𝖧𝖠𝖩𝖲 6

1.9K 113 3
                                    

"Astu, asal tak bagitau jer ?" soal Adam.

Aku membuat muka bosan. Dah agak dah, soalan ni mesti keluar-

"Siapa jer nak percaya ? Kat sekolah, semua orang ingat Ayyan dengan Ayyen tu asal bandar. Memang, pandang rupa dan harta !" bidasku geram.

Ayyan dan Ayyen membuat riak biasa. Bosan juga dianggap begitu !

"Dah tu ? Adham dengan Amsyar ?" sampuk Zayyan pula.

"Sama lah macam aku. Diorang ingat, Ayyan dengan Ayyen jer kembar. And takde sapa pun tau yang Adham and Amsyar ni adik kitorang," tambahku.

Masing-masing mengangguk faham.

"Haih, bosan betul lah. Adik-beradik aku semua beku pahal, hah ? Jap, aku ada idea..." omelku sendirian sambil tersenyum penuh makna.

"Am !"

"Hah ?"

Aku membuat isyarat memanggil kepada Amsyar. Amsyar menghampiri kakaknya dengan penuh tanda tanya.

"Am nak ikut akak tak ? Kita ada 'eksperimen' baru," kataku teruja.

"Wah, nak ! Nak !"

Aku membisikkan sesuatu kepada Amsyar. Rancangan bermula !

"Apa lah yang disibukkannya dua beradik tu. Ada lah tu 'eksperimen' dia," teka Adham.

"Diorang kan memang. Otak kreatif bukan main," celah Ayyen.

Masing-masing menggeleng melihat telatah Ayrose dan Amsyar. Ada sahaja benda nak dirancang !

✨✨✨

"Abang Rif, abang ingat tak Acha ?" soalku.

Rifqi berfikir sejenak. Acha ?

"Acha ? Yang mana ni ?" soal Rifqi semula.

"Ala... Beby Acha ? Kawan kakak masa kecik-kecik dulu tu," ceritaku.

Rifqi cuba mengingat semula.

"Ohh, Acha. Hah ingat ! Kenapa dengan dia ? Haritu, dia kahwin, kan ?" soal Rifqi bertalu-talu.

Hui, tudia. Kalau bab gosip, laju !

"Haah, dia kahwin kat Indonesia haritu. Minggu lepas dia pindah Malaysia dengan suami dia. Diorang dua sekolah kat sini gak. Nanti, dia pindah masuk sebelah rumah ni. Dia duduk berdua dengan suami dia," luahku.

"Siapa suami dia, eh ?" soal Rifqi ingin tahu.

Aku tersentak. Perlu ke aku bagitau ?

Macam mana kalau bila aku bagitau, Rifqi pergi serang Putra ? Tak ke jadi kes pula nanti ? Aku tak nak lah sampai bertumbuk bagai tu.

Tapi kalau aku rahsiakan, Rifqi akan tahu juga. Aku dah lupakan semua tu. Kalau isu ni berbangkit semula, tak ke ruamhtangga Acha dan Putra boleh berpecah belah ?

Aku tak nak jadi perosak rumahtangga orang. Lagi-lagi mereka berdua sahabat aku sendiri. Lebih baik aku bersedih, daripada tengok kawan aku bersedih.

Kebahagiaan dia, kebahagiaan aku :)

So, better bagitau or not ?

"Kakak !"

Aku tersentak lantas memandang Rifqi dan terus menunduk.

"Kenapa ni ?" soal Rizki yang baru datang lalu melabuhkan punggung di hadapan Rifqi.

Rifqi mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Kakak ?"

Aku dapat rasakan tubir mata aku hangat dan perlahan-lahan pipi aku mulai basah. Terus aku mendapatkan Rifqi dan memeluknya erat.

I need a hug now !

I also need someone to calm me down !

And I can get it, only from my brothers.

Rifqi dan Rizqi tidak tahu apa yang berlaku, tapi cuba menenangkan adik perempuan tunggalnya itu.

"Kau tanya apa kat dia ni ?" soal Rizki pelik.

Jarang pula abang kembarnya itu buat Ayrose menangis. Biasanya Ayrose lebih tenang dengan abang sulungnya. Eh, pelik ?

"Dia tanya aku, ingat lagi tak Acha. Budak yang dari Indon tu. Aku tak ingat. Then dia bagitau budak yang dah kahwin tu. Aku tanya lah, siapa suami budak tu. Pastu dia tiba-tiba senyap," cerita Rifqi kembali.

Rizqi bertambah pelik.

Tiba-tiba, mereka berpandangan antara satu sama lain. Satu nama muncul di fikiran.

"Takkan lah... ?"

CONTINUEZ...

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now