𝖧𝖠𝖩𝖲 50

1.2K 61 13
                                    

Adrian mengurut pelipisnya. Kepalanya terasa pening dan berdenyut-denyut.

iPhone 11 yang berada dihadapannya dipandang. Dari tadi, skrin itu hanya gelap.

Tiada sebarang message atau call masuk. Sudah hampir 2 jam, tapi tiada sebarang berita.

Hatinya semakin risau. Nak call mama, nanti dia syak apa pula. Tak nak lah risaukan hati ibu itu.

Sudah 37 kali dia menelefon sang kekasih hati, namun semuanya masuk voice mail.

Hatinya berdebar. Ia kuat mengatakan bahawa ada sesuatu yang buruk akan terjadi.

Bunyi phone berdering mematikan lamunan Adrian. Dengan sepantas kilat dia mengambil phone nya.

'Unknown Number'

Berkerut dahi Adrian. Bibirnya melepaskan keluhan berat.

Harapkan lain, lain yang call.

Perlahan-lahan dia menjawab call dengan ragu-ragu.

"Hello ?"

"Adrian !"

✨✨✨

PAP !

"Ahhhhh !"

Seluruh isi rumah menjadi gelap. Lampu dan kipas terpadam. Ayrose menggigil ketakutan.

DUM !

Kedengaran bunyi pintu belakang rumahnya terhempas kuat. Dia bangun dan terus memandang ke arah dapur.

"S-siapa tu ?" soalnya ketakutan.

Diam. Tiada yang menjawab.

Pranggg !

Kali ini bunyi kaca pecah pula di dapur.

Perlahan-lahan dia menapak ke arah dapur. Matanya tidak henti memandang sekeliling yang gelap. Hanya lampu malap dari luar menjadikan suasana suram.

Kaca pecah yang bertaburan dipandang. Ini... pinggan kaca aku, kan ?

"Weh, sumpah lah ? Mahal kot aku beli pinggan ni. Asal sedap-sedap jer nak pecahkan ? Kot ye pun pecahkan lah pinggan murah sikit. Eyy, memang nak kena dengan aku lah. Tunggu kau, siap kau aku kerjakan !" sempat Ayrose membebel tentang pinggannya.

"Mmphhhhh !" mulutnya tiba-tiba ditekup.

Badan Ayrose dicempung lalu dibawa ke ruang tamu. Diletakkan di atas salah sebuah kerusi. Tidak lupa juga kaki dan tangannya diikat.

PAP !

Automatik semua lampu terbuka. Ayrose mengerdipkan matanya beberapa kali.

"Ayrose, Ayrose..." kedengaran satu suara wanita dari belakang.

"K-kau siapa ? A-pa kau nak ? Lepaskan aku !" teriak Ayrose.

Dia meronta-ronta untuk dilepaskan daripada ikatan tersebut.

Tiba-tiba wanita itu tergelak besar.

"Lepaskan kau ? Kau tengah buat lawak, eh ?" kata wanita itu dengan sisa tawanya.

Ayrose terpempan melihat wajah dihadapannya.

"Nadra ?"

"Aww, kau masih ingat aku ? Haih, tak payah lah susah-susah aku kenalkan diri, kan ?" soal Nadra sinis.

"Nadra, apa buat ni ? Tolong lah lepaskan aku..." rayu Ayrose.

Nadra ketawa lagi.

"Tak mungkin ! Sebab kau, penghancur kebahagiaan aku ! Aku yang selayaknya dengan Adrian ! Tapi kau, pemusnah semuanya !"

"Arghhhh !"

Ayrose menjerit kesakitan saat dia merasa tangannya ditoreh beberapa kali.

Nafasnya semakin tidak teratur apabila Nadra meletakkan mata pisau itu di perutnya.

"Kau memang tak layak hidup, Ayrose. Selagi kau hidup, selagi tu lah Adrian akan pandang kau jer," kata Nadra sinis.

Tangannya menekan pisau itu ke dalam.

"Arghhhh... Nadra, aku mohon. Tolong jangan apa-apa kan aku," rayu Ayrose lagi.

"Ahhh, ingat aku kisah ?! Kau memang tak layak hidup !" pisau di tangannya di angkat tinggi.

BAM !

"Jangan bergerak, anda sudah dikepung !"

Nadra merengus. Shit, siapa yang bagitau polis ?

"Nadra ?!"

Nadra meleraikan ikatan Ayrose. Diletakkan pisau dileher Ayrose. Dia tersenyum sinis.

"Kalau korang dekat, aku bunuh dia. Dan aku pasti, korang tak nak tengok dia kena bunuh," ugut Nadra.

"N-nadra, benda boleh bincang. Letak dulu pisau tu," kata Adrian risau.

Aakif, Adam, Syafi dan Zayyan juga tersentak melihat kelibat Nadra.

Rifqi, Rizqi dan Ayyan pula memandang sayu adiknya.

Nadra tertawa sinis.

"Bincang ? Bincang apa lagi ? Takde apa yang nak dibincang !"

Nadra menjatuhkan pisau ke perut Ayrose. Pandangan sinis diberikan.

"Kalau aku tikam kat sini, baru boleh mati sekali, kan ?" soal Nadra phsyco.

Ayrose mengetap bibirnya rapat. Kepalanya digeleng beberapa kali.

"N-nadra, to-long j-jangan..." rayu Ayrose.

Nadra tergelak sinis.

"Ada aku kisah ?" Nadra menekan mata pisau itu ke dalam sedikit demi sedikit.

"Nadra !"

"Arghhhhh !"

Nadra tersenyum sinis melihat pisau yang mengandungi darah itu. Sesekali dia melihat badan Ayrose yang penuh dengan darah.

"Sebab dia lah, Adrian takkan boleh ceraikan kau !" tengking Nadra.

"Nadra... j-jangan bunuh anak aku..." rayu Ayrose teresak-esak.

Nadra tersenyum sinis.

"Adrian, say 'bye' to your wife, and daughter," pesan Nadra sinis.

Dia menekan mata pisau itu sehingga ke dalam sepenuhnya.

Adrian terpempan. Anak... ?

Sekelip mata, beberapa anggota polis sudah menangkap Nadra.

Ayrose sudah jatuh menyembah bumi.

"Honey !"

Tangannya mengenggam erat kemeja yang dipakai Adrian.

Terasa ada cecair yang mengalir dibawahnya. Dia begitu lemah !

"A-adrian..." hanya itu yang mampu diucapkan oleh Ayrose dalam keadaan lemah.

"Bertahan honey, kita pergi hospital. Sabar sikit, okay sayang ?" Adrian mengucup dahi Ayrose sambil air matanya mengalir.

Sedih melihat kesayangannya begitu.

"A-adrian..."

Akhirnya Ayrose kalah. Matanya memandang sekeliling yang bertukar kabur. Dan akhirnya gelap.

"Honey !"

CONTINUEZ...

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now