𝖧𝖠𝖩𝖲 53

1.1K 53 3
                                    

"Honey betul okay ni ?" soal Adrian memandang isterinya yang sibuk memakaikan tali leher.

Ayrose mengangguk perlahan.

"Honey, hubby risau lah. Tak payah lah pergi kerja, tak pun honey ikut jer hubby pergi kerja," keluh Adrian risau.

"Eishh, apa pula. Saya okay lah," Ayrose menepuk perlahan dada Adrian.

Adrian mengeluh perlahan.

"Tapi honey, hubby risau. Kalau jadi apa-apa macam mana ?" Adrian melingkarkan tangannya di pinggang Ayrose.

"No lah. Saya nak rest jer," kata Ayrose menenangkan suaminya.

Adrian memandang wajah mulus isterinya. Tangannya naik mengusap pipi tembam Ayrose lalu dicubit perlahan.

"Dah siap ! Handsome lah, suami siapa ni ?" Ayrose tersengih.

Adrian tersenyum memandang isterinya.

"Suami honey lah," pipi Ayrose digomol manja.

Ayrose menolak wajah Adrian dengan tangannya namun ditahan.

"Hubby, nanti lambat pergi kerja," kata Ayrose tersekat-sekat.

Adrian menghentikan perbuatannya dan memandang Ayrose sekilas.

"Don't worry honey, malam ni kita sambung lagi," satu kenyitan dihadiahkan khas buat Ayrose.

"Tak payah, geli !" bantah Ayrose.

Adrian sudah tersenyum nakal.

"Okay honey, apa-apa call ye, sayang ? I love you," Adrian mengucup ubun-ubun Ayrose.

"Okay, take care," balas Ayrose bersahaja.

Adrian mencebik memandang Ayrose. Eishh, ni nak kena ni !

"Honey cepat lah..." rengek Adrian manja.

"Cepat lah apa ?" soal Ayrose berpura-pura tidak tahu.

Walhal hatinya sedang bergelak sakan melihat wajah cemberut sang suami.

"Honey, I love you," kata Adrian lagi.

"Hmm, dah lah. Pergi lah kerja, nanti lambat," balas Ayrose.

Makin memuncung Adrian dibuatnya.

"Honey, betul-betul lah. Eee, tak nak pergi kerja lah macam ni," protes Adrian.

Ayrose tergelak kecil. Comel sangat lah dia, suami siapa ni ?

"Yelah, yelah. I love you too 3000 !" Ayrose mengucup pipi Adrian.

Member apa lagi, melting da...

Adrian terus memandang Ayrose dan meragut sekilas bibirnya.

"Dah, dah, pergi kerja tu. Nanti lambat kang. Okay bye, assalamualaikum," Ayrose segera menghentikan perbuatan mereka.

"Iye, honey. Take care, sayang. Bye, waalaikumussalam," selesai bersalaman, Adrian keluar dari bilik dan menuju ke pintu utama.

Adrian tidak membenarkan Ayrose menghantarnya ke pintu padahal kandungan baru mencecah 4 bulan.

Dan Adrian akan pindahkan isterinya ke bilik di tingkat bawah kerana risau jika dia naik turun tangga dengan perutnya yang memboyot itu.

Ayrose merebahkan diri ke katil yang empuk itu. Matanya semakin kuyu. Tanpa dia sedar, dia tertidur akibat badannya letih.

✨✨✨

Ayrose tersedar saat merasakan ada yang mengusap kepalanya. Matanya yang terasa berat dibuka.

"Honey, dah bangun ?" soal Adrian tersenyum.

Ayrose mengangguk. Eh jap, aku... ?

"H-hubby dah balik ? T-tapi saya-" belum sempat Ayrose menghabiskan ayatnya, Adrian menahan.

Risau melihat mak buyung itu tiba-tiba kalut.

"Shuhh, kenapa ni ?" pujuk Adrian lembut.

Tiba-tiba Ayrose menangis. Wajahnya ditutup dengan tapak tangan.

"Honey ?" panggil Adrian.

"S-saya ta-k m-masak la-gi..." Ayrose teresak-esak.

Adrian tergelak kecil. Comel !

"Takpe, honey," Adrian mengelus lembut rambut isterinya.

"T-tapi..." Ayrose terus menangis.

Adrian mengelus kemudian mengucup ubun-ubun isterinya.

"Takpe, honey. Lagipun, harini mama ajak balik kampung," kata Adrian menenangkan hati isterinya.

Ayrose menyeka air matanya. Tak tahu kenapa, sensitif sangat sejak mengandung ni.

"B-balik kampung ?"

"Yes, mama baru bagitau tadi. So, hubby ambil emergency leave and kita akan balik kampung lebih kurang seminggu," terang Adrian.

Ayrose peluk Adrian dan sandarkan kepalanya ke dada bidang jejaka itu. Kemudian kepalanya diangkat memandang si suami.

"Hubby tak marah ?" soal Ayrose lagi dengan mata berkaca.

Adrian tersenyum dan menggeleng.

"Tak, honey. Honey pun mesti lapar, kan ? No worries, nanti kita pergi makan, okay ?" Adrian menyeka air mata isterinya.

Ayrose memberi anggukan sebagai balasan.

TO BE CONTINUEZ...

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now