𝖧𝖠𝖩𝖲 47

1.1K 65 2
                                    

Sudah 3 hari Adrian diberikan cuti. Sepanjang 3 hari itu juga lah Ayrose melayan karenah Adrian dengan sabar. Segala permintaan Adrian dipenuhi.

Pada setiap pagi, Adrian akan loya dan muntah-muntah. Walaupun tidak mencium bauan lotion itu, Adrian tetap terasa loya.

"Hubby okay ? Serius okay ?" soal Ayrose sebelum Adrian berangkat kerja.

Adrian tersenyum dan mengangguk.

"Hubby okay lah, honey," kata Adrian menenangkan Ayrose.

"Kalau hubby kata centu, okay lah. Tapi apa-apa call tau, janji !" pesan Ayrose prihatin.

"Okay, janji !" Adrian mengucup puncak hidung Ayrose.

Ayrose tersengih. Dia menyalami tangan Adrian sebelum Adrian pergi ke office. Kelibat Adrian dipandang, kemudian dia mengeluh perlahan.

Berat hati Ayrose untuk membenarkan Adrian pergi kerja. Namun apakan daya, sudah terlalu banyak kerja Adrian tertangguh.

Takkan semua nak harapkan Arian ?

✨✨✨

"Err... bos ? Bos okay ke ni ?" soal Irsyad, PA Adrian.

Sejak berkahwin, Adrian melantik PA lelaki atas arahan Ayrose. Lagipun tidak mahu menimbulkan sebarang salah faham, jadi Adrian bersetuju sahaja.

"Okay, okay," balas Adrian kemudian memboloskan diri ke dalam biliknya.

Adrian melabuhkan punggung di atas kerusinya. Kepalanya yang pening dipicit sedikit.

Tiba-tiba tekaknya kembali loya. Mencicit lari dia ke tandas di dalam pejabatnya.

"Welkk... uwelkk..."

Ini kali keberapa sudah Adrian muntah pada hari ini. Dah lah pening, loya pula !

Adrian kembali duduk di kerusinya. Kepala dipicit dan dadanya diurut.

Tok Tok

"Masuk," arah Adrian ringkas.

Irsyad berdiri dihadapan bosnya. Muka bosnya kelihatan pucat dan matanya kuyu.

"Hari ni bos ada meeting dengan Dato' Rizalman, CEO Jaya Sdn. Bhd. pada jam 11 pagi tentang projek yang sedang diusahakan. Dan selepas itu, bos free," kata Irsyad.

Tidak sempat Adrian membalas, dia berlari semula ke arah bilik air.

Irsyad terpinga-pinga. Apa kena bos aku ni ?

"Bos, bos okay, ke ?" soal Irsyad.

Adrian hanya mengangguk lemah. Dia cuba seimbangkan badannya dengan memegang dinding bilik air.

Tapi akhirnya Adrian terduduk di atas lantai bilik air. Kepalanya terlalu pening.

Irsyad berlari ke luar mendapatkan phone nya. Nombor Ayrose segera didail.

Helo, Puan Ayrose !

Iye , Irsyad
Ada apa call saya ni ?

Bos, bos muntah-muntah !

Hah ?!
Dia macam mana sekarang ?

Dia tengah terduduk dalam bilik air
Better puan datang sekarang
Saya nampak keadaan dia lemah sangat

Astagfirullah , saya datang sekarang !
Tunggu !

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now