𝖧𝖠𝖩𝖲 5

2K 111 0
                                    

"Rose !"

Aku berpaling ke belakang apabila terdengar namaku diseru. Kelihatan Zayyan, Adam, Syafi dan Aakif menghampiri sambil berlari.

"Hah, pe ?"

"Tolong boleh tak ?" soal Zayyan.

"Tolong apa ?" soalku kembali.

Syafi menghulurkan sebotol mineral.

"Kau tolong cari Ad boleh tak ? Pastu suruh dia datang sini. Air mineral ni, bagi kat dia," arah Syafi.

"Okay then. Mana dia ?" soalku blur.

Adam menepuk dahi.

"Kalau kitorang tahu dia kat mana, takde lah suruh kau cari..." balas Adam.

"Eh, haah. Jam kejap otak aku," balasku seraya tersengih.

Blur juga gw ni !

Terus aku beredar mencari Adrian di sekitar sekolah. Sekarang waktu kokirukulum, mungkin Adrian tolong cikgu kot.

Akhirnya !

Aku jumpa Adrian sedang berjalan ke arah kantin. Nasib baik dia tak lari jauh. Kalau tak, jenuh aku nak cari.

"Adrian !"

Adrian berpaling pada arah suara yang memanggilnya. Rose ?

Aku berlari anak ke arah Adrian.

"Ad, diorang cari kau. And nah, diorang suruh bagi," aku memberi air mineral itu kepada Adrian.

"Siapa ?"

"Adam, Aakif, Zayyan dengan Syafi," jawabku.

Kami jalan beriringan ke kantin. Suasana sunyi, tiada topik yang menarik mungkin.

"Rose," Adrian memecah keheningan.

"Hmm ?"

Adrian terdiam seketika. Nak cakap ke... tak ? Nak ke tak ? Nak ke tak nak ?

Nak ke tak nak, lepak mamak~~
Nak ke tak nak, lepak mamak~~

Hohho, ternyanyi plak🐊

"Hah, pedia ? Hang panggil aku, tapi takmau habaq. Awat senyap ja ?" terkeluar loghat Kedah aku dah.

Yes, aku asal dari Kedah. Family aku semua dari Kedah. Orang Alor Setar di boss !

Adrian terpempan. Dia cakap Kedah ?

"Tak, macam ni. Erkk..." Adrian menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Aku masih setia menunggu kata-kata yang bakal keluar dari bibir Adrian. Lama noh mamat ni ?

"Sorry ?"

Aku tersentak dan memandang Adrian tidak percaya. Serius lah ni mamat beku tu ?

"Pardon ?"

Adrian mengeluh. Malas lah nak ulang banyak kali !

"Takpe lah kalau tak nak maafkan..." suara Adrian perlahan.

"Wait, wait, sorry ? For what ?" soalku blur.

"Ala... yang dekat taman minggu lepas tu. Sorry sebab aku yang langgar kau, kan ?" Adrian bersuara teragak-agak.

Aku terdiam. Betul ke mamat beku ni tak dirasuk ?

"Hoi ! Dengar tak ni ?" Adrian memetik jari dihadapan muka ku.

Terus aku tersedar dari lamunan dan memandang Adrian. I'm speechless !

"Dengar... but seriously ni Adrian ?" soalku bodoh.

Adrian mengeluh. Apa ingat dia main-main ke ?

"Iye, ni Adrian. Kau ni kenapa ? Macam nampak hantu jer ?" soal Adrian kembali.

"Tak, aku speechless kejap," jawabku.

"Asal ?"

Berkerut dahi aku dibuatnya. Like what ?

"Tak. Kau kan jenis beku + dingin, kan ? Biasanya, orang macam kau ni ego tinggi. Susah nak cakap sorry, thanks, dan seangkatan dengannya," terangku.

Adrian mencebik. Nak perli aku lah tu !

"Iye, lah. Aku minta maaf ni. Kau ni, banyak songeh lah," balas Adrian tanpa nada.

Aku tersengih. Marah ke cik abang ?

"Hehe, okay sorry. Maaf diterima,"

Adrian sembunyi senyum.

✨✨✨

"Kakak !"

"Mende ?" soalku malas dan berjalan ke arah pintu pagar.

Ayyan dan Ayyen menunggu Ayrose yang sedang berjalan ke arah mereka.

"Mende korang nak ? Masuk lah dalam. Pemalas betul," aku mencebik sambil menyilangkan tangan di dada.

Ayyan dan Ayyen masih bermuka beku.

"Kau dah masak, ke ?" soal Ayyen polos.

"Soalan KBAT mana kau amik ni ? Sah-sah lah aku nak masak sekarang. Kau tengok jam, dah pukul berapa ? Haishh, bangang juga kembar aku ni," bebelku.

"Kau ni, takyah lah bebel. Bising siak . Sakit telinga dengar tau tak ?" bantah Ayyan.

Aku merengus geram. Bising ?

"Kepala otak kau lah ! Kau jemur aku kat sini, macam tunggul jer untuk tunggu korang. Eh, kalau aku tau, baik aku masak dari tadi. Buang masa aku jer tunggu korang. Fikir aku ni, batang kayu ke apa ?" aku mula membuka muqaddimah.

Ayyan dan Ayyen tersengih. Salah aku juga pi jemuq dia ni ?

"Yelah-yelah, sorry sebab buat kau tunggu," Ayyan beralah.

"Haih, nasib dah minta maaf. Kalau tak, memang aku tak masak tau," ugutku.

Ayyan dan Ayyen tersentak. Nak makan apa seyh kalau Ayrose tak masak ?

"Yang korang ni, memang nak jemur kat luar ke apa ? Jadi ikan kering ?" perliku.

"Amboi kau, sesedap maggi goreng mamak jer kau nak cakap aku ikan kering. Eh, aku abang kau tau," celah Ayyan.

Aku menjeling Ayyan tajam.

"Eleh, setakat abang 3 minit jer. Blah lah !" balasku.

Ayyen yang melihat hanya menggelengkan kepalanya. Pening betul dengan abang dan kakak kembarnya, asyik bertekak !

"Abang ?"

Serentak ketiga kembar itu memandang ke arah kanan. Terteguk liur mereka. Kemudian mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Erkk, hah ?"

CONTINUEZ...

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now