Aku mengambil sebuah kotak di atas meja. Tadi, Melissa suruh tolong bagi untuk Adrian.
Aku berjalan sambil mata melilau mencari kelibat Adrian. Mataku tertancap pada sekumpulan murid yang sedang mengulangkaji pelajaran.
Huh, tak ajak aku !
"Mentang-mentang lah aku hilang ingatan, tak nak ajak. Patutnya tolong lah ajarkan. Ni tak, nak suruh aku terkapai-kapai sendiri. Dah lah susah soalan tu. Lagi-lagi Addmath. Stghess !" aku memuncungkan bibir.
Langkah di atur ke arah mereka. Bersama kotak besar ditangan. Kalau orang nampak aku, mungkin di anggap badut kot.
Aku meletakkan kotak tadi di atas meja. Lantak lah atas buku ke apa. Biar diorang sedar sikit kat sini ada orang.
"Ishh, alihkan benda ni. Aku tak nampak lah,"
"Kau fikir aku nampak ?"
"Takyah ah kecoh..."
"Ahh, kau diam lah !"
Aku membuat roll eyes. Nak jer aku cekik sengsorang.
"Eh, Ayrose ?"
Aku tersenyum paksa.
"Lama ke kau berdiri kat situ ?" soal Adam polos.
"Haah, dari kelmarin. Saja jer berjemur kat panas ni," balasku sambil membuat muka menyampah.
Adam tersengih.
"Take that gift," aku menolak kotak tadi.
Berkerut dahi mereka.
"Siapa yang bagi ?" soal Ayyan.
Aku keluarkan coklat dari bag lalu dibuka paketnya. Penuh beg aku dengan coklat !
"Ohh, itu Adrian punya. Girlfriend dia bagi," jawabku.
Terbuntang mata Ayyan, Ayyen, Adrian, Aakif, Adam, Syafi dan Zayyan. Makhluk mana ni ?
"Girlfriend ?"
Aku mengangguk.
Aku melabuhkan punggung di sebelah Ayyen lalu buku ditolak sedikit ke atas meja. Beg dibuka lalu 4 kuntum bunga bersama kad diambil.
"Ini pula untuk Aakif, Adam, Syafi dengan Zayyan," hulurku.
Beberapa kotak kecil turut dikeluarkan.
"Ini untuk abang dengan adik,"
Berkerut dahi mereka bertujuh. Mereka saling berpandangan.
"Jap kakak, siapa bagi ni ?" soal Ayyan merujuk kepada kotak dan bunga tadi.
"Girlfriend korang lah," jawabku selamba.
"Hah, girlfriend ?"
Aku mengangguk.
"Siapa nama dia ?" soal Ayyen pula.
Aku mengimbas semula. Cuba mengingat nama gadis tadi. Hmm, Mel apa ?
"Yang bagi kotak ni, nama dia Melissa. Yang bagi bunga tu, Nad, Camelia, Marina dengan Syiqah. Diorang kirimkan, suruh Ayrose bagi. Katanya sebab tak sempat nak bagi sendiri," jawabku.
Membuntang mata Ayyan dan Ayyen mendengar jawapan selamba Ayrose. Dia benar-benar lupa ?
"Macam mana boleh kenal dengan Melissa tu ?" soal Ayyan serius.
Dia perlu sentiasa berhati-hati oleh kerana Melissa itu licik. Pasti adik kembarnya akan dipergunakan.
"Hah ? Ohh, dia kawan Ayrose. Tadi masa rehat, orang lonely. Pastu tetibe dia datang. Dia kata nak jadi kawan. Tapi dia tu, seram..." ujarku takut.
"Apa yang seram ?"
"Seram lah. Dia pakai seksi-seksi macam tu. Macam nenek kebayan. Ke, dia tak cukup duit nak beli kain ? Dia ingat seksi, ke ? Seksa adalah mata orang tengok. Allah marah tau kalau dia pakai macam tu," ujarku lalu tergelak kecil.
Masing-masing tersenyum nipis. Pandai betul.
✨✨✨
"Putra !"
Putra tersentak. Dia mengangkat mukanya memandang gadis dihadapannya yang sedang tersengih.
"Eh, hi sayang..."
Putra terpaksa berpura-pura dihadapan gadis itu.
"Hmm, buat apa tu ?" soalku menutup malu.
"Gada apa kok, sayang. Cuman ngulang kaji ajha," Putra tersenyum kelat.
Aku mengangguk.
Beberapa paket coklat dan gula-gula diambil dari poket. Kemudian, coklat dan gula-gula itu diletakkan di atas meja.
"Nah baby, saya belikan untuk awak. Your favourite," aku tersengih.
Putra tersenyum dan mengambil coklat serta gula-gula tadi lalu disimpan ke dalam begnya.
"Makasih yah, sayang. Ngerepotin kamu mulu," balas Putra serba salah.
Aku menggeleng perlahan.
"Tak lah, tak susah. Untuk kesayangan saya, semua boleh," aku memeluk lengan Putra.
Putra yang sedikit tersentak cuma boleh tersenyum paksa. Nasib dia dah jelaskan dulu dengan isteri dia. Kalau tak, mungkin kena tidur luar dah.
✨✨✨
Gadis yang berpakaian dress seksi paras peha dan menampakkan kedua bahunya di salah sebuah kelab malam ternama tersentak apabila seseorang menegur sambil menepuk bahunya.
Dengan segera dia berpusing memandang figura yang menegurnya.
"Hi sweetie, lama ke tunggu I ?" soal jejaka itu lalu melabuhkan punggung di sebelah gadis.
"Lama lah juga. Kenapa you lama sangat ?" tangan gadis itu mula naik mengusap tangan si jejaka.
"Sorry, sweetie. Tadi jalan jammed," jejaka itu mengelus rambut si gadis.
Gadis itu tersenyum manja.
"It's okay, sayang..." gadis itu mengelus pipi jejaka.
Jejaka itu tersenyum nakal.
Dia mula menarik tangan si gadis dan menciumnya.
"Come with me, Cik Melissa Natasya ?"
CONTINUEZ...
![](https://img.wattpad.com/cover/288167637-288-k721571.jpg)
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
FantasyBOOK 03 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...