𝖧𝖠𝖩𝖲 23

1.4K 83 3
                                    

"Acha, kau tengok apa tu ?" aku mencuit bahu Acha.

Acha tersentak. Dengan pantas dia memandang wajah mulus sahabatnya.

"Gak, gak ada apa-apa," bohong Acha.

Aku mengecilkan mata memandang Acha. Penipu !

"Tipu kan, kau ? Bagi lah tau, kau fikir apa 😫," desakku.

"Gak, lagi mikirin nama anak ajha," Acha tergelak kecil.

Aku mengangguk kecil dan menyambung semula kerja sekolah.

BAMM !

Mejaku ditepuk kuat. Aku mendongak memandang ke arah figura yang telah menepuk meja aku tadi.

Muka tidak puas hati ditayangkan.

Aku membuat muka menyampah.

"Kau, perempuan !" Melissa menunding jari.

"Apa kau ni ? Memekak lah. Asal ? Batak attention sangat ?" soalku sinis.

Melissa mengetap gigi menahan geram.

"Aku dah bagi kau amaran, kan ? Apa yang kau tak faham sangat ? Kau tu sekadar perempuan kampung jer lah ! Sedar diri ! Mak bapak kau tak ajar, ke ?"

BAMM !

Kini giliran aku pula yang menepuk meja sekaligus berdiri. Mata Melissa ditikam tajam.

"Kalau kau nak cari pasal dengan aku, tak perlu libatkan arwah mak ayah aku. Diorang ajar aku benda baik, cuma aku jer yang sombong !" bentakku.

Melissa, Syiqah, Marina, Camelia dan Nad tergelak sinis. Gila ke apa ?

"Haih, sedar diri pun ! Dah tu ? Yang menyibuk dengan boyfriend orang pahal ?" Syiqah menolak bahuku.

"Tah, dasar perempuan kampung ! Ahhahhh..."

PAKK !

"Lantak aku lah perempuan kampung ke, apa ? Ada kacau bapak kau ? Takde, an ? Dasar batak attention !" balasku sinis dan berlalu pergi.

Satu kelas terdiam.

✨✨✨

Arghhhhh !

Geram aku dengan minah-minah tu. Asal nak kena libatkan mak bapak aku ?

Diorang dah takde kan kat dunia ni, kenapa nak hina lagi ? Tak reti hormat, ke ?

Ya Allah, kalau boleh nak jer aku cekik si Melissa tu. Haish, geram !

Kenapa nak hina orang ? Hina sangat ke budak kampung ni ? Ingat budak bandar jer yang boleh berharta ? Ingat semua budak kampung miskin ?

Tak guna lah !

Ba-

Hah, jangan sampai aku mencarut.

"Rose, okay ?"

Aku mengangkat muka.

"Hmm,"

"Tak payah lah layan sangat si Mel tu. Kau tahu kan dia memang macam tu ?" pujuk Adrian.

Yes, Adrian.

Tah apa mamat ni buat kat sini pun aku taktau.

"Hishh, aku geram lah ! Perlu ke dia main mak bapak ? Aku tahu lah aku anak yatim piatu, tak perlu lah hina mak bapak aku macam tu !" air mata mula mengalir.

Adrian memandang sayu ke arah Ayrose.

"Biar lah dia nak kata apa. Kita doa yang baik-baik jer. Nanti, dia mesti dapat hukuman yang setimpal," Adrian cuba menenangkan Ayrose.

Aku mengangguk. Air mata diseka perlahan.

Adrian tersenyum senang.

✨✨✨

"Acha, aku nak kau tau, apa pun terjadi lepas ni, aku sayang kau tau,"

"Aku sayang sangat-sangat. Kau sahabat aku dunia akhirat. Terima kasih untuk semuanya,"

"Tolong jaga diri kau, ye ? Jaga diri, jaga suami, jaga anak, jaga keluarga kau. Aku sentiasa doakan kau tau. Aku harap kau bahagia sampai ke syurga,"

Kata-kata Ayrose terngiang-ngiang di kepala Acha. Apa maksud Ayrose sebenarnya ?

Setiap kali bertemu, pasti akan ada satu masa, Ayrose berkata begitu. Seolah-olah, mereka takkan berjumpa lagi.

Ya Allah, minta dijauhkan !

Sudah lah kepalanya serabut memikirkan masalah Putra dan Ayrose, kini Ayrose pula kerap berkata sedemikian.

Apa dah jadi ni ?

Ayrose berkata, seolah-olah dia akan 'pergi'. 'Pergi' jauh dari semua orang. Dan, mungkin 'pergi' yang tak akan kembali.

Astaghfirullah, istighfar !

Acha menggeleng kepalanya. Jangan lah terjadi apa-apa pada Ayrose-

✨✨✨

"Oi, perempuan kampung !"

Aku buat tak endah sahaja panggilan Melissa. Dia panggil siapa tu ?

Melissa yang kegeraman pantas mendekati Ayrose dan menolak kuat badan gadis itu. Rasakan kau !

Aku berdecit.

"Woi perempuan, kau pekak ke ? Aku panggil kau, kan ?" bentak Melissa kegeraman.

"Mana lah aku tahu kau panggil aku. Nama aku Mutiara Ayrose, kau panggil siapa tadi ?" balasku bersahaja.

Melissa mengetap gigi geram. Tangannya naik hendak memukul muka Ayrose.

Namun tangannya ditahan oleh seseorang. Dia menoleh.

Adrian melepaskan tangan Melissa dengan kasar. Tangan dikibas beberapa kali seolah jijik memegang Melissa.

"A-adrian..." Melissa gugup melihat renungan tajam Adrian.

Adrian menolak Melissa ke tepi dan menghulurkan tangan kepada Ayrose.

Tidak menunggu lama, aku terus mencapai tangan Adrian dan bangun. Baju ditepuk sedikit untuk membuang habuk.

"Kau okay ?" soal Adrian prihatin.

"Okay, thanks,"

Adrian sembunyi senyum.

Melissa merengus geram. Mana taknya, dia dianggap halimunan disitu ?

"Blah kau. Tak payah nak sibuk life orang boleh, tak ? Huh, kesian kau. Pandai menghina, tapi tak pandai mengaca. Dasar murah !" Adrian terus menarik tangan Ayrose jauh dari situ.

Melissa menghentak kakinya. Geram !

Rata-rata pelajar yang melihatnya dipandang tajam.

"Apa pandang-pandang ?"

CONTINUEZ...

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now