𝖧𝖠𝖩𝖲 24

1.4K 86 5
                                    

"Jangan ikut aku, lah ! Menyampah !"

Aku terus berjalan tanpa menghiraukan Fattah yang memanggilku. Nak apa mamat ni ?

"Ayrose ! Tunggu !" Fattah menarik hujung bajuku membuatkan aku terpaling ke arahnya.

"Apa ? Ishh, lepas lah !" kataku rimas.

Fattah Najmi bin Fakrullah. Budak lelaki yang aku jumpa tempoh hari semasa berlanggaran. Mamat ni dah seminggu kacau aku, nak apa tah. Menyampah cheq !

"Ayrose, please tunggu," rayu Fattah.

"Tak nak ! Kau faham tak, tak nak ? Aku tak nak ada kena mengena dengan kau !" tengkingku.

Terus aku berpaling dan melangkah pergi.

Ada ke dia suruh aku jadi kekasih palsu dia ? Alasan dia tak nak kahwin dengan pilihan mak dia ? Fikir aku mainan ?

"Ayrose !"

Aku berjalan laju dan tanpa sedar, aku terlanggar badan seseorang. Badanku tidak sempat mencium tanah, disambut oleh orang aku dilanggarku tadi.

"Erkk,"

Fattah terhenti. Dia memandang Ayrose yang baru sahaja disambut oleh Putra.

Pranggg

Bunyi kaca pecah menyentakkan dua orang yang saling berpandangan. Cepat-cepat Ayrose berdiri dan menolak badan Putra.

"Acha ?"

Putra mahu mengejar isterinya namun ditahan.

"Biar aku yang pergi,"

Segera aku berlari mengejar langkah Acha.

"Acha ! Tunggu !"

Acha berlari sambil menangis. Langkahnya laju menuju ke rooftop sekolah. Tangannya menyeka kasar air mata yang turun.

"Acha !" panggilku lagi.

Acha terus berjalan dan berdiri betul-betul hujung di bahagian rooftop. Selangkah lagi, memang habis.

"Acha, no ! Acha, jangan !"

"Janga dekat ! Kalau gak aku terjun !" ugut Acha.

Aku hilang arah. Allahuakbar...

"Acha, benda ni kita boleh bincang baik-baik, please ? Come, kita bincang elok-elok," pujukku lembut.

"Gak ! Aku udah tau semuanya ! Aku perampas kebahagian kamu sama Putra ! Aku gak guna !" Acha membentak.

Aku terpempan. Acha dah tahu ?

"Ya Allah, Acha !"

Serentak dengan itu aku dan Acha memandang ke belakang. Kelihatan Putra, Ayyan, Ayyen, Adrian, Aakif, Adam, Zayyan dan Syafi berdiri kaku.

Tanpa Acha sedar, aku sudah berada di dekatnya. Tangan Acha aku tarik.

"Rose ! Lepasin aku !"

Acha menolak-nolak tanganku untuk melepaskannya. Semakin kuat peganganku.

"No Acha, aku sayang kau ! Kau sahabat aku, dunia dan akhirat ! Aku sayang kau sangat-sangat ! Please take care of yourself !" air mata mengalir perlahan.

Acha masih memberontak.

Dan dengan sekali tolakan, Acha terjatuh menghentak ke tanah.

Putra menghampiri isterinya. Ayyan, Ayyen, Adrian, Aakif, Adam, Zayyan dan Syafi memandang ke bawah.

"Ayrose !"

'Kalau ini pengakhiran aku, aku terima ya allah. Jaga diri semua'

Pandanganku kelam.

Namun sudah terlambat.

Masa berlalu bergitu pantas.

Sekelip mata sahaja, Ayrose sudah jatuh menyembah bumi. Dari tingkat 3, terus ke bawah.

"Rose, bangun !" Ayyan menepuk pipi Ayrose beberapa kali.

Kepala Ayrose dipangkuannya.

"Ayyen, get the car now !"

✨✨✨

"Ayyan !"

Panggilan Rifqi menyentakkan Ayyan.

"Mana kakak ?"

"Dia kat dalam lagi..." jawab Ayyan risau.

Setelah mendapat panggilan bahawa Ayrose dikejarkan ke hospital, Rifqi dan Rizqi terus mengambil EL dan ke hospital.

Adham dan Amsyar turut serta. Macam mana diorang tahu ?

Well, satu sekolah dah kecoh.

"Apa yang jadi ?" soal Amsyar tidak mengerti.

Ayyan kehilangan kata. Dia memandang Ayyen.

Rifqi, Rizqi dan Adham juga ingin tahu perkara sebenar.

"Kitorang tak tahu apa jadi. Tapi masa kitorang sampai kat rooftop, nampak Acha nak bunuh diri. Pastu..." Ayyan mula menggeletar.

Ayyen menepuk beberapa kali bahu abangnya itu.

"Lepastu, kakak pergi tarik Acha tu. Waktu tu, Acha memberontak. So tanpa sedar, Acha tertolak kakak then it's happened," kata Ayyen.

Allahuakbar. Mengucap panjang dibuatnya.

"Ayyan..."

Fattah berdiri di sebelah Adrian. Dia teragak-agak hendak memberitahu puncanya. Salah siapa sebenarnya ?

"Sebenarnya..."

Fattah terdiam. Tak tahu lah apa reaksi yang akan dia dapat nanti.

"Sebenarnya apa ? Kau tau cerita sebenar ?" soal Adam.

Fattah sekadar mengangguk kecil.

"Then cerita lah,"

Fattah pun dengan berat hati mula menceritakan perkara sebenar. Bermula dari dia mengejar Ayrose, sehingga Ayrose boleh jatuh. Dari A-Z, satu pun tak tinggal.

"Astaghfirullah..."

"Aku minta maaf. Aku tau salah aku. Kalau aku tak buat, mesti Ayrose tak jadi macam ni," balas Fattah serba salah.

Rifqi menepuk bahu Fattah.

"Takpe, benda dah jadi. Doa yang baik-baik jer,"

Walaupun dia sedih, dia harus kuat. Dia anak sulung, kalau dia sendiru sedih, apatah lagi adik-adiknya ?

Lagi-lagi si Amsyar. Banjir dah kau-

"Doktor, denyutan nadi makin lemah !"

"Nurse, ambil defibrillator, now ! Hurry up !"

Pintu terbuka lalu beberapa orang nurse keluar. Mereka mengambil defibrillator dan kembali semula.

Allahuakbar, hampir luruh jantung mendengarnya. Macam mana keadaan Ayrose ?

Tidak lama kemudian, pintu bilik bedah terbuka sekali lagi. Seorang doktor menerpa ke arah mereka dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan.

"Doktor, adik saya macam mana ?"

Doktor Nina mengeluh perlahan.

"Maaf, tapi Cik Ayrose..."

CONTINUEZ...

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now