𝖧𝖠𝖩𝖲 48

1.1K 60 2
                                    

Dari kejauhan sudah boleh mendengar keriuhan bilik wad Adrian. Langkah diatur perlahan ke arahnya.

Tok Tok

Klekk

Automatik semua mata terarah ke pintu. Ermm, tadi macam Adrian sorang jer, ni kenapa ramai pula ?

"Hi everything- opss, I mean everyone. Nah Ad, aku pulangkan balik isteri kau," kata Melissa.

Ayyan yang melihat kelibat isterinya sudah tersenyum penuh makna. Laju kakinya melangkah ke arah Melissa.

"Hi wifey,"

"Hi husband,"

Melissa sudah tersipu malu. Ada-ada jer lah suami aku ni !

"Ehem, nak berwifey, husband, sila keluar ye. Ini wad, bukan bilik korang," perli Syafi selamba.

Serentak Aakif, Adam dan Zayyan mengangguk. Hormat orang single !

Ayyan mencebik. Sibuk jer, dah lah single !

"Jom wifey, kita keluar. Lupa ada orang single," terus Ayyan menarik tangan isterinya keluar.

Aakif, Adam, Syafi dan Zayyan tersentak. Dia perli balik ?

Adrian dan Ayrose tertawa. Ada-ada jer lah diorang berempat ni.

"Rose, macam mana keadaan Adrian ?" soal Tengku Kalisya pada menantunya.

"Adrian okay jer, ma. Doktor kata dia kurang rest," bohong Ayrose.

Ermm, tipu sunat takpe, kan ?

"Aikk, tak masuk kerja lagi ?" celah Zayyan pula.

"Memang lah. But kitorang kan baru balik dari Paris, so kena rehat 2, 3 hari dulu. But Adrian kan, always with his 'degil'," perli Ayrose selamba.

Membuntang mata Adrian memandang isterinya. Tangannya naik mencubit pipi Ayrose.

"Awww, sakit..." desis Ayrose.

Tangannya pula mencubit perut Adrian. Mengaduh kesakitan Adrian dibuatnya.

"Auchh, sakit. Tangan jer lembut, tapi kalau cubit, ya allah sakit dia..." sindir Adrian.

Ayrose menjeling suaminya tajam.

✨✨✨

"Honey," panggil Adrian manja.

"Ye ?" sahut Ayrose.

Ayrose memandang suaminya pelik. Tiba-tiba jer ni ?

"Sebenarnya kan, hubby nak bagitau something. But honey janji jangan marah, eh ?" kata Adrian.

"Bagitau apa ? Hubby nak kahwin lain, eh ? Hubby jangan macam-macam," ugut Ayrose.

Bermacam perkara bermain di fikirannya sekarang.

"Honey bagi green light ke, ni ?" usik Adrian sengaja.

PAP !

"Main-main, eh ? I'm serious ! Kalau itu yang hubby nak cakap, memang tak lah saya nak bagi. Tu, kereta dekat luar tu saya hentak dekat hubby," Ayrose menjeling Adrian tajam.

Adrian meringis kesakitan. Free-free jer dapat penampar dari Ayrose.

"Okay honey, sorry. Honey tampar lengan hubby pun rasa macam kena besi tau," Adrian menggosok lengannya.

Ayrose menjeling tetapi dia menghampiri suaminya juga. Tampar, tampar pun sayang juga tau !

"Yelah, sorry juga," Ayrose menggosok lengan Adrian sebelum mengucup pipi Adrian.

Bibir Adrian terukir senyuman nakal.

"Kalau macam ni, nak sakit selalu lah. Nanti hari-hari dapat kiss," ucap Adrian.

"Heyy, minta yang bukan-bukan," larang Ayrose.

Adrian tersengih.

"Kalau macam tu, minta ada anak lah," tambah Adrian lagi selamba.

Membuntang mata Ayrose ketika itu. Mukanya terasa panas. Ahh, blushing !

"Pervert !"

Terletus gelak tawa Adrian memenuhi segenap ruangan rumah. Suka tengok bini dia blushing, comel !

"Cepat lah, hubby nak cakap apa ?" gesa Ayrose.

Adrian teragak-agak.

"Janji dulu, jangan marah, eh ?" soal Adrian.

"In Syaa Allah, tengok lah. Dah cepat !" kata Ayrose lagi.

Adrian menarik dan menghembus nafasnya perlahan. Jangan kena marah sudah !

"Ermm, okay... actually, papa suruh hubby pergi Perak untuk tengok something projek lah. And Abang Ian tak boleh pergi, cause Arian kena settle kan yang dekat Selangor. Kitorang kena stay situ dalam 3 hari 2 malam," jelas Adrian takut-takut.

Lama Ayrose berdiam diri. Adrian... outstation ?

"Honey ?" panggil Adrian apabila Ayrose mendiamkan diri.

"Hikss... hikss..."

Adrian terpempan. Ahh, sudah...

Ingat nak marah, sekali nangis pulak !

"Honey, kenapa nangis ni ?" Adrian mula gelabah.

Ayrose menyeka perlahan air matanya.

"Hubby, kena pergi ke ?" soal Ayrose.

Adrian mengangguk dengan teragak-agak.

"Wajib, ke ? Kenapa Abang Ian dekat Selangor, hubby dekat Perak ? Perak jauh lah..." rengek Ayrose.

"Ermm, projek dekat Perak tu hubby yang handle. Projek kat Selangor pula memang under Abang Ian," jelas Adrian.

Ayrose mengangguk faham. Air matanya dilap laju serta senyuman kecil diberikan.

"Okay, hubby pergi lah. But jaga diri," kata Ayrose pasrah.

Takkan nak halang ? Kau rasa boleh, ke ?

"Honey, jangan lah macam ni..." Adrian memeluk isterinya.

Kepala isterinya diletakkan di bahunya. Kepala Ayrose diusap lembut.

"Takde apa lah, saya okay jer. Hubby pergi lah," Ayrose tersenyum kelat.

"Jangan lah macam ni. Kalau honey macam ni, takpe lah hubby suruh papa batalkan jer," Adrian mahu mencapai phone nya namun dihalang oleh Ayrose.

"Eh, jangan lah. Takpe, saya okay. Cuma saya takut rindukan hubby..." Ayrose bersuara perlahan.

Adrian tersenyum seraya mengucup lembut ubun-ubun Ayrose.

"Hubby pun rindukan honey nanti. But no worries, bila kerja hubby dah selesai, hubby terus balik, okay sayang ?" soal Adrian lembut.

Ayrose mengangguk dan tersenyum kecil.

Dalam diam dia mengeluh perlahan. Niatnya hendak memberi kejutan kepada sang suami terkubur begitu sahaja. Ingatkan dia yang akan memberi kejutan, sekali dia yang mendapat kejutan.

Dia harap yang suaminya akan pergi dan pulang dengan selamat. Takpe, kita tangguhkan kejutan tu bila Adrian dah balik nanti.

Tak sabar nak tengok reaksi Adrian !

Agaknya dia happy tak ?

CONTINUEZ...

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now