"Honey, wake up..." Adrian memberikan 'morning kiss' kepada isterinya.
"Ermm," Ayrose merengek apabila merasakan tidurnya terganggu.
Adrian menggoncangkan lengan Ayrose, meminta untuk bangun.
"Honey, bangun. Nanti terlepas Subuh," kejut Adrian lagi.
Ayrose menggeliat dan menarik comforter menutupi tubuhnya.
"Hmm," matanya digosok.
"Cepat honey..." sengaja Adrian menarik perlahan comforter itu.
Terbuntang mata Ayrose. Dengan segera dia menarik kembali comforter membaluti tubuhnya.
"Aipp, don't ! Kena sepak kang, naya jer," ugut Ayrose.
Terhambur tawa Adrian melihat wajah kemerah-merahan isterinya. Blushing ke tu ?
"Kalau tak nak, jom lah cepat," ulang Adrian.
Ayrose mengangguk sambil mencebik tetapi tidak berganjak langsung dari tempatnya.
Macam mana nak gerak, dah kalau sakit ?
"Honey, kenapa ?" soal Adrian polos.
"Sakit lah..." rengek Ayrose manja.
Adrian tertawa kecil.
"Come," Adrian bangun dan menghampiri Ayrose.
Tubuh Ayrose yang dibaluti comforter itu dicempung ke bilik air. Terjerit kecil Ayrose dibuatnya oleh kerana terkejut.
✨✨✨
"Morning Mama !" sapa Adrian ceria.
"Morning. Ni dah kenapa kamu ni ?" soal Tengku Kalisya pelik.
Mana tak pelik, pusing belakang jer, kelihatan Adrian sedang mencempung tubuh Ayrose. Dah kenapa ?
Ayrose pula terpaksa tebalkan muka. Ni semua salah Adrian !
"Takde lah, Ayrose sakit," jawab Adrian selamba.
Adrian meletakkan isterinya di kerusi bersebelahan dengannya. Sempat dihadiahkan cubitan ketam pada sang suami.
Adrian apa lagi, mengaduh kesakitan lah.
Arian dan Tengku Andri yang baru masuk ke dapur pelik melihat Adrian yang mengaduh kesakitan. Sementara Tengku Kalisya tertawa.
"Kenapa dengan anak awak tu ?" soal Tengku Andri lalu melabuhkan punggung di meja makan.
"Biasa lah, pengantin baru kan..." jawab Tengku Kalisya.
Arian hanya mengangguk tanda mengerti apa yang berlaku. Walhal dia baru tiba di dapur.
"Kan... first night pengantin baru lah, papa. Takkan tak faham..." Arian menaikkan kedua belah keningnya ke arah Tengku Andri.
Lama baru Tengku Andri mengangguk serta mulutnya dibentukkan 'o'.
Adrian tersengih.
Dia tak tahu bini dia kat sini kalau boleh nak lari tanam muka dalam tanah. Malu !
"Hah sudah, kamu semua jangan nak merepek pagi-pagi ni. Mama piat telinga sorang-sorang kang. Makan !" arah Tengku Kalisya tegas.
Tengku Andri, Arian dan Adrian kecut perut. Mereka hanya akur perintah ibu separuh abad itu.
Kini giliran Ayrose pula yang tersengih memandang ibu mertuanya.
✨✨✨
Selesai sahaja makan, Ayrose berada di sinki untuk membasuh pinggan. Sudah lah pagi tadi dia tidak menolong ibu mertuanya memasak, maka dia harus menolong membasuh pinggan.
"Rose, kenapa kamu buat semua ni ? Letak jer lah, biar mama basuh," halang Tengku Kalisya.
Ayrose memandang ibu mertuanya sementara tangannya ligat mencuci pinggan.
"Ala ma, biar lah ni Rose buat. Bukan banyak pun, sikit jer ni. Dah nak siap dah. Rose minta maaf pagi tadi tak dapat tolong mama masak," pinta Ayrose serba salah.
Tengku Kalisya tersenyum memandang menantunya.
"Takpe lah, mama tak kisah. Mama tahu lah kamu 'sakit'," usik Tengku Kalisya.
Automatik pipi Ayrose merona merah. Kalau boleh dia tak nak ingat kejadian malam tadi. Malu !
Please sesiapa hentakkan kepala Ayrose kat batu, bagi dia amnesia.
"Takpe, nanti kamu tolong mama masak untuk lunch," ajak Tengku Kalisya.
Bersinar mata Ayrose memandang Tengku Kalisya.
"Boleh, ma !"
Disebalik dapur, Adrian tersenyum melihat keletah manja isteri dan ibunya. Nasib baik mama on.
Ayrose pun ramah, cepat jer bermesra dengan ibunya !
✨✨✨
"Honey, tak bosan ke ?" soal Adrian yang berbaring di riba Ayrose.
Televisyen yang memaparkan drama sinetron, 'Putri Untuk Pangeran', langsung tidak menarik minat Adrian. Dia datang situ pun sekadar menemani atau lebih tepat 'mengacau' isterinya.
"Hubby bosan , ke ?" soal Ayrose kembali.
Wajah Ayrose yang tersengih-sengih ketika menonton televisyen menunjukkan Ayrose seperti tidak fokus dengan suaminya.
"Honey !"
Ayrose menarik dan menghembus nafas sebelun wajah kacak suaminya dipandang. Rambut Adrian dibelai penuh kasih sayang.
"Yes, hubby ku sayang ?" jawab Ayrose lembut.
Adrian tersengih.
"Honey nak keluar tak ?" soal Adrian.
"Nak pergi mana ?" soal Ayrose lalu bersandar pada sofa.
Adrian mencebik. Orang tanya dia, dia tanya orang balik.
"Mana-mana jer lah,"
"Takyah lah. Sakit tau tak ?" cebik Ayrose.
Adrian tersenyum nakal.
"Alah, hubby kan ada. No worries lah. Hubby boleh jer dukung honey tau," Adrian menaikkan kedua belah keningnya.
Ayrose memukul manja dada bidang Adrian.
"Ishh, takyah nak ngade eh. Buat malu jer tau," jawab Ayrose.
Adrian tertawa kecil.
CONTINUEZ...
![](https://img.wattpad.com/cover/288167637-288-k721571.jpg)
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
FantasíaBOOK 03 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...