"Hello ?"
Masing-masing terkejut.
"Hello, siapa ni ?" suara Amsyar.
"Ohh, betul ke ni nombor adik Puan Mutiara Ayrose ?" soal jejaka di hujung talian tanpa mengendahkan soalan Amsyar.
"Ye betul. Kenapa ? Encik ni siapa ?" soal Amsyar lagi.
"Saya Hafiz, Puan Ayrose ada dengan saya-"
Tidak sempat jejaka itu menghabiskan ayatnya, Amsyar terus memotong.
"Kenapa kakak saya ada dengan encik ? Encik buat apa dengan kakak saya ?" soal Amsyar bertalu-talu.
"Am, sabar," Adham menggosok bahu adiknya.
"Eh, jangan salah faham dulu. Sebenarnya..."
( FLASHBACK )
BAM !
Pintu kereta Audi milik jejaka itu ditutup kasar. Topi yang dipakainya dibuka lalu rambutnya diraup kasar.
Hembusan nafas berat dilepaskan.
"Tak guna punya betina ! Rupanya selama ni aku ditipu hidup-hidup ?! Arghhh, apa yang jantan tu ada sampai kau tertarik dengan dia ?" luah Hafiz geram.
Hafiz menghempas tangannya beberapa kali ke kereta sehingga merah tangan dibuatnya.
Dia berjalan ke arah taman disitu. Salah sebuah bangku diduduki.
Kejadian di mana dia terlihat kekasihnya dengan seorang lelaki semasa di mall bermain di fikirannya. Dah lah pegang tangan, peluk cium pula tu !
Panas hati ni !
Tiba-tiba matanya tertancap pada seseorang yang seperti sedang terbaring di lantai.
Dengan pantas Hafiz menghampiri dia.
"Allahuakbar..." terkejut Hafiz melihat seorang wanita mengandung sedang jatuh terbaring di tanah.
"Puan ? Puan ?" panggil Hafiz.
Dapat dilihat darah mengalir dari jubah mengandung yang dipakai wanita itu.
Dipandang pula beg tangan dan beberapa beg barangan lain.
🧁 Mutiara Ayrose 🧁
YOU ARE READING
Jodohku Encik Tengku [C]
Viễn tưởngBOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , but I'm tired , " Mutiara Ayrose , gadis yang berasal dari kampung . Berpindah bersama keluarga ke Ku...