Klerkk
Bunyi pintu terbuka menghentikan langkah Adrian yang sedari tadi hanya mundar-mandir. Langkahnya diatur ke arah Melissa.
"Mel, isteri aku macam mana ?" soal Adrian risau.
Dapat dia lihat bahawa muka Melissa juga merah seakan baru lepas menangis.
Melissa memandang sekelilingnya.
"Ermm, rasanya tak sesuai tempat ni untuk bercakap. Jom, pergi bilik Mel," ajak Melissa.
Mereka hanya akur dan mengikuti langkah Melissa ke biliknya. Sesekali Adrian perasan Melissa seperti menyeka air matanya.
Pintu dibuka lalu memboloskan diri ke dalam. Dua tempat duduk diduduki oleh Adrian dan Tengku Kalisya. Yang lain duduk di sofa atau berdiri.
"Jadi, macam mana dengan menantu mama ?" soal Tengku Kalisya.
Terkejut dia apabila anaknya menelefon mengatakan Ayrose cedera disebabkan oleh Nadra, bekas kekasih anaknya. Dia dari dulu tak berminat dengan Nadra tu !
Melissa mencapai satu fail putih dan satu buku pink.
"Mel ada good news and bad news. Which ond yang you guys nak dengar dulu ?" soal Melissa biasa.
"Bad news... ?"
Melissa mengangguk. Dia menarik dan menghembus nafas seketika.
"Bad news dia, daripada 3 nyawa kat situ, pihak kami hanya boleh menyelamatkan 2 sahaja. Lagi seorang, kami minta maaf tapi kami dah cuba sedaya upaya. Namun apakan daya, Allah lebih menyayanginya," jawab Melissa tersenyum nipis.
Masing-masing ternganga. 3 nyawa ?
Melissa hampir tertawa melihat muka blur dihadapan.
"O-kay... then, good news dia apa ?" soal Adrian.
Melissa mengutum senyuman lebar.
"Nak tahu, ke ?" soal Melissa kembali.
"Mel, ini bukan masa untuk main-main," ucap Adrian dengan suara tertahan.
Melissa tertawa kecil.
"Good news dia, alhamdulillah, mama and baby selamat. Yeah, even salah seorang jer selamat, but kita kena bersyukur sebab Allah masih bagi kesempatan lagi," ucap Melissa.
Masing-masing terkaku. Mama ? Baby ?
"I'm sure you guys know nothing, right ?" soal Melissa.
Adrian berkerut kening. Apa yang dia tak tahu ?
"Actually yes, Ayrose pregnant. Kandungan dia dah berusia 7 minggu. And dia pregnant kembar. Cumanya, I'm so sorry, Adrian. Allah lebih sayangkan salah seorang dari mereka. Biarlah, dia sedang menunggu kalian berdua di syurga," kata Melissa.
Adrian terkaku. Ayrose... pregnant ?
"Ingat time Adrian masuk hospital ? Sebenarnya, Adrian masuk hospital bukan sebab tak dapat rehat yang cukup, tapi sebab dia kena morning sickness," jelas Melissa lagi.
"Morning sickness ?"
Melissa mengangguk.
"Yup ! Benda ni boleh berlaku pada suami atau isteri. Ada pasangan yang suami kena teruk, ada yang isteri kena teruk, ada yang takde tanda-tanda langsung," terang Melissa.
Kemudian Melissa memandang wajah Adrian yang sedang bingung dihadapannya.
"Adrian, I'm so sorry. Aku bukannya tak nak bagitau, tapi Ayrose suruh rahsiakan. Dia nak buat surprise untuk kau. Tapi, disebabkan kau kena pergi outstation, dia kata dia tangguhkan dulu," kata Melissa.
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
FantasyBOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...