LENGAN Marisa terasa ditarik kasar, terjerit kecil gadis itu dibuatnya. Segera dibawa Marisa ke belakang bangunan sekolah yang lama ditinggalkan kosong.
"Abang Arfan.." seru Marisa takut-takut.
Takut akan tindakan selanjutnya dari Arfan. Kenapa lelaki ini membawanya ke sini?
Lengan Marisa dilepaskan kasar, tubuh Marisa ditolak kasar ke dinding sehingga Marisa meringis sakit.
Arfan merenung dalam wajah Marisa sebelum dinding ditumbuk kuat.
"Abang Arfan!" Terkejut Marisa dengan tindakan Arfan sebentar tadi. Kenapa? Apa salahnya? Kenapa Arfan tiba-tiba bertingkah sebegini?
"Kau memang perempuan degil!" Tengkingnya. Kecut perut Marisa ditengking sebegitu.
"Apa salah Mar? Mar.."
"Kau sukakan budak hingusan tu ke?" Kata-kata dipotong. Marisa bingung. Siapa budak hingusan yang dimaksudkan Arfan?
"Siapa maksud abang Arfan?"
Arfan merapati Marisa sebelum dicengkam wajah gadis itu.
"Kawan baik kau tu lah! Siapa lagi? Dahlah degil, kau ni bodoh juga kan! Aku dah cakapkan jangan kawan dengan dia lagi! Aku tak suka kau kawan dengan mana-mana jantan! Aku tak sukalah perempuan! Kau faham bahasa tak!" Jerkahnya. Marisa menahan air matanya dari mengalir.
Seumur hidupnya, baru pertama kali ada orang memarahinya sebegini.
Arfan yang sedar wajah Marisa merah angkara menahan tangisan segera melepaskan cengkaman di wajah gadis itu. Kepalanya diraup kasar. Dia sedar dia sudah bertindak kasar.
Marisa menahan diri dari menangis.
Dia tidak tahu apa salahnya sehingga Arfan bertindak melayannya sebegini.
"Aku taknak kau layan budak tu lagi, aku benci. Aku nak kau jangan dekat dengan mana-mana budak lelaki. Faham tak?" Suara Arfan mulai mengendur.
Marisa menggeleng.
"Fiq tu kawan baik Mar, Mar tak terima abang Arfan tak izinkan Mar kawan dengan Fiq. Fiq takde buat salah pun dekat abang Arfan," tegas Marisa. Dia bukan kanak-kanak kecil lagi yang mahu diatur hidupnya.
Arfan menahan amarah.
"Kau lawanlah cakap aku, aku akan pastikan kau menyesal," sempat pipi Marisa ditepuk sebelum dia melangkah pergi.
MARISA mengunyah perlahan roti perisa coklat jenama Gardenia pemberian Rafiq. Sebaik Rafiq memberikannya roti tersebut, sekurang-kurangnya rasa laparnya dapat ditahan.
"Tadi ajak makan taknak," bebel Rafiq. Hidung Marisa dicuit perlahan. Marisa hanya menayangkan sengihan kecil.
"Mar.. Aku nak tanya sikit," Rafiq menarik kerusi dan diarahkan bertentangan dengan meja Marisa lalu punggungnya dihenyak ke kerusi tersebut.
"Apa?" Air kotak perisa anggur disedut.
"Abang kau Arfan tu memang disuruh jaga kau ke? Sejak bila pak ngah kau dengan mak ngah kau over-protective ni?" Soalan Rafiq membuatkan Marisa terbungkam. Arfan disuruh menjaga dirinya? Sejak bila?
"Maksud kau Fiq? Aku.. Tak faham," Rafiq mengeluh perlahan.
"Okey macam ni.. Tadi masa aku nak keluar rehat, abang Arfan ada tunggu dekat tepi tangga yang nak menghala ke kantin tu.. Masa aku pandang dia, aku nak cuba tegur tapi pandangan dia menakutkan betul. Terus aku pergi kantin, takut aku," cerita Rafiq. Marisa mengerut dahi sebelum tergelak.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...