45

13K 468 4
                                    

MARISA segera memukul dada bidang Arfan kuat sejurus lelaki itu selesai menghantar adiknya pergi, Arfan sekadar membiarkan meskipun dia tidak mengerti punca Marisa memarahinya.

Sejurus pukulan sang isteri memulai perlahan, Arfan segera menarik Marisa ke dalam pelukan lalu ubun-ubun wanita itu dikucup lembut.

"Sayang.. Kenapa menangis ni?" Air mata Marisa yang semakin deras mengalir dihapuskan menggunakan ibu jarinya sejurus pelukan dilepaskan, Marisa menggeleng.

"Abang jahat dengan Mar.. Abang taknak cerita langsung dengan Mar masalah abang," suara Marisa sedikit meninggi, wajah Arfan dipandang tepat.

Arfan segera tertawa perlahan.

Wajah Marisa dipegang menggunakan kedua telapak tangannya.

"Sayang cakap apa ni? Abang ada masalah apa? Abang mana ada masalah," nafinya, air mata isterinya masih mengalir dihapuskan. Wajah Marisa dipandang kasih.

Cuba sedaya-upaya menyakinkan isterinya.

Marisa kembali memukul dada bidang Arfan lebih kuat berbanding sebelumnya, lelaki itu cuma sekadar menahan dan merelakan meskipun sakit.

"Abang tipu.. Mar dengar apa adik abang cakapkan. Abang rela papa abang sekat duit abang disebabkan Mar. Abang.. Mar ni bukan sesiapa ke dalam hidup abang sampaikan abang berahsia semua ni dekat Mar. Abang jujur pada Mar sekarang," Arfan mengeluh, ini mesti suara Hanif kuat sangat.

Tak pasal-pasal rahsianya terbongkar.

"Hmm abang bukan berniat nak tipu sayang. Abang cuma taknak sayang risau, abang mampu jaga sayang tanpa duit dari papa. Selagi tulang empat kerat abang mampu berkerja, selagi itu abang rela kerja keras demi sayang. Abang tak peduli pun duit papa, abang pedulikan sayang sebab sayang nyawa abang." Ucap Arfan jujur, ditatap anak mata isterinya dalam. Membuktikan kata-katanya adalah benar belaka.

Marisa segera menarik Arfan ke dalam pelukan, sebaknya tidak mampu ditahan lagi.

"Kenapa abang buat semua ini untuk Mar? Mar tiada apa-apa. Mar.. Minta maaf, disebabkan Mar, abang kehilangan segalanya. Mar leka sangat, Mar tak sedar abang susah. Mar tak pernah tanya abang susah ke tak, Mar tak pernah peduli abang rasa apa sebelum ni. Mar minta maaf abang.. Mar isteri tak baik," teresak-esak dia di bahu suaminya, Arfan pantas menggeleng. Rambut isterinya dielus lembut.

"Sayang tiada kena mengena dengan hal papa dan abang. Sayang.. Abang tak pernah kehilangan segalanya sebab sayang adalah segalanya bagi abang. Kalau sayang pergi, duit atau harta papa tu tiada guna bagi abang. Sayang pergi maka hidup abang tiada gunanya. Abang minta maaf sebab buat sayang rasa macam ni, abang taknak sayang risau atau rasa bersalah. Abang cuma nak sayang bahagia dengan abang.. Dengan keluarga kecil kita," wajah isterinya ditatap kasih.

Marisa semakin teresak, kenapa dia terlalu bodoh untuk mengenal diri Arfan yang sebenarnya.

Dia menyesal kerana pernah membenci Arfan. Andai dia boleh memutarkan waktu kembali, dia tidak mahu membenci Arfan di saat lelaki itu bergelar suaminya.

"Papa bencikan Mar ke abang?" Arfan terdiam, senyuman tipis dicarik lalu kepalanya digeleng perlahan.

"Papa tak benci.. Papa cuma perlu masa untuk terima sayang sebagai menantu dia. Sayang tak perlu pedulikan papa, abang yakin dan percaya, papa akan terima sayang satu hari nanti. Kalau papa tak terima, abang tak kisah. Yang penting.. Abang mampu jaga sayang, beri apa sayang perlukan." Marisa semakin mengeratkan pelukan di tubuh suaminya, air matanya terasa tidak mahu surut.

"Cinta hati abang jangan nangis lagi, nanti abang belanja aiskrim tanda minta maaf." Hidung Marisa yang sudah kemerahan dicuit manja, terbit rasa bersalah kerana sudah membuat isterinya menangis kerana dirinya.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now