74

9.9K 367 10
                                    

ARFAN segera memakir kereta BMW miliknya di hadapan rumah, jantungnya semakin berdetak hebat melihat ibunya yang sedang menangis di hadapan pintu rumah.

"Ibu.."

Segera tubuh Kalsom didapatkan, tangannya mengigil hebat. Bayangan isteri dan anaknya tidak kelihatan, yang ada cumalah ibunya semata-mata.

"Ar..rfan.. Mar dah pergi, nak.. Mar dah pergi bersama Adrian," ucapnya tersekat-sekat, tangan anak lelakinya dipegang. Arfan menggeleng tidak mengerti. Apa maksud Kalsom?

"Ibu cakap apa ni? Isteri Arfan pergi kemana ibu? Marisa bawa Adrian kemana? Cakap ibu.." suaranya sedikit meninggi, jantungnya lebih berkerja keras berbanding tadi.

"Mar dapat tahu Arfan akan bernikah dengan Qayra.. jadi, dia bawa Adrian pergi. Semuanya salah ibu, ibu tak sepatutnya lepaskan Mar pergi. Ibu.." Arfan laju menggeleng menolak untuk mempercayai kata-kata sang ibu.

Pantas kakinya dibawa masuk ke dalam rumah.

"Sayang! Sayang dekat mana? Abang dah pulang.. Adrian.." serunya kuat. Namun sepi, beg yang berisi barangan isterinya terletak kemas di atas sofa, beg tangan Marisa turut ada.

Kakinya bergerak menuju ke dapur.

"Sayang.."

Namun hampa, kosong. Tiada siapa berada di dapur.

Arfan segera berlari merapati pintu bilik mereka pula, dia berdoa agar kelibat isterinya ada di balik daun pintu tersebut di saat dia membukanya.

"Sayang.."

Kosong. Tidak berpenghuni.

Yang ada cumalah beberapa beg berisi barangan baby buat anak lelaki mereka yang terdapat di dalam bilik tersebut. Tanpa disedari, air matanya mengalir. Kepalanya diggeleng berulang kali, dia cuba untuk tidak mempercayai semua ini. Tidak mungkin, tidak mungkin Marisa akan meninggalkan dirinya.

"A..Arfan tak percaya Mar akan tinggalkan Arfan.. ibu.." tubuh sang ibu didapatkan kembali, dengan mata yang sudah berair dipandang tepat anak mata ibunya.

Bahu Kalsom dipegang kuat.

"Ibu cakap dengan Arfan.. ini semua gurau semata-mata... Yang isteri Arfan tak pergi bersama anak kami," ujarnya, tangisannya pecah. Kalsom diam, wajah anaknya dipandang sebak.

"Ibu..."

"Ini semua salah ibu Arfan... ibu yang bersalah, ibu sepatutnya tak izinkan papa kamu paksa kamu bernikah dengan Qayra. Dan sekarang... rumahtangga kamu hancur disebabkan ibu, ibu minta maaf.." tangan anaknya digenggam, air mata dia turut sama hebat mengalir.

Arfan segera bangkit.

"Arfan nak cari isteri Arfan... Arfan yakin dia tak jauh dari sini," ujar Arfan, kepalanya terasa kosong saat ini. Yang dia fikirkan cuma anak dan isterinya sahaja, meskipun tingkahnya bagaikan orang tidak waras namun dia tidak peduli.

"Ibu nak ikut," Kalsom segera bangkit, sisa air mata dilap mengunakan hujung jarinya.

"Mar tadi ada sebut tentang bus stop, ibu yakin dia masih ada di sana." Arfan pantas merapati kereta BMWnya semula lalu pintu dibuka kasar, tanpa menunggu tubuhnya segera dimasukkan ke dalam kereta. Rumah dibiarkan sahaja tidak berkunci, keadaan isteri dan anaknya lebih penting saat ini.

Pedal minyak ditekan laju menuju perhentian bas terdekat di rumahnya.

"Sayang... tolong tunggu abang. Adrian, tunggu papa. Papa datang semula," gumamnya perlahan, air mata yang tidak berhenti mengalir tidak ditepis. Arfan benar-benar takut saat ini, dia takut dia akan kehilangan Marisa dan Adrian. Hilang mereka, hilanglah Arfan.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now