𝖧𝖠𝖩𝖲 9

1.8K 96 2
                                    

"Acha !"

Acha berpaling ke belakang apabila terdengar namanya diseru. Kelihatan adik-beradik Ayrose sedang berlari ke arahnya.

"Acha, mana Rose ?" soal Rifqi.

Acha mengelap sisa air matanya.

"D-dia ma-sih di dalam..." balas Acha tersedu-sedan.

Acha kembali memeluk Putra dan kepalanya disandarkan ke bahu Putra. Putra mengelus kepala Acha perlahan.

Rifqi dan Rizqi berpandangan antara satu sama lain apabila melihat adegan tadi. Jadi, betul lah Putra ni suami Acha ?

2 jam kemudian...

Lampu bilik pembedahan ditutup. Pintu biliknya dibuka lalu beberapa orang nurse keluar dan menapak ke arah tempat masing-masing.

Seorang doktor bertag 'Aisya' menghampiri mereka.

"Doktor ! Macam mana keadaan adik saya ?" soal Rifqi pantas.

Dr. Ain tersenyum. Khabar gembira mungkin ?

"Alhamdulillah, keadaan pesakit baik-baik sahaja. Hentakan pada kepala dan tulang belakang tidak menjejaskan mana-mana bahagian tulang. Hasil pemeriksaan, semuanya dalam keadaan baik. Dalam 2 atau 3 hari lagi, pesakit dah boleh keluar hospital," ucap Dr. Ain.

Masing-masing mengucapkan kata syukur tidak henti.

Selepas Dr. Ain meminta diri, adik-beradik Ayrose terus menerpa ke dalam wadnya.

"Kakak !"

Amsyar mendapatkan kakaknya dan memeluk erat. Air matanya mengalir melihat keadaan kakaknya begitu.

Adham cuba memujuk Amsyar agar tidak peluk Ayrose terlalu erat, takut sesak nafas pula.

Diluar bilik, Adrian mundar-mandir. Ini semua gara-gara dia. Ye, kalau dia tak sambut Ayrose masa tu, mungkin Ayrose selamat.

Tapi kalau dia tak sambut pun, Ayrose tetap akan jatuh juga, kan ?

Haih, pening !

"Macam mana benda ni boleh jadi ?" soal Ayyan yang menerpa ke arah Adrian.

Tersentak Adrian dibuatnya lalu dipandang wajah Ayyan. Adrian mula menceritakan segala hal yang terjadi tadi.

Ayyan menggenggam penumbuk. Melissa tu memang cari pasal !

"Habistu, sekarang ni kau nak buat apa ?" soal Adrian.

"Apa lagi, report Pengetua lah. Rose sampai terlantar dekat hospital ni, takkan kita nak biar je ? Melissa tu tak layak lah sekolah kat sini !" luah Ayyan.

Adrian mengurut sedikit pelipisnya. Boleh jer nak report Pengetua, tapi masalahnya ayah dia tu nak ke ambil tindakan ?

Pentingkan diri betul ! Dah lah Melissa tu anak Dato' Naim, syarikat yang ayah dia tengah berkerjasama sekarang.

✨✨✨

"Melissa, kamu digantung sekolah 2 minggu," putus Tengku Andri.

Melissa ternganga. Like seriously ?

"Eh, Pengetua tak boleh buat saya macam ni. Bukan salah saya, salah Ayrose," Melissa cuba mempertahankan dirinya.

"Tapi ramai jadi saksi, kamu yang cederakan Ayrose," bantah Tengku Andri.

Melissa mengetap bibir. Asal salah aku ?

"I will call my dad," Melissa menyeluk begnya mencari phone.

Setelah jumpa, nombor papa kesayangannya pantas di dail. Dia menyuruh papanya datang ke sekolah dan langsung ke bilik Pengetua.

"Apa ? Gantung sekolah ? 2 minggu ?" soal Dato' Naim tidak percaya.

Melissa membuat muka simpati supaya dia tidak digantung sekolah.

"No way ! Anak saya takkan di gantung sekolah ! Muktamad !"

Tengku Andri mengeluh perlahan. Susah betul orang tua ni !

"Macam ni, awak pilih. Kalau awak gantung sekolah anak saya, kontrak kita terbatal. Tapi kalau nak kontrak kita tetap berjalan, Ayrose yang patut digantung," ugut Dato' Naim.

Tengku Andri buntu. Dia tidak ada pilihan lain selain menggantung sekolah Ayrose selama 2 minggu.

"Baik, Ayrose akan digantung sekolah. Jadi, kontrak kita tetap berjalan," putus Tengku Andri.

Dato' Naim dan Melissa tersenyum sinis. Senangnya nak pancing orang tua ni-

Tengku Andri kembali duduk di kerusinya dan diurut sedikit pelipisnya. Pening weh !

✨✨✨

"Apa ?! Asal Rose yang kena gantung ?!" soal Ayyan bengang.

Adrian mengambil tempat di sebelah Ayyen. Air mineralnya disisip sedikit bagi membasahkan tekak.

"Kau tak tau ? Bapak Melissa tu, Dato' Naim, CEO syarikat yang bapak aku tengah berkerjasama. Bapak aku yang client. Jadi, dengan cara mengugut untuk batalkan kontrak sahaja, bapak aku akan buat semua yang Dato' Naim tu suruh. Bukannya kau tak tau, Melissa tu anak tunggal ? Tu yang sayang sangat," cerita Adrian.

"Masalahnya, asal nak kena libatkan peribadi dengan syarikat ?! Peribadi is privacy and syarikat is office ! It's 2 different things !" marah Ayyan lagi.

Ayyen cuba menenangkan abang kembarnya. Ayyan kalau dah marah, memang speaking teruih kau-

"Ada lah juga bapak aku cakap macam tu kat Dato' Naim, but jawapan dia ? Dia tak suruh pun bapak aku jadi client dia," balas Adrian tanpa nada.

Bapak dia, memang dah melampau lah ! Orang tak bersalah, dihukum. Habis yang bersalah, dibiar ? Huh, memang Pengetua yang tak adil dan berhati perut !

Apa yang dia tau, cuma duit, duit dan duit. Beria cari duit, kononnya nafkah lah. Tapi hakikatnya, satu sen pun tak pernah bagi. Duit tu habis kemana ? Hmm, nikmat dunia lah.

Bila disuruh ceraikan ibunya, tak nak. Tapi dia seksa hidup isteri dan anak-anaknya begini. Layak ke digelar bapa ? Begitukah ciri bapa mithali ?

Banyak lagi syarikat yang boleh dijadikan client atau kerjasama, mengapa syarikat Dato' Naim juga dipilih ? Ohh, sebab syarikat Dato' Naim tu paling besar di Malaysia ? Huh, satu hari akan jatuh juga.

"Arghhhhh !"

"Rose ?"

CONTINUEZ...

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now