa segera melarikan diri, dia tidak mahu meluangkan waktu tengaharinya bersama Arfan. Entah apa pula plan lelaki itu hendak sakitkan hatinya kali ini.
Banyak mata yang memandangnya pelik ketika dia melangkah bagai pencuri. Selamat sahaja pintu lif tertutup, Marisa menghembuskan nafas lega. Kunci kereta di dalam beg tangannya dikeluarkan siap-siap.
Ting.
Segera Marisa melangkah keluar sejurus pintu lif terbuka, sempat dihadiahkan senyuman kepada gadis yang membantunya pagi tadi.
Selepas punggungnya selamat mendarat di atas kusyen kereta empuk miliknya, Marisa segera mengeluarkan telefon pintarnya. Terdapat beberapa mesej dari Syafiq dan Syakilla.
Syafiq.
Jom lunch.
Haniii
Ok?Marisa.
Ok Syafiq.
Share location.Selesai sahaja membalas mesej Syafiq, chat dari Syakilla pula dibuka.
Syakilla.
Yo Mar.
Jom lunch sama-sama nak?
I nak buli Rafiq kalini, biar dia bayar lunch.Marisa.
Ok ke kalau lunch sekali dengan Syafiq?
Syakilla.
Ok je.
Share location?Segera location yang diberikan oleh Syafiq dihantar kepada Syakilla. Gadis itu sekadar membalas emoji thumbs up sebagai tanda okey. Marisa sekadar membiarkan chat tersebut lalu enjin kereta dimulai.
Kereta segera dipandu menuju ke restoran yang dipilih oleh Syafiq.
ARFAN memandang meja kerja Marisa yang sudah kosong. Dia sendiri tidak sedar bila Marisa melarikan diri, nafas berat dihembus.
Salah satu pekerjanya ditahan, lelaki itu segera memberikan tunduk hormat kepada Arfan.
"Ada nampak bila dia keluar?" Soal Arfan, nadanya jelas kedengaran sedang menahan amarah. Lelaki itu terdiam sebelum membalas.
"Sebelum pukul 1.15 tadi tuan muda.. waktu dia keluar tadi pun nampak tergesa-gesa tadi," balasan pekerjanya membuatkan Arfan mengukir senyuman sinis. Pandai sungguh Marisa melarikan diri, nampaknya dia harus bertindak lebih licik dari ini jika Marisa ingin bermain cara sebegini.
"Okey."
Arfan mematahkan semula langkahnya menuju ke dalam pejabatnya, seleranya sudah mati.
"Tuan tak pergi lunch?"
"Tak. Bila Marisa Hani dah balik, suruh dia terus masuk pejabat saya!" Arah Arfan tegas, lelaki itu laju mengangguk. Sudah jelas majikannya kelihatan sedang dalam keadaan tidak baik. Nampak nasib pekerja baru tidak sebaik yang disangkakan, bisik hati pekerja lelaki tersebut.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...