𝖧𝖠𝖩𝖲 7

1.9K 104 3
                                    

"Abang Rif dengan Abang Riz... single lagi, ek ?" soalku tiba-tiba.

Rifqi dan Rizqi tersedak serentak. Habis terbatuk-batuk lah kawan. Padahal minum air masak jer -_

"Kakak tanya apa tadi ?" soal Rizqi sekali lagi.

"Abang single lagi, kan ?"

Rifqi dan Rizqi berpandangan sambil berkerut kening. Dah pahal tanya single ke tak ni ?

"Erkk, single jer. Kenapa tanya ?" soal Rifqi.

Aku menongkat dagu dengan sebelah tangan.

"Tak lah, abang ni takde ke fikir nak cari jodoh ? Like, abang dah 23 tahun, right ?" soalku.

"Jodoh ?"

Tersentak adik-beradik kembar itu. Kahwin ?

"Yeah, mungkin dah tiba masa Abang Rif dengan Abang Riz bina keluarga sendiri ?" bergetar pula suara aku.

Tak tahu kenapa, tapi rasa sebak sangat bila cakap pasal ni. Seolah boleh rasa jauhnya adik-beradik terpisah apabila salah seorang kahwin.

"Habistu, adik-adik nanti nak makan apa ?" soal Rifqi.

Aku mengeluh perlahan. Ini tujuan aku sebenarnya !

"Ala... abang dengan adik kan kerja. Lagipun, kakak nak kerja juga," suaraku perlahan.

Tahu pasti laju sahaja mereka membantah.

"Mana boleh !"

Kan, sudah ku duga-

"Ala... kenapa tak boleh ? Asyik lelaki jer boleh. Kesian asyik abang jer yang kerja. Kakak nak kerja juga..." rengekku.

"Habistu ? Kerja kat rumah ni kan semua kakak yang buat ? Tak kesian ke dengan diri sendiri nanti ? Kena pergi sekolah, buat kerja rumah, tambah kena kerja lagi," pujuk Rifqi.

Aku menggeleng dan mencebik. Aishh, keras kepala !

"Entah. Basuh kain, jemur kain, lepat kain, gosok baju, basuh pinggan, masak, semua tu kira kerja lah tu. Cuma, kerja tu dapat gaji pahala," pujuk Rizqi pula.

Rifqi dan Rizqi menghampiri adik perempuannya lalu dipeluk erat. Ubun-ubunnya dicium.

"Okay,"

✨✨✨

"Rose !"

"Hah, apa ?" soalku yang sedang asyik mengemas buku.

Acha menghampiri dan berdiri di sebelah rakannya.

"Gimana yah, caranya supaya kita sebagai perempuan ini, dapat perhatian sepenuhnya ? Gw penasaran sih," soal Acha.

Aku memandang Acha tidak percaya. Attention ?

"Perhatian ? Asal, kau kurang perhatian ke dari suami terchenta kau tu ?" soalku kembali sambil kami berjalan mahu pulang dari sekolah.

"Kebelakangan ini, dia agak berubah sih. Layanannya gak sama kaya dulu. Lu juga tahu kan, dia ramai peminat ? Dia kaya kurang layan gw gitu," luah Acha.

Aku mengusap perlahan bahu Acha. Haishh, ada hati si Putra tu nak buat kawan baik aku ? Nanti dia !

"Sabar lah. Itu hakikat kehidupan. Sebab tu, zaman sekarang ni ramai yang cerai sebab orang ketiga. Ada yang cerai sebab mak ayah tak restu. Setiap perkahwinan, ada ujian. Ada pasang surutnya. Asalkan dua-dua ada effort nak selamatkan hubungan, In Syaa Allah kekal lama. Doa yang baik-baik jer," pujukku.

Acha mengangguk. Dia kena kuat, demi anak dalam kandungan dia !

"Kalau gw bilang, gw hamil ke dia, kira-kira apa reaksinya ?" soal Acha bersahaja.

Jodohku Encik Tengku [C]Where stories live. Discover now