𝖧𝖠𝖩𝖲 55

1.1K 60 4
                                    

Riuh rendah suasana di sebuah rumah yang terletak di kawasan itu. Ramai orang yang sedang menjamu selera sementara ahli keluarga membuat apa yang patut.

Ayrose duduk untuk melepaskan lelah. Perutnya yang memboyot diusap perlahan.

"Eh Ayrose, pergi lah masuk. Kesian maksu tengok," kata Tengku Rani, adik kepada Tengku Andri.

"Eh maksu. Takpe lah, Ayrose boleh tolong," balas Ayrose.

Yelah, takkan dia nak duduk makan saja ? Sudah lah majlis belah suami dia.

"Tak payah, kamu masuk aje dalam. Biar ni maksu sambung. Kamu pergi rehat dulu ke, makan ke. Nanti sakit-sakit badan tu," halang Tengku Rina lagi.

Ayrose tersenyum dan mengangguk.

"Baik, terima kasih maksu. Ayrose naik dulu," pamit Ayrose.

Ayrose berjalan masuk ke dalam rumah dan terus ke biliknya.

Baru sahaja dia mahu memulas tombol pintu, tangannya ditarik membuatkan dia terpusing ke belakang.

Gadis dihadapannya memandang Ayrose dari atas ke bawah.

"Mak, ni kan perempuan tu ?" soal gadis itu seakan-akan Ayrose melakukan kesalahan terhadapnya.

Ceh, kenal pun tak. Nak buat salah pula ?

"Yelah, kenapa ?" Tengku Raina membuat roll eyes.

Gadis itu tergelak sinis.

"Jadi kau lah perempuan murah yang rampas Abang Ad dari aku ? Kau 'guna' apa eh untuk dia ?" soal Danisha.

Ayrose terpempan. Siapa perempuan ni ? Tiba-tiba kata dia 'guna' sesuatu untuk pikat Adrian ?

"Eh, saya takde 'guna' apa. Dah Adrian jatuh cinta dengan saya, saya boleh buat apa ?" jawab Ayrose savage.

Danisha merengus geram. Boleh tahan mulut perempuan ni.

"Kau !"

"Apa ?"

Ayrose beriak selamba. Tiada rasa takut atau gentar ditunjukkan dari riak wajahnya.

"Hari ni kau rampas Abang Ad dari aku, aku takkan berdiam tau. Aku akan dapatkan apa yang sepatutnya jadi milik aku," Danisha memberi amaran.

"Oh ye ?" Ayrose menyoal selamba.

Amarah Danisha memuncak. Dengan geramnya dia menolak Ayrose sekuat hatinya.

"Ahhhhh !"

"Padan muka kau, perempuan. Siapa suruh kau cari pasal dengan aku ? Puas hati aku !" Danisha menyepak Ayrose dan terus berlalu pergi.

Ayrose meringis kesakitan seorang diri. Perutnya di usap perlahan.

Dengan segala kekuatan yang ada, Ayrose cuba bangun dari duduknya. Tak mahu lah ada sesiapa melihat adegan tadi.

Langkahnya diatur ke dalam bilik.

Tiba-tiba perutnya terasa sakit yang amat. Dia cuba mengusap lembut berharap agar sakitnya hilang.

"Arghhh, sakitnya..." rintihnya perlahan.

Klekk

Seketika daun pintu terkuak dari luar. Adrian memboloskan diri ke dalam.

"Honey ? Kenapa berdiri ? Tak rest, ke ?" soal Adrian pelik.

Air matanya mengalir laju. Sakitnya semakin kuat dirasakan.

"Hubby, p-perut saya... sakit..." adu Ayrose.

Adrian berubah cuak. Takkan bini aku nak bersalin ? Baru 6 bulan kot ?

"Hah, sakit ? Kenapa ? Nak bersalin, ke ?" soal Adrian kalut.

Ayrose menggeleng laju. Terasa ada cecair mengalir di kakinya.

Adrian menyelak kain yang dipakai isterinya.

"D-darah ?!"

Adrian terus mencempung tubuh isterinya dan berlari ke arah kereta di luar rumah. Para tetamu yang memandang dihiraukan.

"Ad ? Kenapa dengan Rose ni ?" sempat Tengku Kalisya bertanya.

"Tak tahu, ma. Katanya perut dia sakit, pastu ada darah," jawab Adrian tergesa-gesa.

"Hah ?! Yelah, kamu bawa Rose pergi hospital dulu. Nanti mama datang," kata Tengku Kalisya membukakan pintu untuk anaknya.

Adrian mengangguk. Ayrose diletakkan di seat penumpang sebelah pemandu.

"Sakit..." Ayrose menggenggam bajunya sendiri menahan kesakitan.

Adrian mengusap dan mengucup ubun-ubun isterinya.

"Sabar, sayang. Everything gonna be fine, In Syaa Allah,"

✨✨✨

"Doktor, macam mana dengan isteri saya ? Anak saya selamat, kan ?" Adrian bertanya risau.

Doktor Farhana tersenyum dan mengangguk.

"Alhamdulilllah, kedua-duanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Cuma berlaku hentakan pada bahagian punggung dan menyebabkan pendarahan berlaku, itu sahaja," terang doktor itu.

Adrian meraup wajahnya serta mengucap kata syukur.

"Alhamdulillah, terima kasih doktor,"

"Sama-sama. Kalau takde apa lagi, saya minta diri dulu," pamit Doktor Farhana.

Adrian mengangguk. Doktor Farhana berlalu pergi.

Adrian terus membuka pintu wad isterinya. Wajah pucat isterinya dipandang sayu.

"Honey ! Ya Allah, syukur honey dengan baby takde apa," Adrian memeluk dan mengucup pipi Ayrose.

Ayrose tersenyum dan mengangguk. Dia turut mengucap syukur.

"Macam mana boleh jadi macam ni, sayang ? Tell me," pujuk Adrian.

Ayrose terdiam. Takkan nak bagitau... Danisha yang tolak ?

"Honey..."

"Ermm... mungkin saya silap langkah ? Tu yang jatuh tu," jawab Ayrose serba salah.

Tipu sunat takpe, kan ?

"Ye ke ? Macam mana boleh jatuh ?" soal Adrian lagi.

"Tergelincir ?"

Adrian mengeluh dan mengangguk. Pipi isterinya diusap perlahan.

"Lain kali hati-hati, okay sayang ? Hubby risau tau. Nanti honey sakit. Ingat, honey tu bawa nyawa tau dalam perut ni," Adrian mengurut lembut perut isterinya.

Ayrose tersengih dan mengangguk. Tangan Adrian sengaja diletakkan lebih lama di perutnya.

Adrian tersenyum. Manjanya dia !

CONTINUEZ...

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now